Wednesday, July 31, 2013

Cara Menangani Anak Degil


 
ecewah... tajuk tak blah daa....
Sebenarnya, aku tak de la pandai sangat dalam soal mendidik anak
rasanya lebih pot pet dari bertindak..

Tapi..sejak akhir akhir ni, bila saja aku cakap Amirul mesti nak menjawab
kekadang boleh wat senak hati tau. tambah tambah pulak di bulan puasa ni
aku notice.. Amirul suka sangat  cakap " ha ni semkua ibu la, ibu yang tak ajak mirul, ibu yang tak check beg mirul..ibu la itu ibu la ini.."

Sungguhpun begitu, tak de la teruk sangat, cuma aku nak yang terbaik
dalam hubungan kami.

Ntah mcm mana la kan, Mungkin Allah gerakkan hatiku ini
Aku terfikir sejenak, kenapa la anak aku begini..
mungkin sebab nama yg aku panggil kut. 
kalau sampai ke tua dia mcm ni, macam mana ek?

My step mom pun ada cakap, dulu my adik mcm Amirul la, banyak mulut
segalanya nak tanya, segalanya nak bercakap
tapi ..bila dia dah umur 13 tahun ke ats, dia dah ok..
banyak berfikir dari bercakap.. apa yang penting aku kena tau la..
ini semua proses pembesaran, parent kena banyak bersabar...

Aku terfikir kembali.. Aku selalu panggil namanya "Amirul" which mean "Ketua/Pemimpin"
asyik panggil ketua ketua ketua.. mana tak jadi ketua budak tukan..
So, memandangkan Nama penuhnya Amirul Naiim ( Pemimpin Syurga)
maka aku dah start melatih lidahku untuk panggilnya
dengan panggilan Naiim,

Mungkin sejuk sikit kut, bila aku panggil dia Syurga...syurga..kan..
kekadang tu tersasul jugak mulut ni, terpanggil jugak Amirul hahahaha
Tak pe,...permulaan memang begitu kan..
Moga perubahan yang bermula di bulan Ramadhan ni di beri keberkatan.


Tak salah pun nama Amirul tu,korang jgnlah berkecil hati
cuma aku rasa Panggilan Syurga tu lebih sesuai utk Amirul kot.


Note: Entry ini hanya merujuk kepada nama anakku sahaja, tiada kena mengena dengan nama orang lain.
harap maklum.

9 comments:

  1. Bagus akak ni..siap muhasabah nama lg..
    sy pun kena fikir2 juga ni.. lately anak sy dok terlebih manja.. bila bagi arahan jarang nak dengar..huhu
    Naiim..lembut je bila panggil..;)

    ReplyDelete
  2. pernah juga aiza dengar mengenai nama pengaruhi sifat anak.. tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya.. terima kasih di atas perkongsian ni kak..

    ReplyDelete
  3. SO now biasakan dia dengna "Naim" la, cantik pun namanya. Btw my JJ yg kecik ni pun dah pandai menjawap, walau cakap tak der butir, tapi dengan tangan ke dada ke atas semua mata celik luas kat I kalau I pot pet kat dia. risau I risau. Ngan bapak dia pandai pulak tunduk bila kena marah.

    ReplyDelete
  4. nama anak buah kite amirul salman.. camtu gak kak.. ustaz ade gak suruh panggil salman.. tapi kiteorang panggil abang. last2nya.. tpi amirul ni budak baik.. manja ngn ibu. tul tak? hehehe

    ReplyDelete
  5. semoga nanti amirul naim akan menjadi khalifah keluarga yg beriman Aamiin :)

    ReplyDelete
  6. itulah betullah kut
    budak2 baya tu mmg cam tu kut
    nti besar oklah..process pembelajaran dan pembesaran
    tgklah lau dah tukar panggilan nti ada berubah x hehe

    ReplyDelete
  7. betul tu wantie... kdg2 kita pun hilang sabar ngan sikap anak2 tapi nak buat camana...semua tu sebenarnya cabaran tuk kita... Allah nak tengok kita bley handle ke tak semua tu.... kena banyak sabar...sm cam yati gak...

    ReplyDelete
  8. hehehe anak2 semakin besar semakin berbeza sikapnyer nanti, yg penting didikan kita sedari kecil !

    ReplyDelete