Tuesday, March 12, 2013

Akai Jenuh a.k.a banyak akal


Balik kerja kelmarin, kepala ni berdenyut denyut. adeiii.. tak tahan
hubby tak de kat umah, keluar kejap pergi beli barang basah untuk dinner 
aku pulak tergolek atas sofa sebab kepala sakit.

Bila hubby balik, dia cakap Amirul jatuh kat Sekolah KAFA
kaki tu sakit, siap mention kaki dia patah . jalan pun senget senget.
aduh... main mcm mana la sampai leh jatuh.



Pas tu nampak la kelibat Amirul kat tangga panggil aku suruh kendong dia naik
sebab kaki dah patah. auta semua tu. banyak akal kamu yer.
aku tanya dah kaki tu patah, balik sekolah KAFA tadi naik apa?

Kayuh basikal la. hahahaha sekali lagi auta.
mana ada orang patah kaki boleh kayuh basikal?
yeay kamu kantoi.. tipu.....


Semalam, tak lena tido kami laki bini sebab Amirul asyik merengek je
Hari ni tak pergi sekolah sebab sakit kaki.
hairan jugak sebab kaki tu tak bengkak pun, jerit je kuat Amirul ni bila orang sentuh kaki dia.
pelakon bersiri hahaha.
layan je la namapun anak kan.

pagi tadi aku marathon hantar anak anak ke rumah baby sitter
mula.. hantar Aleesya dulu,
kemudian balik rumah, kok ko.. ( kendong) Amirul pulak
mau patah pinggang aku ni. nasib la kan hubby tak de, aku la pikul tanggungjawab tu
terkejut baby sitter bila Amirul cakap kakinya patah. kikikik..


Petang nanti aku suruh Amirul naik basikal
saja nak tengok akai keling dia tu. drama sangat
dia pun ya ya la ngaku nak naik basikal petang nanti, sebab nak praktik kakinya yang patah tu
aku usik lagi.. kalau tak boleh jugak
kena pergi hospital, kasi masuk besi
hahahaha.... meraung dia, takut kakinya di masuk besi



Note: Bak kata Orang Kedah " Akai Jenuh"

17 comments:

  1. Hahaha byk tul auta amirul yer.. biasa laa anak lelaki T.. dah biasa dah alami ngan anak akak hehhee..

    ReplyDelete
  2. salam sis wantie.
    Biasalah tu budak2.hehe

    ReplyDelete
  3. ehheeh pandai dia auta yew

    ReplyDelete
  4. Hahaha payah jugak akai jenuh gini yer, ada jer drama nyer. Tapi kalau jatuh tak bengkak pun, kena cek. Papa JJ hari tu jatuh beskal (sila gelak), mmg tak nampak teruk pun tapi bila xray, macam ada tulang serpih.
    Nasib baik papa Jj tak minta I kok ko dia hahaha.

    ReplyDelete
  5. hihihi sj nak test akai mak pulak...

    ReplyDelete
  6. itulah kerenah anak2 nakkan perhatian sebenarnya tu....

    ReplyDelete
  7. hahahaha manja lah amirul ni ngan hang ti..ada2 je dia kan hahaha

    ReplyDelete
  8. hehe lawak la amirul ni.. nak auta MAK mmg silap la amirul oi.. MAK hang tu lagi awai dah mkn garam.. akai hang semua dlm poket dia ja.. hehe

    ReplyDelete
  9. budak2 sesekali nak bermanja2 jugak hehehe

    ReplyDelete
  10. pandai amirul nk manja ngan hg ...haha...

    dia tgk aleesya je kena dukung..hehe

    ReplyDelete