Sejak Kehilangan Pesawat MH370 aku tak pernah buat satu entry pun tentangnya
even kat setiap entry aku pun aku tak letakkan any single word of MH370
kenapa? Kerana aku merasa sangat sangat sayu...
Dan semalam semasa pengumumam dari Perdana Menteri Malaysia
aku sudah pun menjangkakan...
Lagi sayu perasaan ini pabila wajah wajah penumpang di paparkan di kaca TV
Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.
... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..
Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..
Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..
Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza..

Note : Terfikir di benak ini.. Bagaimanakah keadaan jasad mereka ...
*** My silence is just another word for my pain..
selagi kotak hitam tu x temui kita pun x tau apa yg sebenarnya berlaku
ReplyDelete17hari menunggu berita ni mcm2 spekulasi smpai iols x larat nak dgr n malas nak amek tau
hanya mampu berdoa semoga MH370 dpt ditemui secepat mungkin alhamduli
semua dah terjawab hari ni..dunia bersedih atas kejadian ini
tp ada gak yg ckp bukan2 lagi..huhuhu
alfatihah tuk mereka yg beragama Islam
smoga keluarga arwah/mangsa tabah dan kita mengambil pengajaran dan muhasabah diri dgn kejadian ini
ak pun ada bc psl teori dr Chris Goodfellow tu..
ReplyDeleteneway..semua ni..between Allah dan mereka je yg tahu..
HANYA UCAPAN TAKZIAH YANG MAMPU DI LAKUKAN
ReplyDeleteHanya Allah yang tau.... semoga kesudahannyer baik2 belaka...
ReplyDeleteapa yang boleh awok harapkan sekaghang ni...... walopon tipis.... berharap sume ni tak betoi..... tapi.... kalo betoi.... moga2 deme ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman..... Amin
ReplyDeleteAllah menunjuk kebenarannya... semoga dengan berjumpa nya MH370... segala fitnah akan berakhir.
ReplyDeleteTakziah dan Alfatihah...
Assalamualaikum kak, kalau benar pesawat dah tenggelam, sheila harap dapatlah ditemui kesemua mangsa.. kasihan ahli keluarga mereka kalau kubur tak bertanda ni... Allahurabbi.. sedih betul sejak dengar PM isytiharkan pesawat berakhir di Lautan Hindi. Kuatkan semangat ahli keluarga mangsa menerima dugaan ini Y_____Y
ReplyDeleteBetul tu kak..nak berpolitik tu pun tgk lah pada tempatnya... biar org yang pakar yang berbicara...
ReplyDeleteapa pun amat2 sedih dgn berita ttg MH370... Takziah & Alf-Fatihah pada semua keluarga mangsa yg terlibat :(
hanya mampu ucapkan takziah & sedekahkan alfatihah utk mangsa2 yng beragma islam T, sgt2 sedih & sebak !
ReplyDeletehanya Allah dan mangsa2 kapal tu yg tahu ape sebenarnya terjadi. Semoga Roh mangsa2 trsebut aman disana.
ReplyDeletesmga roh mangsa2 kapal tu tenang disana. Hanya Allah sahaja tahu ape sebenarnya berlaku masa kejadian tersebut
ReplyDeleteaiza masih berharap agar berlaku keajaiban.. jika benar berita itu, semoga kita semua terus tabah dan redha menerima ketentuan dari Allah, doakan kepada yang beragama islam agar ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
ReplyDeleteSemua misteri sudah terjawab kini. Hanya al-fatihah yang mampu kita berikan.
ReplyDelete