Monday, November 26, 2012

Boleh kahwin muda jika bersedia


MOHD. Fahmi bersama Nur Fazira mengenakan pakaian pengantin serba putih pada kenduri perkahwinan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai semalam.
Lihat gambar di atas ini. Nampak mcm biasakan 
      mereka juga seperti pasangan pengantinyang lain, yang pernah anda lihat,

Percaya atau tidak usia mereka terlalu muda
untuk bergelar suami isteri.

tapi seyes cakap si isteri nampak matured, walaupun baru berusia 12 tahun.

Hari ini 
KUALA LUMPUR – Perkahwinan pada usia terlalu muda tidak menjadi masalah sekiranya sesebuah pasangan itu sudah bersiap sedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh alam perkahwinan.
Perunding motivasi,

Datuk Zawawi Yusof berkata, Islam menghalalkan perkahwinan asalkan ia memenuhi syarat walaupun pada usia yang muda.
“Jika pasangan pengantin sudah cukup umur untuk berkahwin dan faham mengenai tanggungjawab yang mereka perlu galas, maka ia dibenarkan.

“Kita juga perlu memahami keadaan sekarang sudah berubah dengan remaja zaman ini lebih cepat matang selepas mendapat banyak pendedahan yang membantu mereka berfikir,” katanya ketika dihubungi semalam.
Zawawi diminta mengulas langkah satu pasangan muda, Nur Fazira Saad, 12, dan Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dari Kulim, Kedah bernikah pada 17 November lalu dan mengadakan kenduri perkahwinannya mereka kelmarin.

Bagi seorang lagi pakar motivasi, Prof. Madya Md. Izzudin Ali, perkahwinan pada usia muda mungkin jalan penyelesaian terakhir dan terbaik untuk mencegah remaja daripada terjerumus dengan masalah sosial seperti seks bebas dan bersekedudukan.

“Sekiranya tidak ada jalan lain yang mampu dilakukan, maka tidak ada masalah untuk berkahwin pada usia muda,” katanya.


Note: mcm mcm bermain di benak fikiran ni..



9 comments:

  1. asalkan dia org tahu tanggungjawab kan

    ReplyDelete
  2. jue pun berfikir...emm mcm2 juga la..

    ReplyDelete
  3. kalau dh ready elok la tu...hope berkekalan..

    ReplyDelete
  4. setuju ngan wantie.. mmg nampak matured je isteri dia tu ye

    ReplyDelete
  5. Pada setengah orang memang lah tak patut berkahwin muda tapi kalau niatnya untuk mengelakkan maksiat, why not ? Zaman sekarang ni anak lelaki dan anak perempuan - sama bahayanya.

    ReplyDelete
  6. Apa-apa pun buatlah yang terbaik diatas perkahwinan yng dibina itu..

    ReplyDelete
  7. ye lah, kalo tak ckp umur pengantin perempuan berapa, mesti ingat 18thn..

    mmg kawin muda tak salah..elok utk elak maksiat.

    tp kalo kty..tak smpai ati nak kawinkan anak dara ku kot..takut..lakinya tak mampu kasi makan..huhuuhuhuhuu

    ReplyDelete
  8. biar la betol!...muda lagi la
    duit lanja pun mak bapak tanggung
    nth da abis skola ke blom nih!..adoiiiiyaaiii..sgt² tak setuju!
    hishh...aje giler wei!

    ReplyDelete
  9. biar betik 12 taun
    tgk muka sgt matured n tua dr aku agagagaga..xpelah kita just berfikiran positif

    ReplyDelete