Tuesday, October 9, 2012

Di sapa kekasih Lama

hah.. bagaimana perasaan anda bila tetiba jumpa ex boyfriend?
geram? gembira? lemah longlai? tak terkata? 
hahahaha..... mesti ada jawapan tersendirikan.. kan...

kalau aku, biasalah.. gembira la bila tengok dia pun bahagia sebab aku pun bahagia
sedih la pulak kalau dia tak bahagia, tapi sekadar boleh sedih je la kan...



ok.. ni aku nak citer
that day aku saja bawa Amirul makan kat luar, 
kami berdua je, hubby tak nak ikut
Makan kat restoren tepi pantai belakang umah tu je

renungan ala ala gambar ni le. kahhhhhhhhh
di hujung meja sana, ada seorang lelaki
mcm malu malu, pas tu senyum kat aku
dahi aku pun berkerut dok fikir sapa la lelaki  ni, aku kenal kah?

tak boleh recall gak, 
aku pelik kot, ish.. baju koyak ke? emmm ada yang tak kena ka kat muka aku
tak mungkin la dia nak ngorat aku
sebab Amirul pun memang panggil aku ibu je memanjang


Last, aku tak de tengok dia dah
tapi, rimas la kan.. sebab dia asyik tenung aku je
tak tau nak buat cam na, aku duduk je sebelah Amirul sembunyikan diri

then, tetiba dia datang, hah sudah
apa la yang tak kena ni.. siapa la mamat ni
" emmm nak tanya, dulu pernah belajar kat Sekolah Teluk Kumbar ke?"
aku pun geleng.. then dia ckp.. " Hai .. tak kenal kita dah ke?
gulps... memang le aku tak kenal ko? sumpah 


Aku ckp le, ooo.. saya bukan orang sini, saya orang kedah dan sekolah pun kat Kedah.
lepas dia say sori semua, dia pun blah..
baru lah aku dapat makan dengan selesa..

Mungkin muka aku ni iras iras GF lama dia kot
kalau la ada kan, nak tengok jugak.


Note: Korang mesti ingat betullah aku ni jumpa Ex BF ek? kikikikik..


Orang buang anak kat depan Umah!!!!

Aku kemas umah ahad tu. kemudian aku cuci la Car Seat Amirul.
Beli sejak Amirul baby lagi, tapi tak guna
sekarang Aleesya pun tak guna jugak

Daripada dok simpan je
Aku nak sedekahkan je.

Aku jemur kat coridor umah
Bila hubby bukak pintu
dia cepat panggil aku suh tengok

ada orang buang anak kat depan Umah!!!!
Anak siapa la hitam legam ni.

v

v

v


v


v


v


v



v


v


v

v

v


*

hahaha... ewah ewah..
sedap nya ko lepak kat atas baby seat ni yer.


penat penat aku basuh
last..

penuh car seat ni ngan bulu dia
dah nak kena vacuum semula
haish...


hehehe... anak kucing la bukan anak orang tau.
kalau la anak orang yg  di tinggalkan kat depan umah aku ni
mesti dah jadi kes polis. 
ngeeeee...

Monday, October 8, 2012

Selamat Pengantin Baru Ida

Dah lama peram ni, Kazen aku yang seorang lagi kawin
yang ni Anak Pak Lang pulak
Majlis bertempat di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

ok.. layan la meja beradab ni
memang kami tak buat pelamin kalau kawin
cuma aku je terlanggar pantang
buat pelamin masa Kawin dulu ni.
mahap mahap yer..

tengok hidangan

udang panjat Nenas., hikss..

Selamat pengantin Baru Ida dan Suami
semoga berbahagia hing ake syurga

apa lagi..  makan time.. balun jgn tak balun..

Ayah tak dapat pergi, tak berapa sihat
Aku bawak adik Aku dan My Step Mom together

She is my Step Mom.
Memang baik. Syukur...

Panas sangat hari tu
Aleesya sampai berpeluh peluh...


Note: pics, aku, Amirul & Hubby tak de, mood berphotog . hehehe..

