Wednesday, May 22, 2013

KKM cadang lanjut waktu rawatan pesakit luar

     


 Satu berita baik bagi rakyat malaysia!!
Hanya sesuai untuk mereka yang gemar mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan
Yang swasta tak ada apa apa perbezaan okey!

NIBONG TEBAL - Kementerian Kesihatan bercadang untuk melanjutkan waktu rawatan di bahagian pesakit luar di semua hospital kerajaan seluruh negara sehingga malam bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di bahagian itu.

*** Memang betul pun. walaupun kat Penang ni ada banyak hospital , klinik bagai, tapi asal pergi je mesti sesak dengan pesakit.***

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, kesesakan itu berlaku disebabkan orang ramai semakin mempercayai tahap rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Teik di sini pagi tadi.

*** Ya memang betul. kalau orang ramai tak percaya Hospital kerajaan, masakan ianya sesak selalu kan. ***

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih diperingkat cadangan dan kementerian itu perlu melakukan kajian terperinci termasuk jumlah kakitangan yang diperlukan bagi melaksanakannya supaya ia benar-benar dapat mencapai objektif pelaksanaannya.

*** Moga moga cadangan dan kajian yang terperinci dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Lagi cepat lagi bagus****

Tambahnya, setiap tahun bahagian pesakit luar hospital kerajaan menerima hampir 40 juta pesakit dan kementeriannya harus melakukan penambahbaikan di bahagian rawatan itu agar dapat memenuhi keperluan rakyat. -


6 comments:

  1. Betul3..nak parking pun susah, kalau dipanjangkan waktu, mybe berkurang sikit.

    ReplyDelete
  2. baguslahhhh...tapi sure suh naik gaji pulak hahahahaha

    skun pun ada klinik 1Msia yg bkk smpi kul 9mlm :)

    ReplyDelete
  3. Happy juga dengar berita ni semalam..
    sekurang2 nya klu sakit waktu malam terus je ke JPL hospital berdekatan..kat sini klinik tak byk yg buka malam...

    ReplyDelete
  4. betul tu..sbb skrng majoriti org bekerja.. :)

    ReplyDelete
  5. Kt poliklinik kmtg ni mmg dh buat rawatan pesakit luar smpai waktu mlm. Ari sabtu pun ada jgk.

    ReplyDelete