Kalau 50 tahun dulu mungkin macam tak logik bila ada yang menyatakan
manusia akan berpindah ke marikh.
setelah kajian demi kajian, akhirnya, seorang Bilionair, Elon Musk merancang membina
sebuah Bandar di Marikh..
Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.
Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.
"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA yang mendominasi penjelajahan angkasa lepas tidak merancang untuk meneroka Marikh.
"Namun, dengan usaha saya dan ramai lagi usahawan sektor swasta, misi itu semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.
"Di Marikh, anda boleh memulakan sebuah tamadun baharu," tambah Musk.
Beliau yang juga seorang jurutera pernah bercadang untuk menghantar sebuah roket ke Marikh.
Roket tersebut akan membawa beberapa suka-relawan dengan bayaran £300,000 (RM1.4 juta) seorang. - Agensi- sumber
kalo dah kaya raya tu..mcm2 nak dibuat.
ReplyDeleteermmm....hihi...
ReplyDeletebley jd nyata ke tu?
adoi boleh ke ni!
ReplyDeleteBila berduit apapun blh buat...
ReplyDeletelaaa...mcm2 la...
ReplyDeleteda xde idea lg ke nak berprojek kan bumi ni smpai nak teroka marikh
golongan dari mana tu kak? ala jue x tahu..hihihi
ReplyDeleteala xmau la..jue suka makan ayam.