Thursday, October 18, 2012

Mainan paling canggih

Dah tak de mainan lain dah
Besen aku jadi mangsa

Asal aku sibuk di dapur
Mesti dia ada kerja kat depan
Papa pun mcm best je layan karenah anak.

Sorong papa jgn tak sorong......



Note: aku sedang sibuk masak coklat.....


Wednesday, October 17, 2012

When I say Note II

Entry sebelum ni ada ckp aku ternampak sesuatu kan..kan.. 
Aku nampak le, kat Tesco Tengku Kudin tu ada Offer Samsung Galaxy Note 1
kalau beli ikut package DIGI or Maxis  murah le
dalam 1k lebih, tapi.. ada hidden cost ok..
nak aku citer? ok next entry ye..
 
tolak pi tolak mai rega sama gak mcm beli tanpa package sykt telekomunikasi
wat pe kan.. kan.. 

hubby ajak survey kat Bukit Jambul mana tau kenan Hp baru
sebab HP yg rosak tu.. huhuhuhu..

tetiba aku terpandang
"Samsung Galaxy Note II ok..
tanya rega semua baru 2k lebih sikit jer


eleh.. kalau ambik galaxy note I pun beza sikit je
baik ambik yang ni. 
hubby pun sokong gak. saiz dia besar sikit dari yang note I
minat punya pasal bedal je lah..

aku pilih cover kaler merah ang ang
tapi... ada problem pulak, sebab magnet dia tak mau lekat
last kena pilih la kaler pink.

memang best. 
kalau kira speed tuk camera jgn ckp le.
dalam 1 saat leh capture 7 kali. fuhhhh...

yang aku tau Android dia 4.11 cam tu la kot

ha.. leh  parking cam ni kalau nak tengok video
HD lagi tau

aku suka sangat kaler pink. ala gegel gitu
tapi Amirul dan Hubby tak mo 
mcm Pondey...

bagus gak, tak de la amirul tu nak bawak ke sana sini
takut di panggil pondey sebab kaler pink tu. hiksss

Note: abang... abang suka Samsung SIII kan.. I'allah ada rezeki tu nanti ...

Jatuh ditimpa Cinta

ups... 
nape lak mata aku leh terjojol kat sini?
hehehe...
 sebenarnya...
mata ini telah melihat sesuatu
dan telah pun jatuh cinta sesangat
tak de sesapa yang boleh menghalang


oh.. adakah aku jatuh ditimpa cinta?
hohohoho.... ( hati girang)

hehehe... ni bukan aksi nak tayang biji mata aku 
yang terselindung di sebalik kacamata ok

memang happy sangat bila menda yang kita suka
hubby pun suka sama..


nak tau tak pakebenda tu?
sabor....
aku wat special N3 ok.


Nota : assobarul iamaddduddin.........
(sabar itu sebahagian daripada iman)


Karipap Bawang

Sekali sekala layan karipap bawang ni ok gak
Selalunya time aku datang kerja mesti dah habis
hari ni mamak tu goreng banyak kut
sempat la tekak aku merasa..

inti karipap tak banyak
tapi karipap jenis besar gabak


ok letak bawang kat dalam belahan karipap tu
then.. nyum nyum,, nyum...


Happy B'fast tok korang semua...

Tuesday, October 16, 2012

Anjing dan Handfon

  Di petang sabtu yang best le sangatttttttttttttttttt
area umah aku, kesihatan nak sembur ubat nyamuk
jadi semua penghuni kenalah beredar

Aku, hubby dan  Aleesya nak ronda ronda nek motor kat ujung kampung nun
Amirul tak ikut. tak muat motor K

Haruslah kan bila bawa si kecil kena bawa bekal air ( bottle tumbler)
aku nak cepat jadi masuk kan purse, H/p dan botol tumbler dalam plastik
sambil nek motor sambil minum air
Aleesya ni memang suka bukak tudung botol tumbler tu
biasa la budak kecik... explore je 

Bila sampai kat ujung kampung dekat dengan umah cina
tetiba ajning garang cina tu terlepas
di kejarnya kami, apa lagi 
hubby speed giler giler, sib baik tak sempat cakar kaki aku
kalau tidak..
kalau tidak... siap le..
siap le tuan anjing tu ke 
siap le aku masuk hospital!!
memang geram aku ngan tuan anjing tu
dia boleh wat diam je anjing dia kejar kami
argh... gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm





 

Masa tu le botol tumble yg dalam platik tu tumpah airnya
terendam le h/p aku dalam platik tu
tak sedar lagi tu
dah malam, sedang lepak nonton Tv baru sedar
waaaaaaaaaa..... dah rosak H/p kesayangan ku

memang sedih... 
temporary gunalah smart phone yang maxis bagi free tu
banyak juga maklumat dalam fon tu yg aku simpan
semuanya hancuss...


