Friday, May 17, 2013

Di saman kerana Kecuaian Menjaga Road Tax

Bagi mendapat kepastian tentang pemasalahan yang aku alami
aku terus saja menelefon MyEg dan bercakap denga pegawai yang bertugas

1) Sekiranya pembaharuan Road Tax Jalan di lakukan dengan MyEg, maka
pihak MyEg tidak akan meminta Original geran kereta untuk di updated

2) sekiranya pelanggan masih juga ingin kemaskini rekod, bolehlah 
pergi ke kaunter MyEg untuk berbuat demikian

3) Sekiranya  pihak bank telah mengambil upah " Service Charge"  sila berhubung dengan pihak bank
    untuk pihak bank kemaskini rekod di geran anda.

4) Sekiranya  Road Tax disc anda ( dilekatkan di windscreen kereta) telah hilang cetakkannnya akibat
    dari keadaan cuaca yang tak menentu. sila1) kemaskinikan geran anda di Myeg
                                                                   2) Mengambil gambar road tax yang telah hilang cetakan itu
                                                                   3) bawa ke JPJ untuk di buat salinan road tax
                                                                   4) sebarang charge yang di kenakan oleh pihak JPJ sila    
                                                                         tanggung sendiri

5) Bukan salah pihak MyEg untuk tidak memperbaiki kelemahan yang ada. di mana besar kemungkinan cetakan pada Road Tax Disc telah menjadi kabur atau padam kerana masalah cuaca. Ini kerana kecuaian itu adalah daripada pihak pengguna yang cuai menjaga road tax disc tersebut.

6) Sekiranya anda di saman kerana road tax anda telah hilang cetakan yang boleh menunjukkan yang anda memang mempunyai road tax. jgn susuah hati anda tidak akan di saman kerana itu.. Tetapi anda akan di Saman kerana road tax anda gagal mempamerkan tarikh akhir/expired date

7) adalah menjadi tanggungjawab pemilik kereta untuk menjaga agar tarikh yang di cetak pada road tax kenderaan tidak hilang. dengan ertikata lain. sila parking di tempat teduh.


ok, inilah jawapan yang aku perolehi semasa aku berbual dengan pegawai MyEg. Nampaknya pertandingan tarik tali telah bermula. si bank cakap MyEg kata tak payah print kat geran. MyEg pulak cakap yang pihak bank tak de inisiatif nak bawa origiinal geran customer untuk di updated. Last sekali customer jugaklah yang nak kena pi setel semua pemasalahan yang pada dasarnya di cetuskan oleh satu perlaksanaan sistem yang tidak teratur. Nampak mcm dorang tak buat R and D la pulak kan..


*** walau beribu pemasalahan yang ditimbulkan, tak de pun sesuatu tindakan yang dilakukan untuk mengubah sistem yang sedia ada. Bukan teknologi yang bersalah tapi, orang yang mengendalikan teknology tu tidak cekap. Seharusnya, kajian yang meluas harus di buat , betul tak***

Bab nak parking keta kat tempat teduh tu pulak. Ketahuilah tak semua orang kat Malaysia ni hidup senang lenang di mana parking lot semua  under roof. kalau duduk rumah kotak macam aku ni, parking je la kat mana petak parking yang kosong. Silalah cari parking lot yang luas teberntang , ada ke setiap lot tu roof?

tak kan nak jaga road tax tu, nak belai belai mcm mana kita belai anak. nak selimutkan dia. Seharusnya percetakan yang biasa tu di tukar kepada bentuk percetakan yang lebih tahan lama. Guna kaedah tulisan timbul ke.. Guna ink yang kalis cahaya ke hape ke..



Note: Pokok Pangkalnya orang lain melepas, kita yang kena cuci..



8 comments:

  1. adoyai! sabo lah ek kak. meh2 sy buat kan tok akak. sy guna dakwat kekal pru 13 hr tue, nak? Tp sy akan goncang sekuat hati bg dkwat betul2 kekal. hahah

    ReplyDelete
  2. bla akk ckp mcm ni, sy risau jg..yelah parking mmg kt tmpt panas sentiasa..geran plak mmg x update sbb bank yg buat...

    ReplyDelete
  3. diaorg leh kena improve kan apa yg kurng..
    entry ni banyak info berguna.tq T.

    ReplyDelete
  4. aku ni..tiap2 hari mai keja bw keta, parking mmg kena pns terik..hujan...huhu..hrp2 road tax aku tk hilang la cetakan tu,

    tk penah lg renew kt Myeg tu..sbb sll renew sdiri..:), geran ada kt tgn..hikss..

    ReplyDelete
  5. Oo..boleh ilang ek. Saya tak pasan lak. Tp yg pastu roadtax asyik tanggal je.huhu

    ReplyDelete
  6. salam..
    alamak, keta sllau kena paking tempat panas sis..
    kalo tempat teduh memang susah sungguh nak dapat..

    ReplyDelete
  7. btol2....sistem percetakan dorang kena perbaiki la...roadtax kabur xnmpak die suruh tukar...denda rm50...cas rm10 rm60 semua...walao...

    ReplyDelete