Monday, September 9, 2013

Resipi Tiramisu Cheese Kek

Sebelum aku nak bagi resipi tiramisu cheese cake ni kat korang
aku nak mohon ampun dan maaf sebab banyak jugaklah menu yg aku tayang kat sini
kekadang tu tak pun aku sertakan dengan resipi.

Bukannya kedekut, tapi aku ni jenis yg kalau aku tak kompom betul betul aku memang
tak mau syer. Aku kena cuba sampai menjadi baru aku nak syer
wat pe kan kalau ilmu yg kita bagi tapi tak mendapat manfaat kepada orang lain.
betul tak?
Tiramisu cheese cake yg aku telah berjaya buat 
versi aku yang tak payah letak dalam tupperware, senang nak potong dan senang nak makan.

noted: sebelum ni aku buat guna wipe cream. mcm yg kebanyakkan resipi yg ada dalam internet
Tapi.. bila aku campur dengan cheese cream rasa cream tu tak berapa kick
so, kejap lagi aku syer ngan korang bahan yg buat rasa cheese tu malatop!

Aku guna Natural Sour Cream. Mula tu nak mix dengan yougurt, tapi aku terpandang pada sour cream ni
terus aku rembat. Alhamdulillah percubaan berbaloi.
Sapuan cheese yang agak comot. maklumlah tangan keras kejong. tak berseni. muhahaha
mungkin korang boleh try sebab tak yah korek korek dalam tupperware.

Bahan bahan
sebiji sponge kek perisa kopi  ( beli yg tak de lubang kat tengah)
250 gram cheese cream
250 Sour Cream Natural
1/2 cawan gula ising / ikut suka manis yg diingini boleh kurang atau tambah
satu sudu  serbuk Necafee tanpa gula
air panas sati cawan

Cara cara
langkah satu
potong spoonge kek keapda 3 bahagian
bancuh sesudu Nescafe dengan air panas
titis titiskan Nescafee tadi ke atas sponge kek jgn sampai berair, agak agak lembab saja

Langkah 2

putar cream chese bersama sour cream dan gula ising
putar pada suhu sederhana
sehingga kembang

Langkah 3
buatkan sapuan pada kepingan kek yang pertama, kemudia letakkkan lapisan kedua begutulah seterusnya
akhir sekali sapuan penuh pada keseluruhan pada lapisan tadi
taburkan serbuk koko sebagai hiasan
Masukkan ke dalam peti sejuk
simpan selama  4 jam atau semalaman
then bolehlah makan.


*** tengah cari galetin halagel utk buat cheese cake, sape agen kat Penang sila inform I ye**


Note: Kalau korang pandai membuat hiasan, boleh jugak buat b'day kek sendiri nanti.cubalah..

13 comments:

  1. salam wantie...

    waduh...waduhh... terliurnye wantie tgk kek tiramisu tu...

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek tu kak.. boleh aiza cuba buat nanti.. :D

    ReplyDelete
  3. tiramisu..
    senang je nak buat ni
    tpi as usual..
    maleh..
    ahahha

    ReplyDelete
  4. sedapkan kek ni.. tapi muak sikit.. nak buat memang takler kot.. alahai...

    ReplyDelete
  5. mmg sng arr... kek beli yg siap dah hehe...
    boleh try buat ni... mmg cpt kan hehe

    ReplyDelete
  6. Wah..sya baru mau buat tiramisu...tima kasih kongsi resipi wantie :)

    ReplyDelete
  7. aik..hang pakai sponge kek
    sllu diorg pakai roti jejari tu kan..sng benolah eh nak watnye
    tp aku cam biasalah sure lupa nak cuba2 ni
    ritu aku ada tgk chef izani wat tiramisu..pakai roti jejari
    pas2 dia xbancuh nescafe..dia bancuh kopi..
    ni yg aku kena cuba..nak tau beza dua2 ni
    hang lau wat kek2 ni sure yg meletop2 kan hahaha
    aku plak x abis2 ngan kek coklat kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Kami sour cream memang bahan wajib ada dalam peti, papa JJ punya makanan ruji la tu, makan ngan roti jer dia. Tapi I masih belum yakin la nak buat tiramisu ni, kek kukus lepas la. hehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kek nie.. Tq share resepi ya..

    ReplyDelete