Note: salah satu punca aku nak mengopakkan poket !

Kekal dalam Ingatan

Ni entry yang menyentuh hati sanubariku
ceritanya bermula begini..

Dalam tahun 2007 doktor berjaya detect ada satu lump kat breast aku
Bila dapat tau tu.. aku sedih. tapi redha dengan ketentuan ilahi
mcm mcm kami cuba, 
tak nak le terus buat operation, kalau boleh cuba dulu cara kampung.

Mak tak habis habis berdoa
sampai keluar semua kitab kitab majurabat yang lama tu
di belek dan di cari ayat ayat untuk diamalkan agar sembuh penyakitku ini
ayat ayat pinggan putih pun da jugak dalam kitab tu
 3 hari sebelum lump nak pecah, Mak bangun pukul 3 pagi
dia panggil aku yg sedang tidur 
kemudian dia pangku aku di ribanya,
kemudian mak baca ayat suci al quran dan hembus di tempat yang ada lump tu
mak ulang ulang buat sampai la ke subuh, kemudian sambung lagi
esoknya, aku rasa panas satu badan terutama temnpat yg ada lump
terasa seperti di salai 
panas tu Allah saja yang tahu
aku jadi resah dan meracau racau sebab tak tahan panas
aku menangis nagis
sampai hubby pun jadi panik
keesokkan harinya, aku dapati lump tu dah pecah dan keluar nanah
panas aku dah reda.
kemudian, kami decide nak buat operation sebab bimbang efeection 
 
Alhamdulillah sekarang segalanya dah ok.
thanks hubby kerana berkorban selama dua tahun
dengan penuh sabar menjaga isterimu ini
tak terbalas segala pengorbananmu itu.
Semoga Allah sentiasa menjaga abang..
 
Bagi kanser , sihir atau gangguan ini jika menurut pada satu pendapat , ianya menggangu fungsi penghasilan hormon. Mengacau fungsi badan sehingga berlaku ketidakstabilan fungsi sesuatu organ atau hormon yang dihasilkan badan dihasilkan secara berlebihan yang menyebabkan sel-sel yang ada berubah.

Kerana itu , bukan semua kanser boleh diubati sepenuhnya dengan ubat moden. Kerana rawatan moden tidak dapat melihat jin atau sihir. Boleh dilihat dari kes-kes kanser yang mana ada pesakit yang pernah pulih sepenuhnya melalui rawatan moden tetapi ianya kembali menyerang.
 
 

Note: Kitab lama mak tu banyak juga kegunaannya.
 

 

 

Puding Roti Kak Siti

 Terlebih gula pulak aku sunday lepas
call biras aku yg pakar wat kuih muih
dia cakap sukatan tak ingat
tapi masuk ini masuk itu bla.. bla.. semua
ok lah aku leh catch up!


tak pernah buat pun puding roti ni
saja le nak try, sebab roti kat umah tu memang tak de orang nak makan

aku buat 6 keping roti
guna roti mosimo ( bos aku beli)

bila dah beku, masukkan kat dalam fridge, potong dan makan
aku dah makan 2 potong ni tetiba teringat sesuatu

hmmm.. mesti lagi sedap kalau aku letak topping  strawberi 
potong lagi satu dan nimatinya dengan penuh syahdu
menjadik pulak tu
walaupun resipi belajar melalui telefon jerk.

Amirul pun suka
dia ckp letak topping ni sedap sebab dia ada rasa masam msam manis
siap request suh aku hantar tuk mak ngasuh dia lagi tu.


resipi yg simple sangat ok
1 tin susu cair + roti 6 keping ( blender sampai hancur
agar agar  ( RM 1.20) sebungkus 
gula 1/2 cawan
ros

rebus agar agar dah cair masukkan gula
kemudian masukkan bahan yg di blender
masak lagi sampai agak agak pekat
masukkan ke dalam acuan 
perisa rose tu titiskan kat permukaan ( kacau)
dah sejuk boleh makan.