Saturday, December 15, 2012

Malaysia Negara Paling Biadap Di Dunia

Lumrahnya manusia yang elok elok je nak dengar
bila dengar orang klasifikasikan Malaysia sebagai Negara Biadap
bernanah jugak telinga ni.
tak pe.. tak pe.... meh kita kongsi sesama k

Tadi dengar Radio ada keluar berita yang Malaysia mendapat tempat ke 33 negara biadap di dunia
sebab apa pulak.
mcm mana ianya di nilai.
meh sini usha usha..
1- Memandu secara merbahaya, tukar line tanpa memberi signal, suka cucuk dan hon sesuka hati.
memang tersangat la betul. part tukar line tu la boleh accident.
kalau bab "cucuk" tu memang aku geram. tau le dorang keta sempoi, aku keta siput
apa kes nak cucuk cucuk. selalu  berlaku kat Hightway. betul tak?
2-Tak patuh papan tanda arahan-Makan dalam LRT, Merokok di tempat larangan merokok, buang sampah merata rata dan parking di kawasan yang tidak di benarkan.

tak patuh arahan tu aku selalu tengok bila dah tulis pun no entry, dok gagah drive masuk jugak.benci.
pasrt merokok tu lagi lah meluat, makan kat restoren pas tu isap rokok depan budak budak/baby buat muka selamba beruk. sampah jgn ckp la.dari atas flat pun buang ke bawah..
3- Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut.
Ni satu lagi perangai. dok wat lengah lengah bila nak keluar parking. saja la tu. Then parking pulak kat tempat orang cacat. memang dasar biadap.
Ada yang lagi best block parking orang. cam no orang nak keluar? habaq mai sat.
4- Tak beri tempat duduk kepada wanita mengandung dan orang tua
Ha.. memang mangkuk tenuk punya perangai. pentingkan diri sendiri .
5- Tak beri laluan kepada penumpang untuk turun dan terus nai ( pengankutan awam)
tak pandai nak komen sebab dah lama tak naik pengangkutan awam ( bas)
6- Cakap telefon dengan bisingnya di kawasan awam terutamanya panggung wayang.
hahaha.. ada yang jawab phone siap tangan kaki semua bergerak.
terutama bila jawab phone utk tentutakan arah jalan. lawakkkkkkkk
7- Tak tolong bukak pintu masuk atau lif kepada orang belakang.
hahaha.. kekadang tu terkepit orang belakang bila nak masuk.
hampehhhhhh
8- Tak cakap terima kasih selepas mendapat sesuatu manfaat
rasanya, segelintir ja kot. tak baerapa nak setuju la yang ni.
9-Takde Tanggungjawab- tingal troli kat kawasan letak kereta, tinggung atas tandas duduk dan mengotorkan tandas awam
ha.. yang ni sokong sesangat. banyak sangat troli lepak kat parking terutama kat tesco.
sebab tu tak suka masuk tandas duduk. geli la dorang ni.
tak tau guna tandas ke hape?
10- selalu lambat
hahaha... dah tertanam dalam jiwa kot. "Janji Melayu"
cal bagi tau on the way tapi baru nak mandi...



Semoga kita sama sama perbaiki kelemahan yang ada. eh.. rajin pulak orang yang buat statistik tu kan..
Ada tak senarai bos yang paling teruk atau bos yang paling baik..
ala.. baik mcm bos aku tu.kahhhhhhhhhhh

14 comments:

  1. mmg patut pun dpt title tu.. mmg betul semua fakta di ats.. n mmg berhdpn dgn org mcm tu shari2..

    ReplyDelete
  2. yg tengahh isap rokok tu mcm wak joko je..isap rokok suria kot..hahah.:) just joking

    ReplyDelete
  3. adeshh..jom rakyat malaysia..ubah persepsi orang luar supaya tak termasuk dalam carta.

    ReplyDelete
  4. Rasanya betul statement kat atas tu!!
    Memang kadang-kadang tahap kebiadapan dia orang ni over.. contoh-contoh wantie pun semuanya betul..memang ramai yang selalu buat perangai macam ni, especially part driving, parking and merokok...hmm boleh sesak nafas ni..

    ReplyDelete
  5. adeh!...cam takleh terima kenyataan je mesia di copkan sebagai biadap...

    ReplyDelete
  6. semua di atas akak setuju sgt orang malaysia ramai yg buat...gerammmm jer.
    Merokok tu...ish..ish...tengah memandu pun nk merokok...tangan dan jari tersentil rokok kat luar tingkap sambil memandu..
    Atas motor pun nk merokok!!!! aduhaii...
    Dorang jenis ni...takleh nk berhenti kejap ke merokok kat mana2. Setakat dari tempat keje nk balik umah pun nk merokok atas motor??

    Lagi satu...guna telepon masa tengah memandu....degil. Pastu, terbawak kete gelong, tak pun selowwwww sangat.
    Bawak motor pun leh berkol dan bersms?? aduhaii. Tentera pun ada pangai mcm ni...kata dorang ni berdisiplin. Berdisiplin dlm keje dorang aje. Kat luar dorang pun mcm orang awam jgk....


    ReplyDelete
  7. orang melayu ni kebanyakannya tak reti membaca...
    hahahha...

    ReplyDelete
  8. lagi satu yg antara banyak, bersiul atau bersuit bila panggil waiter, pastu "hoi hoi" gitu.

    ReplyDelete
  9. mcm nak setuju aje ni hehehe

    ReplyDelete
  10. ada tag awk: http://ena7t5.blogspot.com/2012/12/contest-photo-editor-by-farah-mohd-din.html

    kalu free join la yer...tq

    ReplyDelete
  11. Pics no 1, pic bus tue n pics dlm lrt mmg sokong ssgt....

    ReplyDelete
  12. mmg typical Malaysian kot kak.. hehe
    sbb tu org dah bleh judge =P

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah... tang tak menepati masa (lambat) tu mang selalu la... janji 7.30pg, kul 8.00pg pun tak nampak btg hidung...

    ReplyDelete
  14. kebanyakannya memang betul pun..
    cuma yg janji melayu last tu x tepat utk saya..hehe,kalu janji mesti dtg lbh awal dari waktu yg dijanjikan..eh terpanjang dan terpuji diri pulak

    ReplyDelete