Syukur ke hadrat ilahi, Semalam ( 21 Ramadhan) aku telah berjaya
menghabiskan 30 Juzuk al-quran
Cuma tinggal surah surah yang pendek pendek tu je lagi untuk aku khatam Al -quran.
Sangat sangat happy semalam, bila aku menyelak helaian al-quran yang mukasuratnya tertea
30 juzuk tu. Tak menahan gembira ni, terus je bagitau kat suami sambil senyum kembang kembang hidung.
Mana tak nya kan, sejak kahwin, belum pernah dapat aku habiskan 30 juzuk dalam masa
21 hari. Lagipun awal Ramadhan tu aku dah skip 6 hari tak baca.
Aku mcm tak percaya. Ya Allah.. Aku bersyukur kerana memberi aku kekuatan dan semangat
untuk menyempurnakan azamku di tahun ini.
Rahsia Dapat habiskan 30 Juzuk di bulan Ramadhan.
1. Aku pasti, jika korang sebelum ni lepakkan je Quran tu kat rak buku, sure memang payah la
kalau nak habiskan satu muka surat pun.Kalau dah selalu baca mesti tak terasa bila
helaian demi helaian di baca. percayalah..( aku dah buat)
2.Tekad dalam diri ( memandangkan quran kat rumah tu pemberian suami) maka aku
nak suamiku juga mendapat pahala bila aku membaca Al-quran. selalu berniat begitu
sebelum membaca
3. Berkat doa kengkawan semua, aku ada nyatakan yg aku nak habiskan 30 juzuk tahun ni
doa dan niat ( Nawaituku) tu di dengar oleh Allah. Allah jualah yang perkenankan.
Terima kasih ye kengkawan.
4. Aku tak dapat pergi Terawih sebab Aleesya tak de orang nak jaga, jadi ada banyak masa
untuk bertadarus al-quran.
5. Pengalaman masa remaja dulu, selalu bertadarus dengan Tok Guru, terasa begitu nikmatnya
bila dapat habiskan 30 Juzuk dan sekaligus Khatam. Aku rindukan nikmat itu sebenarnya
6.Cuti Nuzul Quran that day banyak membantu, sebab masa cuti tulah aku baca juga
bila lepas sembahyang Zohor.
7. Nekad nak jadikan ianya sebagai teladan yang baik untuk anak anak.
supa dorang membesar nanti dekat dengan al-quran.
*** mungkin korang akan rasa lambatnya nak habiskan satu juzuk surah al baqarah tu kan. Ketahuilah bahawa..cuma surah al-baqarah tu je pun surah yang paling panjang.surah lelain tak de la panjang sangat.***
** Walaupun aku lancar membaca al-quran, terdetik juga di hati ini utk membeli pen digital tu.
Nak perbetulkan bacaan tajweed aku ni.**
Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang lancar membaca al-Quran akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi berbakti sedangkan orang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat lagi berat, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (Riwayat Muslim)
Orang yang tersekat-tersekat dalam membaca al-Quran mendapat dua pahala adalah hasil daripada membaca al-Quran dan kerana bersusah payah untuknya.
alhamdulillah, tahniah kak dah qatam al-quran.. aiza dah dekat seminggu tak baca sebab cuti-cuti malaysia la pula..
ReplyDeletealhamdulillah... syukur... tahniah wantie, yati tak dapat nak join ramadan kali ni...
ReplyDeletesaya sokong beli pen digital tu.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah wantie.
ReplyDeleteAcik tak beli pen tu..tapi acik pergi kelas mengaji seminggu 3 kali untuk membetulkan bacaan.
Bila dah habis satu guru..acik pergi lagi guru lain pulak.tu la kerja acik.seronok rasanya.
wahhhhh tahniah
ReplyDeleteaku gak x abis2 gak
jenis skit2 je baca..xpelah asal ada niat nak bc alquran tu pun Allah dah beri pahala ye dok...doakan tuk aku sama ea
samalah kita..hihi
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletealhamdulillah sis habiskan 30 juzuk dah..
alhamdulillah... bagusnyer T , tumpang seronok dgr !
ReplyDeleteita baru separauh baca...kes nyer hari tu terlantar seminggu sakit...rasa macam tak dapat nak khatam kot pose ni..
ReplyDeletekalu nak betol tajwid elok akak cari seorang guru..senang dia nak betol makhraj huruf yang kite sebut....kalau guna yang digital..kalau salah sebut huruf kita tak tau...
jangan ambik hati sekadar pandangan n cadangan je..