Wednesday, December 19, 2012

Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas

Wah.. lepas ni leh ramai ramai wat rombongan pergi ke angkasa lepas
sebab kat Sweden bakal membina lapan gan terbang di angkasa lepas.
tapi..

tapi..

tapi..

dalam tempoh sedekad lagi le.
ish.. kalau sedekad lagi tu, sempat ke idak?
kalau bernasib baik dan panjang umur . hehehe..

KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi.

Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo.
Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, Spaceport Sweden dari lapangan antarabangsa di sini.

"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan penerbangan komersial dari Sweden bagi tujuan pelancongan dan penyelidikan dengan membina tempat berlepas di lapangan terbang tersebut," kata Pengarah Spaceport, Karin Nilsdotter.

Perancangan itu melibatkan sekumpulan pelancong yang akan terbang selama dua jam ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapal angkasa yang masih diuji.

Kapal angkasa tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang.
Penerbangan itu akan menghantar para penumpang sejauh 100 kilometer dari Bumi untuk membolehkan mereka memperoleh pengalaman berada dalam keadaan graviti sifar selama lima minit. - AFP

  

Kalau dah ada lapangan terbang, mesti lah ada pekerja kan..kan..
so, lepas ni mesti ada jawatan kosong yang berbunyi
" Jawatan Kosong Di Angkasa"
wah.. mewah betul bunyinya tu.

Ada yang sanggup ke.
mungkin sekarang kita rasa mcm tak logik
Tapi kalau in future sapa tau kan..kan..
 
 
 

7 comments: