Tuesday, July 30, 2013

Malam Lailatul Qadarku


Malam Lailatul Qadar  adalah satu  malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. 

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. 

Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada 
malam ke 27. 

 
Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
 
 Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.


Sejak kecil sampai la dah jadi mak budak ni, aku tak pernah pun melihat keajaiban Lailatul Qadar
dari situ.. sendiri mau ingatlah kan..amalan kita mcm mana..
betapa kerdilnya ku rasa..

Tapi.... Aku tetap dapat menikmatinya keharuman lailatul qadar..
Aku tak pasti bila malamnya..tapi setiap 10 hari terakhir puasa..
salah satu hari, selalunya selepas hujan di malam hari..
aku akan dapat merasakan bau tanah yang sangat wangi...
aku yakin, malam sebelum tu pasti malam lailatulqadar..

Tahun 2011, aku tak dapat menghirup wangian tanah kerana sebulan aku tak puasa
ye la kan.. berpantang sebab melahirkan Aleesya..
puasa pun tak dapat nak tunaikan, apatah lagi nak berqiamullai bagai kan...

Yang pasti... ramadhan kali ini.. bauan wangi tanah tu kurindu lagi
iungin ku sedut sepuas puasnya..
rindu sangat aku nak bau wangian tanah di hari 10 terakhir ramadhan ni.

Aku tetap bersyukur walaupun aku tak dapat melihat pohon pohon bersujud
menghirup bauan wangi tanah pun aku rasa bertuah sangat.
Aku berdoa dan sangat sangat berharap agar
allah pertemukan aku dengan wangian tanah lailatul qadar..
 sesungguhnya wangian itu tak dapat digambarkan dengan kata kata

wangiannya lain sangat...


Note: Setiap orang diberi ganjaran yang berbeza
korang mcm mana?

 



4 comments:

  1. Yang penting walau kita tidak bertemu dengan malam tersbut kita tetap bersemangat beribadat dan sujud kepadaNya….

    malam pernuh keberkatan dan kemuliaan…

    ReplyDelete
  2. SELAMAT TENGAHARI
    ANUM BR LEPAS HBS EXAM
    SINGGAH SINI LU

    ReplyDelete
  3. bersama kita memperbanyakkan ibadah dan amalan untuk mendapatkannya, insya-Allah.. :D

    ReplyDelete