Friday, July 5, 2013

Terkilan

Last Saturday, aku sepatutnya berkampung kat Sekolah Amirul
sebab dia kan ada sport day.

pagi tu aku pergi hantar dia ke sekolah mcm biasa
dan janji nak datang tengok dia, Tapi....
akuterpaksa ke Seberang untuk ambil air zam zam dari my Pak Lang
.
 Janji nak jumpa kat Masjid Seberang Jaya je. 
aku pergi jam 8.00 pagi . harap harap dapat la balik cepat
boleh la  tengok Amirul beraksi.

Malangnya my Pak Lang datang lambat. Pukul 10:30 pagi baru dia muncul
sebab dia kena hantar my causin mengurut lepas bersalin.
adei.... nak marah pun tak boleh la
dia kan Pak Lang  aku... Hormat K.
on the way balik ke Penang, aku nampak police Marine dengan alat pengesan sedang mundar mandir kat 
bawah Jambatan. 
Ake seloroh ngan hubby.. eh bang, dorang dah pasang "Boya" nak detect Tsunami le tu
My hubby cakap, kalau "Boya" tak bergerak.
Mana ada "Boya" duk atas boat police Marine.
kui kui kui.. betul jugak kan..
Depan sikit tu aku nampak beberapa buah keta berhenti
polis trafik bagai
termasuk pulak beberapa anggota bomba..

terus my hubby cakap, Ada orang terjun Jambatan kot
kalau idak wat pe Marine nak guna alat pengesan tu, Bomba pulak nak mai buat apa kalau accident tal teruk!
yes.. sound logik kan..
sesampai kami di Sekolah Amirul dah nak habis acara.
Amirul pun dah selamat beraksi.
cuma tinggal budak budak tahap dua yang nak habiskan larian bet turn  je..

 jumpa Amirul kat depan kelas dia
sempoi dok makan eskrem..
pakaian dah compang camping

Aleesya setia menunggu abang pergi beli eskrem tuk dia
sambil nak beli tu, Cikgu wat pengumuman supaya dorang berkumpul di khemah 
rumah masing masing..
sian Aleesya kan..kan..
but at last..dapat jugak le dia makan eskrem.
Lepas acara tarik tali tu.. ada la acara ibu bapa mencari barang tersembunyi
Sekali ada sorang kakak tu, tersadung.. gedebuk.. jatuh tergolek kat depan orang ramai
walawei... ngucappanjang aku. mujur tak de apa apa..

aku ada dengar one of the parent cakap
"kalau aku yg jatuh tergolek, sure malu seumur hidup"
ish.. tak baik tau. 

Actually Amirul tak masuk acara sukan pun.
Dia cuma buat persembahan pecah papan.
dia kan pelajar Taek wondo.. so kena la pecah papan..

papan yang pecah ni jurulatih suh wak balik. wat kenangan. hahaha..
nak framekan ke papan pecah ni? sabor je lah.

tak de lah tebal mana pun papan tu
padan ngan umur budak la kan...


bila aku tanya nak wat apa papan patah ni
selamba je Amirul cakap
" ibu guna je tuk wat siang ikan ke atau potong sayur"
hehehehe....ingat nak suh farmekan..


Note:Sangat sangat terkilan ok!

Thursday, July 4, 2013

Wantie-Wanted!

hehehe.. rasa mcm glamour tak bertempat pulak hari ni
selalunya kalau aku masuk nuff nak jugak check apa la "Keyword" yang orang search

seriously, aku tak tahu apa sebenarnya maksud wantie
tak kisahlah wantie yang disebut dari bahasa negara mana sekalipun
memang aku tak pernah  ambik tahu pun.

wowowo... somebody are looking for me..
here I come. 

makanya terusikla di hati sanubari aku. nak jugak aku google cari pakebenda "wantie" tu kan..kan..kan..
aku search for " Wantie meaning"
aku belek belek.. website ni dijadikan sebagai tempat untuk
merekod /mencari senarai sir name.
ala.. macam Family tree tu.
 
ha.. keluarla satu web yang  ada info tentang wantie.
scroll down tengok apa kebendanya tu.

Nah hambek.. bukan aku je nama wantie. 
berlambak geng wantie all over the world.

mungkin selama ni aku tengok statistik blog aku, ada yang datang dari canada la, US la..
mungkin dorang tengah search sedara mara dorang kot. keh,..keh..keh..

jgn sampai satu hari ada mat salleh datang jumpa aku dan cakap
" hey.. your are my grandma.." udah le kan. ( mula la nak melalut)


Sib baik wantie tu nama orang, kalau la kat tempat lain panggil mereng/biol as a wantie
punahhhhhhhhhhhhh....

