Thursday, September 19, 2013

Pakaian Menjolok Mata

Hari sabtu ni ada Canteen Day kat sekolah Naiim.
That day aku dah pun belikan dia RM10 kupon utknya
semalam dia cakap kupon tu hilang.. ( Biasa la Naiim kalau tak melekat kat badan hilang je la kerjanya)
Tak pe la..nanti beli lain.



Aku pun tanya la Naiim, Sabtu kena pakai baju apa
Naiim cakap baju biasa, baju yang menutup aurat
Ibu bapa pun boleh pergi
adik pun boleh pi jugak. semua orang kena pakai baju yang menutup aurat.
ye..la tak kan Ibu nak pergi pakai bikini kot...


Lagi satu ni.. adik kalau nak pi jgn dok pakai baju kembang gaun semua tu
baju tu tak tutup aurat. nanti cikgu  marah..
Adoi... Naiim dia kecik lagi tak pa la pakai gaun.
Tak boleh... org kata tak boleh tak boleh la..

Baju ni le yg Naiim ckp menjolok mata masa sport day sekolahnya

Tau dak baju gaun/kembang adik tu
"MENJOLOK MATA"
muahahahaha... ada betul la ckp Naiim tu
tapi.. Aleesya tu kecik lagi. tak kan la nak bagi pakai jubah.
adoi... si ustaz ni kalau berujah.. boleh terkedu lidah mak bapak.


Naiim ni memang gini tau, setahu aku dia memang tak suka berseluar pendek
atau seluar bermuda. Seluar Jeans pun tak suka
Dia hanya berseluar pendek kat dalam rumah
kalau nak keluar rumah mesti berseluar panjang
dia malu.. Mungkin kami tak pernah ajar dia berseluar pendek.

Then Naiim ni ok tau, dia suka berselipar je ( jimat mak bapak)
Seluar pun tak mao seluar jean, seluar slack dan track suit je ( jimat mak bapak)
kalau memalam suka pakai kain pelikat  ( lagi la jimat tak yah beli baju tido)



suka berselipar- Bila singgah sembahyang kat mana mana senang . tak yah tunggu lama nak tanggal kasut
boleh basahkan terus selipar tu. sebab malas nak berenyah, selipar pun ok
Tak suka seluar Jeans- kononnya susah nak lipat seluar tu bila nak berwuduk
Pas tu kalau nak kencing susah nau nak tanggal butang /cakuk. ketat la apa la. mcm mcm alasan dia
Tak suka baju berkolar- kononnya bila berwuduk kolar baju tu akan basah. Then lambat pulak nak kering. Ko berwuduk ke ko mandi?

benornya Naiim ni mcm budak budak lain jugak. ada time degil, melawan, malas
semua tu. cuma dia ni jenis yang sangat sangat simple bila berpakaian.
kekadang tu nampak selekeh je anak ibu...


Note: Aku doakan akan anakku si Naiim, akan sentiasa menegur cara pemakaian adiknya
dari kecik sampai lah besar.

14 comments:

  1. hihihii...
    menjolok mata yerr naiim ...

    ReplyDelete
  2. Haha...gelak lah gaya Naiim ni..siap ckp menjolok mata tu..pandai dah jaga aurat kan..:)

    ReplyDelete
  3. bagus dapat anak ada ciri2 ustaz ni T !.. mudah2an yer

    ReplyDelete
  4. tulah aku kata anak hang naiim ni mmg anak yg baik bagus..kecik2 dah pandai bab2 agama..untung hang dpt anak mcm tu sejuk hang ngandung dia no..aku doakan agar dia menjadi insan yang soleh aminn

    ReplyDelete
  5. Kecik2 pandai plak 'ustaz Naim' th psl pakaian MNJLK mate nie ye. Jage2 mama Naim nnti suatu hari mamanye plk kene sound dngn Naim kate x sesuailh pakai baju nie mama. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Bakal Ustaz nie.. Caya laa Naim..

    Jarang sgt budak lelaki tido pakai kain pelikat.. selalunya pakai tracksuit jerk.. :)

    ReplyDelete
  7. Aminnn semoga ia berkekalan namun didikan berpanjangan juga harus di seimbangkan :)

    ReplyDelete
  8. alaaaa sejuk jer hati tengok gaya Naim ni, bagus dia dari kecik dah pantau pemakaian adik dia. Teringat dulu my abang selalu tegur I pakai seksi, tak diendah oleh I. Sini dah takder orang tegur, tau pulak pakai tutup tutup hihihi.

    ReplyDelete
  9. Sabar je Naim..nureen lk asyik nk pkai seluar jeans jaa..:)

    ReplyDelete
  10. salam sis wantie
    Rajin sis layan kerenah anak2..

    Terima kasih sis wantie sudi lapangkan masa di tempat ta.dan maafkan ta lama ta tak dtg sini.

    ReplyDelete
  11. bagusnya naim.. semoga membesar jd anak yg soleh..

    ReplyDelete
  12. wah..ada calon jd ustaz nmpaknye si naim tu.....amiin...

    sy dh aktif kembali berblogging..rajin2 jengukla ke blog sy ye...

    ReplyDelete
  13. hah? kalo g2, anak2 i pakai pakaian menjolok mater la ari2... hu3
    hepi wiken dear :)

    ReplyDelete
  14. haha...naiim..naiim..
    Tp byk yg bagus ada pada diri naiim ni.
    sket2 tu dimaafkan laa..budak2, kan..

    Anak2 akak pun tak reti nak berseluar pendek kat luar umah...cuma kalo mandi-manda kat sungai, kat kolam tu...dorang pakai jugak laa. Dan kalo terpaksa tak berbaju...baru dorang bukak mcm kat bukit merah ari tu.
    Seluar trek tu mmg pakaian rasmi kat umah, gi tesco, giant..
    Cuma kalo gi keluar dari taiping..baru ler dorang ni berseluar jeans.

    Kalo Naiim sedang2 ni tak suka pakai suar jeans..takyah beli..membazir aje. Seluar dorang bukan murah2. PAstu cepat membesar.
    Kalo mcm baya2 anak akak skang ni...takpe..pembesaran utk tinggi tu dh slow..jarang pakai pun takpe, byk tahun lagi dorang leh pakai bagi lusuh, hehe..

    ReplyDelete