Wednesday, July 18, 2012

FB ku Hampir di Godam. erk!!!

ini peristiwa semalam 
sebelum ni memang tak de apa apa masalah pun dengan FB aku

masa aku cuba log in
tetiba tak boleh log in pulak Fb aku ni
then keluar mesej ckp yg ada org cuba log in sebentar tadi
adakah itu anda?

aku pun click ok je la. sebab memang aku tengah log in pun
then, still tak boleh sebab keluar mesej kat bawah ni pulak


ha... ada mangkuk mana ntah dari Mexico City dok cuba bukak FB aku
hai.. nak godam ke bro????

Ai bukannya retis or pengintip ke hape 
buang masa ko je kalau nak godam
tak de apa yg best pun ttg ai..

syuh..syuh.. pergi pergi.. jgn dok kaco FB aku
kang aku karate kid sekali mau patah reyuk kamu.

ok.. sekarang dah tukar password. 
pas ni meh la godam FB aku, Aku GODAM!!! ngan rotan  3 tengah dua baru tau
hahaha... keluaq dah ayat kedah aku.






Tuesday, July 17, 2012

Takrif Puasa




Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

 Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}

Sumber Dipetik

GA Simple GreenyHouse..Yeay!

hmmm.... syhhhhhhhhh.. nak citer ni. sok sek sok sek..
si Greeny house tu ada wat GA tau..
best giler gempak ko!!!

hadiah dia jgn ckp le. tengok je pun dah boleh meroyan satu badan ni
tak caya? cer cuba clik kat banner kat bawah ni
join jgn tak join tau..

             
LINK




Expired date: Khamis, 19 JULY 2012 (tepat jam 12 malam)

Blog List Julai Leeza


that day ada la masuk satu segmen. N3 aku yang bertajuk  Jom Masuk bloglist julai santai leeza 
saja la masuk sebab aku memang suka semakkan N3 blog aku dengan menda menda cam ni.

tapi kan , memang betul betul tak sangka
blog aku terpilih untuk di senaraikan pada bulan julai ni
hadiah B'day la tu

nak jugak tayang nama blog aku yang telah menjadi bloglist julai leeza



tak dapat nak copy header leeza sebab blog list tu terletak di bahagian bawah sekali
at least ok la kan sebab ada blog aku yg tertera di situ
di samping tu ada 4 blog lain yg turut juga menjadi pilihan leeza.

ha.. ni le header blog leeza.
pas ni leh la I terjah u & u terjah I.


Aleesya Dan Mee

kegemaran Aleesya ialah mee. Tak kisah le, mee goreng ke, mee yang berkuah ke. asal mee je dia bedal
Mak sitter dia la yang notice. sebab bila nampak je org makan mee
dia akn pergi bersila dekat orang tu.
hehehehe..

Bila makan mee je tak mo orang suap
dia nak suap sendiri
dua dua belah tangan dia guna

Ni merajuk sebab aku  ambil mangkuk dia untuk tambah mee

wat muka kesian dok mintak mee.
aku letak sikit sikit je, kalau letak banyak kang kembung lak budak ni

ha.. kalau dapat makan mee
tak gerak ke mana dah. bersila setempat tu je..
nyakat abang pun idak..

ha.. dah habis pulak mee ni..
mana ni... jap angkat tinggi tingi mana tau ada lagi..

ish.. tak nampak la..

ha... ada agi tu.. ( hehehe..)
tengok betul betul.. mee pun dah naik ke kepala
aku tak sempat snap dia masukkan mangkuk tu ke kepalanya
dah mcm kopiah di buatnya..


Tak tahan dok gelak sebab tu tak sempat nak snap.
sabo je lah..

ada la seurat dua yang melekat kat mangkuk tu
dia continue makan

abaikan segala selerak kat belakang tu
memang kena tunggu dia tido dulu baru boleh kemas & mop lantai
kalau idak, dia pun mop lantai gak.

haishhh....


