Thursday, August 9, 2012

Dah tak Relevan


Sebenarnya, sejak bulan lepas lagi nak bahgkitkan tentang isu ni. Tapi asyik lupa je, sebab dok sibuk masukkan entry yang lain. hehehe...

Mungkin apa yang aku nak cite ni tak berapa mendapat persetujuan beberapa pihak
tapi, aku nak cakap juga ttg pendapat dan segala kemungkinan yg bermain di kotak fikiran aku ni

Bulan lepas, Amirul ada bawa borang kutipan derma Bacathon sekolahnya.
dah dapat borang tu apa lagi, mula la dok gatal kaki si Amirul tu nak pergi kutip derma
Hello... bukan kamu yg kena kutip ok.
Ibu & papa le yg kena kutip
dah tertulis kat borang tu.

photo google

pas tu siap ckp kat aku, kalau dapat kutip  RM50 ke atas ada cabutan bertuah.
eleh.. cabutan bertuah pun kannya dapat hadiah keta, umah ke hapa ke
kalau setakat dapat bottle tumbler, pensil warna bagai wat pe
beli je la sendiri. 
kat borang tu ada la persetujuan utk mengutip derma tu then kena sign.

kalau dodulu pelajar le yg kena kutip, tapi kali ni mak bapak pulak yg kena kutip.
kalau pelajar yg kutip pun memang tak sesuai la.
bimbang kot kot kalau kena culik la pulak. 
ish... mana le mak bapak ada masa nak dok pi kutip derma bagainya.
kenapa nak kena kutip derma untuk bacathon.
kat area perumahan aku tu ada beratus ratus parent. hahaha.. kena main exchange derma la nampaknya.
aku memang tak sanggup le nak menapak dari rumah ke rumah tuk kutip derma tu.
kalau korang sanggup ke?
Bagi aku le, apa thon thon semua ni dah tak sesuai dah sekarang ni.
Apa kata kalau pihak sekolah just keluarkan satu borang minta sumbangan dari mak bapak utk bacathon ke, jogathon ke. kan ke senang.
wat pe nak trouble mak bapak.
maaf le kalau pendapat aku ni menyinggung perasaan mana mana pihak.
Then semalam, kena submit dah borang tu kat cikgu.
hubby just bagi je duit poket dia. tak yah dok pi kutip kutip derma.
Note: PIBG nanti kena la keluarkan usul aku ni. Nak jugak tengok feedback parent lain mcm mana.

6 comments:

  1. sekolah anak kty pun adik..
    kty just bagi derma je..lepas tu tak kutip pun..

    ReplyDelete
  2. mmg kena usul waktu mtg PIBG tu!

    ReplyDelete
  3. aku senang jer kalau kena mcm nie..bw mai kt opis cfm suma menderma..ekekeke..:-)

    ReplyDelete
  4. hehehe...bwk g tmpt kerja ja...senang..hihihi.

    ReplyDelete
  5. Akak tak bg anak akak mintak kat orang. Akak bg RM10...tp taruk ler nama ayah akak, adik akak, adik2 ipar akak. Dlm 10 senarai nama...cukup lah..hihi..

    abaikan aje cabutan bertuah tu..

    ReplyDelete
  6. yela...setuju sgt...mintak sumbangan mak bapak pun ok per...pihak skola perlu amik perhatian benda² ni...mmg nmpk cam remeh jer..tp da menyusahkan pihak ibu bapa...(ooppss kite plak yg over)

    ReplyDelete