Monday, October 22, 2012

Jeles Jugak Kamu Ya.

Isnin Lepasbawa Aleesya tuk Check up
kebetulan Kak Long pun kena pergi cucuk baby dia
( upss.. lupa nak ckp. Kak Long Dan baby dah ok)

Dah nak check Aleesya bawa le Kak Long sekali
Masa pergi tu ok je Aleesya duk kat belakang dengan Kak Long dan baby

Aleesya baru 8.4kg.  mcm biasalah . BMI jatuh lagi, bawah  line kuning
Tapi Aleesya ni ok. dia faham semua Nurse tu cakap
suruh masukkan barang, suruh keluarkan duduk bangun angkat tangan semua lulus!!

cuma berat dia je ta kebabom. 

upss... Kak Long ada minta tolong aku pegang baby dia "Umaira" 
masa Nurse cucuk nanti sebab dia tak berani

Aleesya dengan dunia dia le
explore satu klinik
dengan mak cik Nurse pun dia tak takut

Then bila dia nampak aku pegang Umaira time cucuk tu
Dia dah mula jeles, 

Bila aku pergi hantar dia kat keta, dan kemudia datang ambil Kak Long dan baby( sebab hujan)
dia boleh melalak dalam keta..
sabo je la..

Then aku pujuk pujuk.. tak jalan beb..
dia duduk sebelah Kak Long mcm nak tak nak je

Mcm mana nak drive kalau dia tak nak duduk kat seat 
aku suh duduk kat bawah pun dia dah muka asam..


aku pujuk lagi, suh dia duduk depan pulak
hancusss... nangis jugak.
Dia takut aku ambik baby le tu. haishh...

last.. aku terpaksa riba dia sambil drive keta
Janggal le aku rasa
risau pun ada gak, tak pernah aku wat cam ni sebelum ni

Sib baik umah cuma  500 meter je dengan klinik
tak payah lalu Jalan Raya


Note: lepas ni janganla dok wat perangai lagi yer..

8 comments:

  1. Alololo.. Aleesya jeles yer..takut laa tuh mama ibunya lebih sayangkan baby kak long.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. uish...nasib baik dekat bebeno klinik ngan umah, ye...hehe..

    ReplyDelete
  3. salam kenal..

    macam adib dulu selalu dok line kuning skrg 4thn baru 12kg heheh

    ReplyDelete
  4. aleesya g c/up utk umor brp ? dia aktif tu beb..tu psl kut..yg penting dia sihat...

    dia tgk hg tiggl dia la tu...tu psl nangis..

    ReplyDelete
  5. pandai dia jeles ye... sm gak ngan anak yati pantang kita pegang baby org...

    ReplyDelete