Note: Well.. wantie such a nice name kan..kan... ( sila muntah ijo..)

Pizza Durian dan Inovasi Perasa Durian

Lepas ni, pengusaha pengusaha durian tak yah nak risau kalau harga durian runtuh
lambakan durian kat pasaran.
sebab..... dorang boleh je export pergi China.

Trend terbaru masyarkat China, makan Pizza berperisa durian.
dikhabarkan Pizza berperisa durian mendapat sambutan yang menggalakkan 
terutama dari golongan remaja/pelajar di China

Menu ini di anggap luarbiasa yang menjadi menu utama di Blue & Brown,
 sebuah kafe yang terletak di Shanghai. Kafe ini mula dibuka sejak September 2012 dan kadar jualan pizza durian dalam sehari adalah 70 biji! Wow!!

Pizza ini terhasil menggunakan durian beku yang diimport daripada Thailand, keju dan sos rahsia! Lapisan tebal keju di atas lapisan pizza menjadikan rasa durian itu semakin kuat dan permintaan durian kini semakin mengingkat di China.

 
kalau kat malaysia durian diinovasikan sebagai durian crepe
yang sangat popular akhir akhir ni
rasanya Pizza berperisa durian tu jugak merupakan gelombang inovasi baru 
kepada pemakanan buah durian.
hmm.. not bad kan.


Olahan kepada cara pemakanan buah durian ni memang dah lama berlaku
contohnya, nasi durian, pulut durian, cucur kodok durian, lempuk dan juga tempoyak

Tapi makanan ringan yang paling popular sejak dahulu
yang diinovasikan dengan perasa durian ialah

  

makanan ringan yang paling popular sejak dahulu
"keropok durian" 


Note: Ada tak perfume berbau durian? anda sanggup?


Did your kid dare tu eat?

Aku dah cakap. anak anak aku memang hantu sayur
tak de istilah sayur tak sedap.. semuanya sedap kalau aku yang masak ( kata deme le) hehehe

is my version kerabu kosong je. sebab tak boleh makan kerang or perut lembu
Ini kerabu tomato ngan taugeh. fevret my familly. 
aku tak berapa la menggila sangat makan.Tapi suami ngan anak anak selalu request nak makan
terkoch koch aku lepas magrib nak siapkan juadah ni tau.
dah selalu sangat buat, so rasa mcm.. tak de la susah mana. 
campak itu ini dah siap. hiksss
yang ni dah di tambah dengan perut lembu. My hubby punya.
selalunya ratah je.. tak best  sangat makan dengan nasi.

ssssyyy... my hubby kan, kalau dia dah masukkan semua bahan bahan dalam kerabu ( kalau aku sibuk la)
part nak letak garam, asam semua tu, dia akan suruh aku
makna kata bab gaul gaul tu sure la dari air tangan aku kan
penyedap rasa kot. that why dia akan suruh aku.
bangga woo.. bila hubby bagi kredit gitu.

see... I told you all kan, si cilik  ni pun sama.
dah siap kerabu tu aku letak bawah tudung saji atas meja makan.

as usual dia akan panjat kerusi bukak tudung saji dan mula gagau apa yang ada
dah mcm lapar sesangat. mcm satu hari suntuk tak makan.
tak mo sabar sabar dah.
takut la kang terambik cili potong meraung tak cukup tanah plak.
so, aku pilih pilih masukkan kat dalam mangkuk cenonet ni.
suka ati leh makan sampai leleh leleh air hidung..
my dear.. which hand that you are using?
masih dalam "in term of learning process "

mangkuk tu dia punya ok. semua jenis makanan kena masuk dalam tu
even 2 ketul koko crunch pun aku letak dalam mangkuk tu

Nampak.. my kids tak kan fikir 2 kali kalau bab makan sayur
selera betul kan dia makan. kekadang naik risau
ada ke budak umur dia makan kerabu bagai. haish...

kekadang tu bila aku buat awal sikit, aku simpan le dalam peties,
sekali dia nampak kerabu, asyik ulang bukak peties je nak meratah kerabu.
kang roboh pintu peties tu


see habis licin di makan oleh Aleesya.
tomato ni pun dia habiskan tau..

sib baik perut Aleesya ok je. tak de la meragam. 
kalau dah kecik cenonet gini pun dah hantu kerabu, besar nanti mesti jadi makanan fevret dia
mesti dia akan ingatkan kerabu aku bila dah belajor jejauh kat university
(ini bukan verangan tapi doa)


Note: Cam no la ada  ibu yang malas nak masak? tak faham aku !


