Tuesday, May 7, 2013

Dari Kuala Nerang Ke Pendang

Kalau orang tanya kenapa aku masih lagi nak balik mengundi kat kampung
sedangkan dah lama aku menetap di Penang ni.
Jawapannya sangat mudah..
Aku sayangkan kampung halamanku. cintakan keluargaku.
 Kami bertolak dari Kuala Nerang pukul 2.00 ptg.
keadaan Jalan masa tu ok je tak de la sesak mana pun.

Setibanya kami di kawasan Tanah Merah Pendang
keadaan tiba tiba menjadi sesak..
Banyak betul kereta dan motor yang berarak membawa sepanduk

 Tengoklah kereta bersusun susun.
yang pastinya, kawasan ni kawasan panas. 
kenapa? Jgn tak tau.. ni le kawasan Mat Sabu Vs. Man Abdul

Begitu panasa aura Mat Sabu. berkepul kepul rakyat mengibarkan bendera.

 kalau nak cepat leh la naik cooper tu. kui kui kui..
kami yang tengah sedap sedap drive ni heran jugak
kenapa la org dok bagi lampu, pas tu angkat tangan , hon hon bagai

setahu aku tak de pun sign apap apa kat keta aku yg menunjukkan aku ni sokong mana mana
parti.
Sekali aku pusing belakang. nah hambek... kat belakang kami
ada kereta yang bawa besar punya sepanduk.
then 2 biji keta di hadapan kami pun sama. bawa sepanduk!
hapa lagi, mungkin dorang ingat kami pun satu geng

Dah le tu, aku pulak dalam keta siap angkat kamera gedabak ni
dok klik klak klik klak


Amirul yang panas punggung sebab nak tunggu orang berarak Bendera BN
punya le susah.. siap merajuk merajuk lagi.
adei... susah betul nak fahamkan budak sekor ni..


Sampai umah Tok kat Pendang, Amirul kibar bendera BN
kazennya kibar bendera PAS.
tu la namanya budak budak.. tak denya nak gaduh gaduh walaupun berbeza Bendera. hehehehehe...



13 comments:

  1. Budak2 berbeza bendera, mak budak? Akak pun sama, wp dah 7 thn dok selangor tp tetap mengundi kat jhr,... ada pluang balik kg maa

    ReplyDelete
  2. waaa.....fanatik jugak amirul dengan bendera

    ReplyDelete
  3. Hehe...ni laa yg akak kekadang pikir.
    Kenapa perlu balik kampung utk mengundi selain kerana sambil2 leh balik kampung.
    Ada akak bagi pendapat kat blog KA tadi, hahaha..

    Kibar apa bendera pun...itu adalah hak masing2. Tetapi jangan nk provokasi sesama. Bahaya....leh jadi gaduh, leh berpecah belah sesama masyarakat. Tetapi dh nama manusia, kan..suka sgt nk buat provokasi...ejek2..
    Bila dh jadi gaduh...tuding menuding pulak....

    ReplyDelete
  4. wah...bestnya... meriah betul kat sana...

    ReplyDelete
  5. salam..
    yeaay , tamat la sudah pru13..

    ReplyDelete
  6. budak² bukan tau apa..yg penting aku ada bendera,, ko ada?? hahhaha... yg over excited puak² tua yg sanggup bertelagah ttg itu dan ini...hmmmm

    sapa pun yg memerintah, aku hnya mahukn keamanan kestabilan dn kemakmuran walupun aku x ngundi hihihi

    ReplyDelete
  7. sama la pat kiter hehe..kekadang tu stress gak di buatnya tu

    ReplyDelete
  8. hehehe... drg kadang suka bendera sbb clr kan, bkn tau apa pon...
    pas mengundi tunjuk jari dakwat kekal kat ellesya, dia pon nk jugak, siap merajok sbb x bg dia p mengundi haha

    ReplyDelete
  9. wahh amirul u look blue haha

    ReplyDelete
  10. salam sis wantie
    Seronok baca kisah perjalananan sis

    ReplyDelete
  11. kalaulah kita boleh jadi mcm budak2 xde gaduh2 walau berbeza parti kan !

    ReplyDelete
  12. aku blk selama ritu pun...mmg kt kg meriah..depa duk berkonvoi bw bendera...

    ReplyDelete