Thursday, September 6, 2012

Kampung Tumpah Darahku

Lupakan biru biru seketika. Dah hari raya ke dua. Baju pun  kena la tukar kaler gak.ngeee
Raya kedua aku bawak mak balik ke kampung halamannya.
tak de la jauh mana pun, Air Hitam je. ( ayaq itam)

Inilah kali pertama aku bawa mak, selalunya mak datang ngan ayah ( step father)

Ramai le sedara mak kat sana, tapi mak rapat sangat ngan Tok Njang A'd ( Saad)
Tok ngjang ni pun baik jugak ngan aku
dodulu dia selalu datang Kuala Nerang
Lepas dia tengok kebun tembikainya di Lubuk merbau
dia akan singgah kat umah kami, ngeee
dapat la makan tembikai free..


Sebenarnya aku di lahirkan di Air Hitam ni le. Kampung Lubuk Pinang. 
Aloq Setaq. 
Syhhhh..... kalau nak tau, kampung tempat aku lahir tu dah tak de dah nama tu
Sekarang ni nama apa ntah. Kat   Sijil Lahir ada nama kampung tu. hahaha..
sian kat aku noh...

hahaha.... zaman  tok aku dodulu suka benor guna istilah "Pereport Beranak" a.k.a Sijil Lahir.
Tak habis habis aku kena perli ngan Tok Njang
Mana tak nya dah beranak dua baru teringat nak jejak umah dia
mahap... mahap... kebizian tok njang oi..
Bz la sangattttttttttttttttttttttt!!!!

Bi plak Tok Njang pompuan. Dia baik jugak...
selendang aku tu tak sempat nak belit belit dah
sebab lepas aku solat tu, hubby dah bagi signal nak balik.
so apa lagi, main selepang cenggitu je la..

upsss..... baju kami nampak sedondon la pulak.. 
Aleesya tu tak de kerja lain, kerongsang tok dia la dia dok geram.


Kami ke tapak rumah Pak teh yang terbengkalai sejak sekian lama.
Mak ai.. tinggi nya umah...

Ntah bila la Pak Teh nak Transform umah ni kasi cunggggggggggg
dulunya tanah ni tanah Tok aku
Masa dia nak pergi Mekah tu, dia jual kat Pak Teh.


Mak mcm biasalah, sampai terangkat kaki tu kutip pucuk ubi
saja la tu, mcm la kat Kuala Nerang tak de pokok ubi.

Nak makan pucuk ubi kampung halaman
tak pe.. tak pe.. di maafkan k

upsss... sape la yang kebas jantung pisang ni?
hai.. ingat nak kebas, upanya ada orang lebih awal..

pokok pisang ni parking kat tepi sungai
ingat nak snap gambar sungai tu
tapi mcm rushing lak
tak sempatttttttttttttt

Aleesya baru ja sudah mandi, then berpeluh balik
rambut dah kusut masai..
nak ikat tak kasi...


Masa nak salam tuk berangkat pulang tu
mak singgah umah Tokngah. a.k.a kakak kepada Tok njang

sian dia dah lumpuh sebelah badan
duduk kat bilik je
boleh la jenguk jenguk luar dari dalam umah
nak keluar tak boleh..

kalau kurus leh la org cempung nek kerusi roda

Sapa le yang snap picture ni pun tak tau lah
Aleesya ngan kazen dia " Quratul Aini"
anak abang aku yang ke 3.


Dari air itam kami bertolak ke Mergong sebab nak pergi umah Mak Njang
a.k.a adik mak aku.
Maaf ribu ribu maaf, kami sampai sana pun dah magrib
pas tu umah dia tingkat 5
aku malas nak carry si gedabak kamera.
so.. Umah Maknjang  tak de photo..

ok. habis citer raya ke 2..
sekian.

8 comments:

  1. a'ah le tinggi beno umah tue... hehe

    ReplyDelete
  2. pic no 2 tu..apa yg hg senggih sgt tu..hehe

    wahhh..tigginya umah tu....

    # hg lahir kt kg noh..aku pon lahir kt kg gak...

    ReplyDelete
  3. betul ke rumah tu macam tu?? tinggi tapi kaki dia kurus je

    ReplyDelete
  4. citer raya ketiga lak akan menyusul...hahahaha

    seronok kan balik kpg...jumpa mak2 sedara ni...time raya ni la kesempatan yang ada tuk melawat mereka

    ReplyDelete
  5. dalam banyak2 gambo tu...
    teruja tengok gambo yang umah dia tinggi tu..
    dasat....macam gayat je kalau naik

    ReplyDelete
  6. kalo umah lama tu siap..mesti cantik

    ReplyDelete