Monday, July 16, 2012

Qasar Hadramawt Best Yameni & Arabic Cuisine In Town

Actually, husband memang kerja last saturday. Tapi dia ambil cuti sebab nak celebrate my b'day
 thank yer bang... really appreciated!
Dah 33 tahun aku yer. syukur ku masih bernafas di bumi Allah ini.

Then.. saja le nak sambut Aleesya umur setahun jugak
Lagi 10 hari cukup le setahun anak dara ai tu
so, kami celebrate sekali.
untuk aku tak de kek, cuma untuk Aleesya je aku sediakan kek.

Kami ke Restaurant Qasar Hadramauwth kat Bandar Perda
mmm... dok tengok si el & nureen citer kat blog dorang mcm best jerk
google kat tenet pun dorang cakap sedap gak
ok, kali ni kita menari gelek sambil makan nasi arab
boleh gitu? hehehe.. ko jangan jah.. kang termuntah org semua...
hahahaha...

ada order sup kambing. lentil soup tu tak tau apa kebenda
so, tak yah order, senang citer k

ni ha.. sup kambing tu. RM 5.00 satu bowl
special for my husband.
dia memang suka makan kambing..
Ini sup yang datang bersama dengan nasi yang kami order
1/2 kilo "Lamb Mandy"

yang ni pun sama
cili dorang kot, amirul rasa, dia cakap pedas
sekali dia ckp ini la sambal belacan...
lantak le, yg penting tak makan pun...
sebab tak pandai makan!
Ni le ruper nasi dia
penuh dengan ketul ketul kambing kat atas tu
memang tak habis makan kami 4 beranak
yang selebihnya, tapau bawak balik...

ok.... nak bergambar dulu ya...
suka kemain Aleesya tu kan..
ish.. dia tahu ke idak yg kami smabut b'day dia sekali?
hehehe...
kalau dapat nyakat abang lagi la suka

hehehe.. ini candid hubby snap
aku wat cenggitu sebab nak suh Aleesya tunjukkan benda dalam mulut dia
bukan leh wat main mian, budak kecik ni suka makan yg bukan bukan
kalau suh dia jelir lidah cam ni baru confirm dalam mulut tu empty

Asyik lepak kat ibu je..
lepak kat papa la pulak kan...
ok. jom kita gerak balik & potong kek kat umah Tok Wan
dah tak muat dah perut ni nak makan kek.

Ha.. tengok tu, sampai licin kami makan.
thanks sekali lagi utk mu luvly husband sebab made an effort to bring us here


Saja nak posing kat sini. sebab tengok jus yang dorang jual tu cantik cantik botol dia
Amirul suruh beli, tapi aku tak beli
sebab botol botol tu sekali pandang mcm ada persamaan pulak kan...
tak pe, jus Malaysia pun sedap sedap gak..


oleh kerana Qasar Hardramawth ni susah sangat nak dapat maklumat dia
sebab aku google pun dapat contact number yg lama
tak de pun org jawab

jadi Aku mintak je Biz kad kat dorang
Ha.. these are the latest contact number k
kot kalau korang teringin nak ke sana..


Nota:- kat KL Hadramawt Restaurant lagi verity menu dia kan.. kan.. kan..

Dah praktikkan di setiap malam

Ingat tak tentang Entry ku sebelum ini tentang

Aku pun terdetik dihati untuk mempraktikkannya
 

Alhamdulillah.. aku dah pun praktikkan 
kalau hubby kerja malam akan ku sms
kalau hubby kerja pagi & ada kan rumah, hulurkan tangan memohon keampunan
sebelum.. zzzzzzzz

mula tu rasa kekok la.
mana taknya tetiba dok minta maaf, pas tu malam isok mintak maaf lagi
malam lusa mintak maaf lagi

Syukur, upernya hubby tau tentang ni dah lama
dia kan ulat buku. tapi dia tak pernahlah suh aku praktikkan
tapi dah isteri volunteer praktik lagi la dia sukerrrrrrrrrrr

Nota:- semalam lupa nak mintak maaf. sebelum datang kerja tadi sempat juga minta maaf
Qada' yg semalam. hiksssss