Hai.. ingat baju raya korang je ada Tema
Sambutan Hari merdeka pun ada tema Thau...
Tahun lepas Merdeka Raya , sebab merdeka dulu baru raya
Tahun ni Raya Merdeka. sebab Raya dulu baru merdeka day.
boleh gitu????
ok.. ok.. tak mau merepek semua meh sini kita hayati tema hari kemerdekaan
sejak dulu hingga kini
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kerkebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Kerdikari 1976
1976
Ketahanan Rakyat

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu
membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan
negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan
keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana
ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga
manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan
kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada
bendera Malaysia.
1977
20 Tahun Bersatu Maju

Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian
yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini
semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula
melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu
menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang
bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor
20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi
kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan
Perindustrian) dan batiniah.
1978
Kebudayaan Sendi Perpaduan

Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang
diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan
memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan
bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu
bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan
kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna
biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang
terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna
merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali
kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini
memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat
berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan
kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup
bersatupadu.
1979
Bersatu Berdisiplin

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan
perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru
melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama,
perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat
untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh
bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk
lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan
memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Logo
ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan
daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin
mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah
kemakmuran dan keamanan.
1980
Berdisiplin Berbakti

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam
mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di
tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang
sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang
melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia
kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup
berdisplin.
1981
Berdisiplin Berharmoni

Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh
Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk
yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat
berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin
garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan
yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan
politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
1982
Berdisiplin Giat Maju

Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia
melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan
oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera
Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima
prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula
menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada
angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan
5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah
dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi
mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan
seterusnya pada masa hadapan.
1983
Bersama ke Arah Kemajuan

Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu
arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan
dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam
berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi
yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan
yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran
awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke
arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan
sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai
aspirasi negara.
1984
Amanah Asas Kejayaan 1985

Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian,
kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi
melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam
negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam dengan
swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima
bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita
usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula
dari bulatan putih sebagai asas amanah.
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan

Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah
melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai
rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula
melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan
tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni.
Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum
menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan
negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan
patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat
yang cintakan negara.
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh

Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan
negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif
ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat
Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna
merah. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang
merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju

Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan
sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di
tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat
bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian
. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima
bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang
kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan,
dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan
Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan,
warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan
keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu
sementara warna merah pula membawa erti berusaha.
1988
Bersatu

Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah
digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan
di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih
ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa
diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep
Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan
amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan
system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.
1989
Bersatu

Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman
tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep
logo ini. Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi
erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan
nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang
membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat
resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.
Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah
membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat
setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai
peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan
pemerintahan demokrasi.
1990
Berjaya

Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan
yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang
bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan
untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada
bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang
menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin
kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang
ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang
menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga
melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas
pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo
melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
1991
Wawasan 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada
jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad
rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan
negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah
mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha
pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah
melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang
berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan
2020.
1992
Wawasan Asas Kemajuan

Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’
merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’
yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan
ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa
deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna
Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat
berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang
merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social
dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan
harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa
berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara
‘maju’ dimasa depan.
1993
Bersatu Menuju Wawasan

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu,
bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita
tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan
keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan
gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa
yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap
masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan
dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna
kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan
bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan
warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan
yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh
setiap rakyat Malaysia.
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai
murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan
kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada
bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat
Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat
masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat
Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima
kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip
Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah
warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang
kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.
Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan
nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian
rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak
dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta
sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia
bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan
sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa
maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam
negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri
kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
1996
Budaya Penentu Kecapaian

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang
progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat
membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan
semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi
sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan
politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.
Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap
jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju
usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang
hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan
harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup
harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak
mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati
dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita
wawasan negara.
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke
arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan
politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta
bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan
biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan
negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah
mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara
kuning melambangkan kedaulatan negara.
1999
Bersatu Ke Alaf Baru

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan
minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni
negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk
kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah
melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat
bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan
kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad
dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.
2000-2006
Keranamu Malaysia

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat
keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna
biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang
terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi
agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam
keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih
berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda
bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan
kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad
untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan
melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud
vision atau wawasan.
2007
Malaysiaku Gemilang

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar
yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur
Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah
dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan
bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang
menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya
yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan
lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat
yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi
maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50
tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia
berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang
50 tahun usia kemerdekaan.
2008
Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling
berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras
Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan
rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan
dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu
adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan
mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol
keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di
Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang
di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan
yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
2009
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi
untuk membina satu Negara Bangsa.
2010
1Malaysia Menjana Transformasi

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan
Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2011
1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan
Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan
rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2012
1Malaysia Janji Ditepati.
bbanyak betul temanye kan..
ReplyDeletedlm byk2 tema tu saya suka tema wawasan 2020...
ringkas je temanya tp bawa baaaanyak makna
tgk slogan merdeka tahun 1975 (thn lahir akak)...hehe, kelakar jer..KERDIKARI, ngee
ReplyDeletebanyak juga tema dia ye..hehe
ReplyDeletewaaaa.....semua tahu...
ReplyDeleteselalu ternanti logo baru kemerdekaan negara, but tahun ni...!
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhh
ReplyDeletetq yer sudi berkongsi...