Hafazan

Anak terunaku ni memang tau..
selalu bagitau hal sekolah last minit.


semalam dia ckp kat aku yang sekolah Fardu Ain esok ada Hafazan
ada Markah untuk Exam

dah ckap gitu, aku pun tanyalah surah apa
mai sini kita sama sama hafal

ish.. bukan hafalan, Hafazan la ibu.
k, lah suka kamu le
Dah hafal ke belum hafazan tu? selamba la aku tanya

eleh... Mirul dah tau lama dah
gulps.. pandainya budak ni
pas tu aku suruh la dia baca.

sekali dia....
Allahuakbar Allah Huakbar 2x...
terbeliak biji mata aku terkejut
sekali dia AZAN Da....
tu la, Hafazan tu , menghafal surah al quran la nak oi

Hafazan dan Hafal Azan tak sama maknanya  Mirul oi...
Sabor je la..


Nota:- dah inform baby sitter tuk dengar dia menghafal surah
Doa ibu mengiringimu nak.

Jamu Selera di tepi Jalan

Kalau nak cerita ualang alik dari Penang ke Sungai Petani tu
mcm selalu la sangat
mungkin aku yang jarang turun SP
kalau hubby tu selalu ar..

kami terpaksa balik ke rumah ayah
pertama sebab nak ambik stock barang jualan
kedua sebab nak mintak air penawar/tawar dari jiran umah ayah
ke tiga nak ambik ubat cacing untuk anak anak aku

kami singgah kat depan Wah Seah
ada lori pick up parking kat situ
ada jual cendol pulut, bihun sup dan laksa

kami memang suka laksa, jadi singgah kejap isi perut
sedap gak laksanya
campur( laksa Penang + laksa Kedah) hehehe

Amirul makan tak cukup cukup
sampai menjilat mangkuk. hahaha..
nanti ibu buatkan laksa k. makan bagi puas

Aleesya yang tak berapa sihat
asyik merengek jerk..

Amirul order air kacang
memang tak habis kalau sorang makan
jadi aku makan gak sikit ais kacangnya

Ni ler cendol pulut
terbaik!!!!!
memang sedap. tak berapa manis lemak 
memang cukup rasa..

Aku order yang tak de pulut
tapi hubby yg ambik
so, aku makan la yang cendol pulut tu.
belasah je... memang sedap beb..

lenkali nak singgah lagi ar kat sini.


Note: Bak kata attyfir, makan kat bawah pokok lagi sedap.

Saturday, October 6, 2012

Contest Amal "IMPIAN MAMPU - Abang Stalker "

nak join gak ar 
baru kenal je abang stalker ni
itu pun sebab si hanif idrus yg join segmen ni. thank yer.



kalau dah nama pun beramal,mestilah nak join kan. hehehehe
memang aku pen join segmen yg tegar.

sesapa yg berminat
sila terjah sini
 impian mampu

ok di sini aku nak sampaikan impianku yg memang terpendamlama
Impian aku selama ini ialah nak melangsaikan  hutang hutang yang ada
sebab ini juga pesanan keramat ayananda tercintaku

semoga aku kembali ke sana dengan aman...

sekian.

5,000 wanita yang dilahirkan tanpa rahim di dunia.

Sebagai wanita memang keinginan menjadi ibu sudah menjadi kebiasaan
tapi, bila dilahirkan tiada rahim mcm mana nak mengandungkan.

kajian menunjukkan 5,000 wanita di dunia ni dilahirkan tanpa rahim
itu yg di rekodkan, yang tak direkodkan mcm mana
tentu masih ramai lagi kan..

cerita selanjutnya


semasa aku keguguran kali ke dua tu
aku di wadkan di C20 Hospital Pulau Pinang

di hujung katil aku tu, ada la seorang remaja yang cute sangat
memang comel budaknya
ibunya duduk la disisi tak pernah berenggang

hairan la, kenapa la budak kecik ni dok wat C20
then aku tanya le mak budak tu


Then mak dia ckp, sejak lahir anak dia normal je
tapi bila dah datang haid, mula la masalah ni timbul
kalau haid akan keluar darah, tapi anak dia keluar nanah pulak
then dorang pergi check up


Rupanya, anak dia ada 2 Rahim
rahim pertama berfungsi mcm biasa
tapi rahim yang satu lagi tu mcm terganggu sikit
darah tak dapat keluar dan darah tu berkumpul kumpul dan membentuk nanah
berlakulah jangkitan kuman kat dalam rahim.

memang kesian aku tengok dia
doktor pun tak tau nak buat apa
dorang nak buang satu rahim, tapi tak sure rahim mana yang tak berfungsi tu


Note: Syukur bila Allah jadikan aku sesempurna manusia dan menikmati keindahan menjadi ibu.