Showing posts with label MH370. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

MH370 : Apa Kata Mereka?

Hari ini genap sebulan kehilangan MH370. 
kotak hitam? adakah ianya akan di jumpai hari ini?
semuanya menjadi tanda tanya...

Dari Penang ke Kuala Lumpur

Ini apa yang kami ketemui dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

 Masa kami bertolak ke Kuala Lumpur that day, hubby singgah kejap kat R&R Sungai Perak
nak mnegeteh katanya,

Di kesempatan yang ada, my abang nak titipkan  tanda support kat canvas ni
apa la yang my abang tulis tu kan..

Aleesya  pun nak bergambar gak kat canvas ni
even si Abi tengah kusyuk, dia tak kisah.. nak jugak bergambar ek..

tetiba aku terfocus kat satu ayat ni..
"Cepatlah Balik Saya Nak Naik Pulak!!", drp= Nur

Dari Kuala Lumpur Ke Penang

Yang ni pulak aku tak pasti kat Petrol Station mana ntah
hubby berhenti kejap sebab nak basuh botol susu Aleesya..

Masa aku masuk nak beli air kotak tu, aku ternampak banner canvas ni
jeling jeling jugak la kat banner tu kan..

hmm.. rata rata tempat yang kami pergi kebanyakkannya ada yang letak cnvas ni
untuk menunjukkan support kan..
good..
 
ingatkan tak nak snap le kali ni..
tapi ayat kat banner ni buat aku terpanggil untuk focuskan ayat ni pulak

"Hangpa ada kat mana ha... balikla" 
tak sure dari sape la..  then ada ternampak tulisan merah tu mcm Ct-Fatimah kan..
nak perasan le kejap kengkonon aku yang tulis.

Bila aku sampai Penang belek semual, hok aloh  CT.FATIHAH da....
kikikikikik...

Aku nak tulis tapi tak de maker pen la pulak.

Note: Ku masih mengharap kepulangan MH370 dan segala isinya dengan selamat..

*** My love...
      without you many night
     I thought of thing about you
    restlessness day torment me
   how do i live, the nights do not pass
  tell me where I'm going....

Tuesday, March 25, 2014

Penantian Berakhir Sedih...

Sejak Kehilangan Pesawat MH370 aku tak pernah buat satu entry pun tentangnya
even kat setiap entry aku pun aku tak letakkan any single word of MH370
kenapa? Kerana aku merasa  sangat sangat sayu...

Dan semalam semasa pengumumam dari Perdana Menteri Malaysia
aku sudah pun menjangkakan...

Lagi sayu perasaan ini pabila wajah wajah penumpang di paparkan di kaca TV

Photo: Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza..

Note : Terfikir di benak ini.. Bagaimanakah keadaan jasad mereka ...

*** My silence is just another word for my pain..