Thursday, February 7, 2013

Menu Diet untuk 7 Hari. Cubalah

Hari ini saya nak kongsi dengan kengkawan semua
maklumat yang baik haruslah di kongsi bersama

sesapa yang nak turunkan berat badan mlalui pengawalan makanan
silalah ikut tips ini.

Dalam masa 7 hari dah boleh tengok hasilnya.

 

 Hari Pertama - Tiada Nasi dalam Menu
 Jangan Makan Pisang, tapi makanlah apa jenis buah sekali pun. Maksudnya makanlah buah buahan yang kurang kandungan gulanya mcm epal hijau ke, buah lai ke kan.. Untuk minumam pula minumlah minuman yang sihat seperti air kosong . Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.( sup sayur adalah yg terbaik)



Hari Kedua - Tiada Nasi dalam Menu ( hanya sayur )
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
 Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Banyak bersabar ok.. nak kurus haruslah berkorban.

Hari Ketiga - Tiada Nasi dalam menu
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak payah  memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat - Tiada Nasi Dalam Menu
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.  Susu,.. selain mengenyangkan aianya juga membekal tenaga dan kalsium dalam badan.


Hari Kelima - Tiada Nasi Dalam Menu
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam - tiada Nasi dalam menu
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. ( sup sayur + daging) . sedap... Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh - Nasi Beras Perang
Hari ketujuh barulah boleh  makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis. sebaiknya jus yang  dikisar sendiri kerana kandungan gula dalam jus tersebut dapat di kawal.  Makanlah sayur sayuran berdaun . Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sanggupkah anda mengamalkan diet ini?
Nak cuba jugaklah... boleh turun  4-5 kilo seminggu.

13 comments:

  1. hang dah buat ke?
    aku ni perut nasi..xleh larik hahaha
    tp sup tu aku rs hari2 mkn ok kot..leh kurus..:)

    ReplyDelete
  2. lebihmkurang diet atkins...tapi atkins tak boleh makan buah semasa induction....hari nie hari ke-3 sy kembali kepada atkins. he he he

    ReplyDelete
  3. mmg boleh turun berat badan. saya dah cuba... tak tak bleh lama sebab mak masak enak hari2... hahaha

    ReplyDelete
  4. Tak tahu la kalau saya cuba akan berjaya ke tak... Kalau sebelum ni mmg perut ni tak tahan kalau tak jumpa nasi sekali sehari... Mujur berat 45 kg je...xpayah nk diet sgt, just jaga makan je

    ReplyDelete
  5. alamak tak bley lg dh amalkan diet... kena ada gak nasi wpun sekali sehari hihi

    ReplyDelete
  6. bagus menu2 ni. masa berdiet dulu mmg saya amalkan makan nasi beras perang. lama2 dah biasa, sedap pulak. pas berpantang nnt bolehlah amalkan

    ReplyDelete
  7. klau mkn ni saja nureen kenyang sat ja, sat g tgh mlm lapo blk hahhaa

    ReplyDelete
  8. aku nk kena diet ke? perut muncit..huhu

    ReplyDelete
  9. liya dlm sehari mesti ada nasi.. kalau idak xda energy hehe

    ReplyDelete
  10. wah..lepas ni mesti kite semua slim melim nih!...

    ReplyDelete