Saturday, April 6, 2013

Peluk dan Cium

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman kengkawan.
Apa Reaksi anak kecil korang bila korang peluk dan cium pasangan anda di hadapan mereka?
aku cuma nak tau kesan psikologi ke atas anak anak  dan adakah ianya baik atau tidak
Kenapa aku tanya? 
citernya begini... tak tahulah kalau korang tak praktik. ngeee..
Aku kalau boleh akan cuba untuk peluk suami 4-5 kali sehari.
maksud aku bukan la peluk ghairah tu.hehehe..
biasanya pelukan di lakukan bilak aku nak keluar kerja dan suami keluar kerja.
pelukan sampingan pula, bila aku tengah memasak or mencuci ( dah tentulah suami yg peluk)
selama ni akutak ambik kisah pun bila peluk peluk tu semua
aku main peluk je, kalau tak peluk pun aku cucuk cucuk pinggang suami
tergedik gedik si suami, pas tu kami akan ketawa bersama sama..
( usik usik la kan, namanya tu)
Kebetulan, semalam hubby kerja malam, so, pagi tadi lak aku terlewat bangun
makanya, my hubby pun dalam keadaan mengantuk telah tidur di sebelah aku.
aku bangun mcm biasa, mandi dan bersiap nak ke office,
kena la hantar Aleesya dulu
Aleesya kuis kuis papanya untuk salam dan cium pipi.
mamai pun layan gaklah papanya tu.
Lepas aku pakai tudung siap cecantik semua, aku pulak le yang kejut suami
bisik la kat telinga ( dia kan tengah tidur)
aku cakap dah nak pergi kerja dah..
Aku cium tangan gitu je.. tapi terasa la nak kaco dia
aku cium bertubi tubi, pas tu peluk rapat rapat plak tu
Tak perasan pulak yang Aleesya tengah usha..
sekadar hiasan

Bila aku tengok kat Aleesya, mukanya kelat
macam terlekat biji kacang kat tekak.
Tak sure la kan, dia hairan ke terkejut ke atau
apakah yang dia sedang fikir masa tu?

bila aku tengok keadaan dia mcm tu, aku pun ambik dia
dan ajak dia sama sama cium suamiku..
dan salam sekali lagi sebelum dia ke rumah baby sitter.


Ada baca kat satu artikel
"Apabila berada di depan anak anak , Pelukan pada bahu suami isteri adalah lebih sesuai untuk memberitahu bahawa mereka adalah pasangan ibu bapa yang bersefahaman.

Note: kalau Amirul kecik dodulu, dia terus join je gomol papanya....

12 comments:

  1. My pendapat tak releven kot sebab sini kan takder sensor2 sangat, so peluk cium kat sini macam takder apa, budak2 tak heran pun. hohoho cumanya I ada cakap2 kat JJ jangan nnt suka2 gi peluk cium stranger.

    ReplyDelete
  2. Saya selalu jer peluk dan cium hubby depan anak anak. Kalau dari mereka kecil, tengok macam tu, rasanya OK kot. Sebab bukan dibuat buat pun

    ReplyDelete
  3. Ada gak baca artikel tentang hub psikologi suami isteri secara mesra dilaku dpn anak memberi reaksi positif kasih sayang pada ibubapa meteka.

    Mesra maksud gurau2...picit2...ler.bukan yg bukan2..kikikiki

    ReplyDelete
  4. mmg selalu gak amalkan...tp nureen slalu ckp nk ngorat laa tu..kik kik

    ReplyDelete
  5. kalau yan memang menjadi kebiasaan harian anak2 pun dah tak kesah dah....

    ReplyDelete
  6. Oh..camtu ye peluk pd bahu je...
    Tapi sy depan ank ank sy pun slamba je kiss n peluk hubby...kdg kdg ank ank sndri yg malu tgok hahaha

    ReplyDelete
  7. ta ok je
    Dah praktis lama dah benda ni.la ni anak dah besar sikit. Still maintain lg..

    ReplyDelete
  8. aku tk per je depan irfan tunjuk peluk , sayang , salam suami aku...then aku ajar dia blk arr...aku kata sayang baba...sayang mama taw..gitu..then dia sayang blk arr..hehe

    ReplyDelete
  9. hehehe, KA pun selalu peluk cenggini but dpn anak cover2 sikit ler !

    ReplyDelete
  10. pelok2 kasih syg dpn anak2 ni bagus. Dia tau ibubapa dia dlm keadaan bahagia...dan secara tak langsung dorang pun akan senang hati. Senang hati cara budak2 laa.
    Kalo dorang selalu tgk mak pak bergaduh depan mata...lagi laa tak elok. Terbantut pemikiran dorang. Tu hidup dorang akan memberontak dan membuat suatu perkara yg tak elok utk menarik perhatian.

    ReplyDelete
  11. selalu anak2 akan jeles bl peluk hubby...hihi... pastu semua kalut nak peluk jugak...

    ReplyDelete