Tuesday, December 18, 2012

MTUC mahu KWSP beri dividen lebih tinggi

Bila tiba belanjawan je, asyik kakitangan awan je yang untung.
orang  swasta mcm haku ni tumpang gitu gitu ja
ibarat melukut di tepi gantang. kikikik
( teruk benor bunyinya kan..)

Tapi tak sangka lak kan, ada yang prihatin suara hati aku yang bertapuk sejak sekian lama ni
MTUC mahu dividen KWSP  lebih tinggi tahun ini.
Fuh... Ibarat gema suara hatiku telah sampai ke telinga KWSP nampaknya


Sumber Bernama Memetik

KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan pelaburannya.

KWSP baru-baru ini mengumumkan pendapatan pelaburannya meningkat kepada RM7.02 bilion pada suku ketiga tahun ini berakhir 30 September.
Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam hari ini memberitahu bahawa berdasarkan keadaan itu, adalah wajar bagi KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi.

KWSP mengisytiharkan enam peratus dividen bagi 2011.
Balasubramaniam berkata, majoriti daripada 10 juta pekerja sektor swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada KWSP kerana ia merupakan satu-satunya sumber simpanan bagi mereka.— BERNAMA 

Leh naik sampai 8% pun tak pe...
  

Betul la kan, naik la sikit dividen. 
tu je la yang kami ada bila tua nanti
nak enjoy pencen, nak korek mana kan..kan..kan..

hehehe.. moga moga di naikkan lah dividen tu. aku sokong MTUC 100%
tetiba rasa terbela.

13 comments:

  1. mudah-mudahan....beranak la sikit2 duit yg mmg duk ada sikit kat kwsp tu hihi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah... moga tercapai..hasrat tuh.. :)

    ReplyDelete
  3. akak pun sokong!!! hehe..
    wlpn dh tak keje...ada ler jgk rm13k kat dlm tu, kan..kan...leh tambah simpanan secara tak langsung, hihi..

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah! tahniah!
    demi masa tua tuh...hehehe

    ReplyDelete
  5. sokong2. Ada sedikit cerita ttg u di blog KA ye hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam kenal

    Makchaq doakan semoga rezeki orang swasta pun bertambah murah..InsyaAllah..
    La ni zaman semuanya nak pakai duit...barang pun makin mahai..

    ReplyDelete
  7. wahhh..bagus tu!.. sukaaa....
    harap2 menjadi lah plan depa ni..jgn asyik janji je..hehe:)

    ReplyDelete
  8. Memang tak lulus punya..kalau melibatkan pekerja swasta..hehehe
    Aku pun dah bosan dengan nasib diri sebagai pekerja swsta macam aku ini..huhuhuhuhu

    ReplyDelete