Tuesday, February 26, 2013

Cerita Langkawi 2013 - episod 1


 19/02/2013, masa kat Penang Airpot aku dah bagi tau kat Mirul upaya dia belajar
dari apa yang bakal dia lawati nanti.
Bila Amirul tanya, Asal Langkawi? selamba badak aku jawab
sebab Mahsuri kena bunuh, pas tu di sumpah jadi Padang Jarak Padang terkukur selama 7 keturunan.
hambekkk... kekonon betul sangat la tu..

ok, meh sini nak bagitau sedikit sejarah Langkawi


Pulau Langkawi Dalam Lagenda Dikatakan Tempat Tinggal Seekor Burung Garuda Yang Membinasakan Anak Raja Rom Kecuali Kapal Raja Merong Mahawangsa Ketika Itu Mendarat Di Tanah Besar Mencari Bekalan. Laksamana Cheng Ho Dalam Pelayarannya Ke Melaka (1405) Mencatatkan Kepulauan Langkawi Sebagai “Lang-Ya-Kiao-Yi”. 

Asal Nama Langkawi

Asal-Usul Nama Langkawi Dikatakan Berasal Daripada “Lang” Atau Burung Helang Dan “Kawi”  Sejenis Ubi Yang Bewarna Perang.

Di Dalam Buku Sejarah Melayu, Langkawi Dikaitkan Dengan Peristiwa Pembunuhan Tun Jana Khatib Oleh Paduka Seri Maharaja Iaitu Sultan Singapura Di Atas Tuduhan Menggoda Permaisuri Baginda. Setelah Dibunuh, Badannya Ghaib Dan Dikatakan Timbul Di Langkawi, Seperti Karangan Pantun Dibawah :-



“ Telor Itik Dari Singgora, Pandan Terletak Di Langkawi, Darahnya Titik Di Singapura, Badannya Terlantar Di Langkawi “ 

Ha... ni le sedikit info tentang Langkawi
so, huraian aku tentang Langkawi kepada Amirul tu benornya tak betul. keh keh keh..
Mahsuri tu adalah satu lagenda yang berlaku di Pulau Langkawi
dan Mahsuri jugak bukanlah penyebab kepada adanya Langkawi.
sungguhpun aku ni orang kedah, malu pulak rasa sebab aku sendiri tak tau
sejarah Langkawi.
Tu la.. time sejarah asyik tukar cikgu je..gini la
( cikgu jugak yg salah..hahaha...alasan nak cover line)
Jejak je kaki ke langkawi, Amirul dah start google kisah Mahsuri
Naik penat aku explain kat dia apa itu Tujuh Keturunan.
Makkkkkkkkkk...Tolonggggggggggggg    
Note: sambung
  

10 comments:

  1. bagus...jom kita bljr sejarah..

    thks..good info..

    ReplyDelete
  2. wahhhh..betul2 belajar sejarah balik ni. hehehe

    ReplyDelete
  3. bagus jugak leh belajar balik bab sejarah melayu....

    ReplyDelete
  4. eh terlepas lak kelas sejarah petang tdi...hahahaha maceh cikgu anna..informasi terhebat..rugi x jd cikgu ang ni...dh npk skit2 ciri2 kecikguan hang ni haha

    ReplyDelete
  5. hahah kena buka balik buku sejarah. semangat jugak mirul yer.

    ReplyDelete
  6. mahsuri dan langkawi tak dapat dipisahkan..hehe

    ReplyDelete
  7. ohh..gitu sejarah di yer..baru je tau jugak...cikgu sy pun asik² tukar..tu pasal lah..hahahaha

    ReplyDelete