Tuesday, May 14, 2013

Khasiat Buah Beka/Bonglai

.
sumber photo: samuraimalaysia.blogspot.com

 Info tentang Buah Beka
Beka atau nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae mempunyai pokok yang besar.  Batangnya pula lurus manakala daunnya hanya merimbun di bahagian hujung dahan.
Pokok ini turut mengeluarkan bunga berwarna keunguan sementara buahnya berbentuk nipis, lebar dan memanjang seperti parang.
Buah mudanya berwarna hijau tetapi bertukar kepada kehitaman apabila masak.

Berita Baik untuk para Ibu!!
Bagi ibu ibu yang mengalami masalah kekurangan susu ibu, memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin
 selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.
 Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,'' jelasnya.

manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema. Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala,'' ujarnya.
Kerabu Buah Beka

Bahan bahan
Kerang/perut lembu ( pilih salah satu)- di rebus hingga empuk
Taugeh - di celur
Sebiji Buah Beka - di salai dan di kikis kulitnya
di potong potong
Kerisik
serbuk beras goreng
5 biji cili padi
secubit belacan
sebiji bawang
perahan asam limau
garam secukup rasa

Cara Mebuatnya.
 masuk semua bahan bahan tadi
kemudian masuk kan dalam piring
sedia untuk di makan. ngeee..

Tak de la susah mana pun
cuma part nak salai buah beka tu je remeh sikit.
then part nak ambik buah Beka kat pokok tinggi tu lagilahhhhhhhh remeh. hehehehe...


prosesnya sama saja seperti membuat kerabu perut/kerang/taugeh + tomato tu
cuma tambahkan buah beka tu je dalam kerabu korang.


Kata orang , kalau sakit urat makan buah Beka lagi sakit la pulak
tapi aku ngan hubby makan tak de la rasa apa apa pun.

kepercayaan orang melayu berkaitan makanan yang pantang di makan kalau sakit urat
1) pucuk paku
2) pucuk Ubi
3) buanh Munggai/ remunggai
4) buah beka
5) bunga kelicap


Note: Mulut kata sedap, sakit letak kat ketpi kejap..kikikikik

10 comments:

  1. akak tak penah lagi makan masakan yg ada bahan utama buah beka ni..
    takde sape yg perkenalkan pun..tak penah jumpa jgk sape2 masak mende ni kat depan mata, hehe..

    ReplyDelete
  2. banyak kelebihan buah beka ni ek, tapi dekat mana nak dapatkan buah ni? :)

    ReplyDelete
  3. masih tak leh imagine yg mana buah beka tue.. huhuhu.. tgk gmbr pun tak tahu jgk. haha

    ReplyDelete
  4. hehehe macam best je buah beka ni !

    ReplyDelete
  5. nk dpt kt bandar tk dk kut buah Beka ni..

    ReplyDelete
  6. rs macamana ye buah beka tu wantie?, pahit ke, manis ke?

    ReplyDelete
  7. xpernah dengar plk nama buah ni..tgk lagi la..huhu..papepn,good info...harini baru tau...tambah maklumat ni...=)

    ReplyDelete
  8. Wahh..siap ada resipi lagik.. :) TQ share..

    ReplyDelete
  9. Mmg best kerabu dier..susah nk jumpa dh buah ni..kt blkg umah mak aq ada la tp tinggi pokoknya..:)

    ReplyDelete