Monday, October 22, 2012

Terima Kasih Semua

Bismillahirrahmanirahhim...
Ya Allah.. Aku memohon padamu 
kau bahagiakanlah insan insan yang telah mendoakan 
agar Kak Long kembali sihat
kau peliharalah hati mereka agar sentiasa dekat kepadamu..
amin...

Terima Kasih kepada semua yang mendoakan.
 
Special Appearance, Baby Kak Long yang comel dan dah sihat
Syukur sesangat... Sebulan jugak le lepak kat Spital
Sekarang dah boleh balik ke rumah..

So, Kelmarin dah buat Aqiqah untuk baby comel ni
makan kambing.... my hubby suka sangat.


Nama Baby : AishUmaira..
ngantuk tak tengok baby ni . hahaha... dah ngantuk


Note:  kalau dapat chance, Aleesya mesti nak cuit cuit baby ni.

Jeles Jugak Kamu Ya.

Isnin Lepasbawa Aleesya tuk Check up
kebetulan Kak Long pun kena pergi cucuk baby dia
( upss.. lupa nak ckp. Kak Long Dan baby dah ok)

Dah nak check Aleesya bawa le Kak Long sekali
Masa pergi tu ok je Aleesya duk kat belakang dengan Kak Long dan baby

Aleesya baru 8.4kg.  mcm biasalah . BMI jatuh lagi, bawah  line kuning
Tapi Aleesya ni ok. dia faham semua Nurse tu cakap
suruh masukkan barang, suruh keluarkan duduk bangun angkat tangan semua lulus!!

cuma berat dia je ta kebabom. 

upss... Kak Long ada minta tolong aku pegang baby dia "Umaira" 
masa Nurse cucuk nanti sebab dia tak berani

Aleesya dengan dunia dia le
explore satu klinik
dengan mak cik Nurse pun dia tak takut

Then bila dia nampak aku pegang Umaira time cucuk tu
Dia dah mula jeles, 

Bila aku pergi hantar dia kat keta, dan kemudia datang ambil Kak Long dan baby( sebab hujan)
dia boleh melalak dalam keta..
sabo je la..

Then aku pujuk pujuk.. tak jalan beb..
dia duduk sebelah Kak Long mcm nak tak nak je

Mcm mana nak drive kalau dia tak nak duduk kat seat 
aku suh duduk kat bawah pun dia dah muka asam..


aku pujuk lagi, suh dia duduk depan pulak
hancusss... nangis jugak.
Dia takut aku ambik baby le tu. haishh...

last.. aku terpaksa riba dia sambil drive keta
Janggal le aku rasa
risau pun ada gak, tak pernah aku wat cam ni sebelum ni

Sib baik umah cuma  500 meter je dengan klinik
tak payah lalu Jalan Raya


Note: lepas ni janganla dok wat perangai lagi yer..

Sunday, October 21, 2012

Dilema

 Dilema dilema...

                                Ada tak yang menghadapi dil3ma mcm kartun ni.
                                                                    Layan.....


  

Hehehe....


  1. Camno masih berdilema ke..

JOM JADI GENG BUI

nak joinlah. nakjadi geng bui jugak

  

kalau ada tuah bolehmenang hadiah misteri

sesapa nakjoin klik banner ok.



Saturday, October 20, 2012

Enjoy Drink Plain Water

Bila kita dema, pas tu mesti la pergi klinik
nak ambik ubat demam
lepas jumpa doktor bagai dan sebelum pulang
doktor mesti cakap
minum air banyak ok.


 kalau nak minum air mestilah 2 liter
itu utk hari tak sakit
bila demam kena minum lebih lagi la kan..

memandang aku pun tengah demam
meh sini kongsi cara cara nak enjoy minum air putih
tanpa rasa terpaksa..

sila beli asam boi yang begini ok.
memang masin dan masa secukup rasa.

sila gigit sikit, jgn telan terus, biarkan yang sikit tu dalam mulut
kemudian minum air kosong
percayalah, anda akan rasa nak minum air dengan kuantiti yang banyak

Aku dapat petua ni dari bos aku.
dorang ckp org cina buat begini as a reason of drink the plain water
kalau sesaja nak minum plain water memang susah la..

Aku dah cuba beb.. memang berkesan
1 liter air tu kejap je aku habiskan
dan hari ni aku dah baik demam

memanglah Allah yang sembuhkan demam aku
tapi iktiar tu perlu. betul tak?


Note: Cubalah, alami sendiri

Friday, October 19, 2012

Free Trial for 14 Day

Aku tak nampak pun e-mail dari real woman real voice
tapi e-mail tu masuk spam plak
tetiba petang semalam dapat call inform suh aku reply e-mail

aku belek belek..
nah... ni ler isi kandungannya


dorang cakap aku tak entitle untuk masuk program tu
tak pe la program pun kat KL. susah gak kalau dapat

then dorang nak bagi benda ni ( gambar bawah) untuk free trial for 14 days.

 amboi... kena instal kat umah ni tau
tapi cuma untuk 14 hari

 tapi aku terpaksa tolak
sebab... sebab...
benda ni nakkena instal kat mangkuk tandas rumah


 then dorang mesti kena set time untuk datang install  kan..
rumah aku memang kosong le bila weekday
kalau weekend kekadang hubby kerja
tak mau ar.. nak allowed orang datang rumah bila hubby tak de
demi keselamatan. tul tak?


hehehe... best gak kalau ada benda ni
tak yah susuah susah guna wayar pipe/ cebok utk cuci
bila selesai je melabor
dia keluar sendiri airnya...


Note: tetiba rasa mcm orang kayo.. sebab dapat alat basuh berak canggih ni. hiksss

Lembu pun ada Showroom

ingat kereta je orang buat Showroom
lembu pun ada tau..

ingat salesman keta saja ke yang glamour
salegirl jual lembu pun vouge juga tau

tak caya meh sini nak tunjuk
      

Jual lembu korban dengan cara yang unik

SEORANG jurujual wanita yang berpakaian seperti koboi mengiringi pelanggan wanita di bilik pameran jualan lembu di Depok semalam

   







DEPOK, Indonesia - Seorang ahli perniagaan, Ramdoni mengubah suai bilik pameran kereta miliknya menjadi tempat jualan sejumlah lembu untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di sini.

Dia turut menggaji beberapa wanita yang memakai pakaian koboi untuk menjadi jurujual lembu dan melayan pelanggan-pelanggannya.

Jurujual wanita itu turut membawa komputer tablet yang mengandungi maklumat tentang lembu seperti umur, berat badan dan baka haiwan tersebut.

Para pembeli juga boleh membeli lembu itu dengan menggunakan kad kredit dan debit. - Agensi


ha... pakai pakaian koboi tau jurujual tu. cayalah..
kita sinonim koboi dengan kuda
kali ni koboi wanita jual lembu. terbaik!!!!!!

 

Lepas ni pak cik  pak cik jual lembu kena la sediakan, komputer tablet dan mesin kad kredit or debit untuk membuat pembayaran.
sebab harga lembu memang mahal. tak yah bawa cash money ok. swipe jer..