Wednesday, July 3, 2013

Lagi Satu Nak Dua

Banyak sangat cerita nak di kongsi kat my blog ni
Mungkin ada yang rasa tak penting.
Tapi bagi aku entry begini setiap bulan adalah sangat penting.

Lagi sebulan Aleesya nak Dua Tahun
Sekejap je kan. Ada yang dah tanya adik untuk Aleesya..
hmm.... kepada yang bertanya.. " Kalau diizinkan Allah ada le tu"

Apa yang dapat aku lihat pekembangan Aleesya ni, dia lebih advance dari kanak kanak
seusianya. aku compare ngan anak anak jenjiran aku le. tak de la wat statistik bagai.

sekrang ni dah pandai nak bagi feedback bila orang suruh ambik itu ini
dah pandai pakai baju seluar sendiri
asyik mintak nak makan nasi je. 
semua jenis makanan dia makan, selain mee dia sangat suka makan sotong
kalau ada sotong..ayam tolak ketepi k.
 
dah pandai turun dari buai  dengan sendirinya.
dah pandai panggil nama jiran.
Tok abah le, mak tok le.. kakak itu la kakak ini la.
sangat mesra jiran okey!

dah pandai cakap dengan telefon.
 
part yang paling notty. Yang ni ibu tak suka okey!!!!
 
kalau abang nak baring kat situ, kat situ jugak dia nak lending
kalau abang duduk sebelah ibu, usaha sekuat hati nak lepak in between of us
kalau papa bersandar, dia pun nak bersandar sama
kalau abang guna sejadah merah yang tu jugaklah dia nak
sib baik pelikat abng pun tak berebut sama
 
 
*** sikap begini sangat sangat tak baik,
 sila ubah perangai kamu , tak baik hidup berebut, belajar menghormati hak orang lain,
abang kamu tu bukan batu yang akan ikut je karenah kamu, bimbang pulak ibu
kang satu hari di bedal nye kamu****
 
 
Note: Plan nak sambut My B'day sekali ngan Aleesya selepas Raya .
Moga di perkenankan Allah.



Pemenang GA Lambang Cintanan Satu, Tiga Lima Wantie

Jeng jeng jeng..
musik please............


Adalah ini diumumkan pemenang bertuah yang dengan relahati
dak suka sukinya menjawab soalan GA wantie. a.k.a tuan tanah kedaung
adalah......
v

v

v


v


v


Sila semak senarai nama di SINI 
dan anda tentukan pemenang itu
adakah anda yang empunya badan.

Bagi pemenang sila emailkan
Nama dan no account CIMB anda untuk memudahkan urusan  IBG 
ke wantie_mir@yahoo.com.


Note: Nak bagi hadiah secepat mungkin. 

Al Kisah My Yamaha 135LC

Permulaan my hubby nak belikan aku motor.. 
ada la ayat power rangers dia pujuk tuk aku terima pakai..

Saya belikan awak motor boleh?
awak tu..pergi kerja jauh 1/2 jam baru sampai
Motor Kriss kesayangan awak tu dah buruk lama sangat
Dah le awak tu tak mau bawa kereta ke office

kalu suh bawak kereta, jam la.. malas nak pi beli makan la
sampai umah lambat la..parking susah la..mcm mcm.
saya belikan motor baru untuk awak k,


Saya akan setuju awak belikan motor untuk saya
tapi awak kena janji jangan trade in motor kriss saya!
Kriss tu ada sentimental value okey.
 
Amirul suka kaler putih ni. cantik tak?
So, kami pergilah usha motor, survey harga bagai.
then he decide nak trade in motor Honda EX5 dia je
nanti Kriss lama tu dia la yang akan guna tuk pergi kerja
 
Aku yg nak guna..aku pilih le kaler merah. hehehehe
Decide punya decide last aku pilih yang kaler merah. 
then.. satu hal pulak. Number plate tu aku tak suka sebab PLC.
dah le kat office dok cakap PLC tu meaning of  
P****K,  
 L****U,  
C***I.
adoi... tak mo ar..

Tunggu la sampai PLD plate kuor. hahahaha
so, kena la delay dalam 2-3 minggu gitu tuk aku enjoy motor ni

 
Tuan tanah dengan hadiah motornya.hahahaha
hehehe...last dapat jugak plate PLD as my wish..

Yang best tu , number plate tu still ada my Birth Date
117= 11hb Tujuh
dan no 4 kat akhir tu melambangkan kami sekeluarga ada 4 orang sudah
 
 
Aku tak tender plate number pun.
wat pe kan, aku bukannya percaya yang luck tu datangnya dari number
Luck tu datangnya dari Allah. full stop!.
 
 
Note:  Pemenang akan diumumkan pada pukul 1.00 nanti.