Monday, February 25, 2013

Okeylah.. Aku salah

Ni citer last week.
selalu kaum adam ni suka sangat cakap yg pemandu kaum hawa sengal le
tak pandai le apa le. redha je.. walaupun statistik menunjukkan
peratusan kemalangan jalan raya di monopoli oleh kaum adam
tak pe.. kita insan lemah.. terima je lah..

lepas je aku beli makan aku pun melewati deretan motor .
sebab aku nak ambik motor aku, kena la aku jalan ikut perkataan *sini* dalam photo.

masa sedang aku jalan, tetiba aku nampak satu keta myvi kaler hitam
siap bagi signal kiri. oklah sebab kat hujung sana memang ada parking lot
tak mangkuk biol sewel apa la pemandu tu
siap dia himpit ke tepi betul betul dengan aku

side mirror tu lalu elok je kat perut aku, pas tu berhenti
puas aku kempis perut elak .

Hello bro. ko sewel ke hape.
kat sini dah penuh motor ko nak parking mcm mana lagi?
kalau parking kat belakang motor tu, sah sah le ko parking tengah jalan
mengong!!!
sori la aku memang geram sebab ini melibatkan nyawa aku.

tu la masa memandu, mata usha kedai makan
bukan nak tengok org yang tengah berjalan 
kalau rabak perut aku ni sapa nak ganti


Ada la mamat mana tak tau angkat tangan marah sebab dia nyaris nyaris nak langgar aku
terus je dia pandu ke depan
dan boleh plak parking kat parking lot.

Masa aku snap photo ni dia mula cuak. lantaklah
ko ingat ko retis aku nak snap photo ko
blah le lu.

eh.. korang 4 orang ek?
patutla. mata tengok kedai pas mulut rancak sembang
bagus.. bagus... memang pemandu berhemah!


Note: Tak pe salah aku. aku kan kaum hawa...
tetap bersyukur kerana aku selamat.


Relaxing at Anggerik Spa & Beauty

Asyik tertangguh je nak manjakan diri kat Spa
Kelmarin baru free, lagi pun baby sitter sudi nak jaga Aleesya dan Amirul

 Anggerik Spa ni dimiliki oleh orang melayu dan bercirikan bali
dari luar pun dah boleh dengar alunan muzik bali tu.
ambik mood dulu sambil dengar lagu

pintu masuk.
Anggerik spa ni terletak di GIANT Bayan Baru
aku sampai dalam pukul 10.00 pagi ( dah buat appointment pun)


hehehe.. beli groupon voucher memang jimat..
tak ingat RM 34 ke RM 32 . murah kan...kan...
treatment pertama kena wapkan kaki dulu
actually kena tutup dengan tuala
tapi... dah gedik nak ambil gambar aku bukak kejap tuala yg cover kaki tu
gambar tak bape clear sebab spa ni gelapppp
camera pulak. yg cap ayam tu..
pas tu kena masuk bilik bukak baju, berkemban je
muka sembam kan ke lubang yg ada towel merah tu
operasi scrub seluruh badan.
pakej tu scrub bahagian belakang je, aku tambah duit sket tul scrub satu badan.
lepas scrub semua rilek jap. sambil dorang buat eye treatment
letak timun kat mata.
bukan kat mata je dorang letak timun tu, seluruh muka aku dorang tempek. sejuk jer...
pas tu, pergi mandi kat bilik air dalam kotak tu..

tab tu untuk mandi bunga
tak de dalam pakej yg aku beli.
jadi usha je la tab tu bior juling, tak de bunga nak tumbuh aih..
ni le hot stone yg dorang guna.
mula tu dorang lapik kain kat belakang, pas kurang panas, baru dorang direct ke skin belakang
dorang ubah le dari satu tempat ke tempat yang lain
sampai batu tu hilang panasnya.

last sekali, dorang guna minyak herba, massage satu badan, picit picit kaki, betis paha belakang semua
leher pun di masaage jugak
fuh... rasa mcm berurut lepas bersalin..
staff dia memang pandai urut, sedap benor rasanya..
ada offer 50% untuk facial + steamer
apalagi aku rembat la.. bermanja kejap. dibelai belai muka ni
ha.. lega..
3 Jam masa aku berhabis tuk bagi reward kat diri sendiri..


jatuh cinta dengan layanan mesra dorang, aku terus jadi member
ada 5 treatment free one treatment
ada disc 50%
ada disc 20%

Note: next month kalau ada durian runtuh aku nak pergi lagi lah.. best!!!

Friday, February 22, 2013

Menikmati Musim Luruh @ Spring

Kalau sebut je musim meluruh, ramai la yang mengeluh
Tapi kalau kat negara luar tu
musim meluruh yang di tungu tunggu kan..kan..kan...


pemandangan kebun getah my mom.
semua daun getah dah meluruh..
time ni la memang suffer kalau menoreh, sebab susu tak mau turun
sebab half way, getah dah kering tak sempat nak sampai ke dalam pot getah
pot getah = bekas tadah susu

tengoklah.. daun getah semua dah tak de.
bayangkanlah mak aku duk menoreh tu, panas matahai membahang
dok toreh sepokok sepokok... adei.. kesian mak aku

Mak ni kalau anak anak ckp tak yah noreh
nak jugak dia noreh..
ala... pokok mak tu tak banayk pun pelan pelan habis juga sepagi sekebun
gitulah jawapan mak..


Dulu, kalau musim meluruh, mak akan menoreh "menyuluh"
pukul 3.00 pagi dah keluar noreh tau
masa tu jumpalah, musang, babi, ular dan banyak la lagi
tapi...aku tak pernah pun ikut mak menuyuluh..
hehehehe....

Time ni jugaklah sang sengkenit berterbangan di bawa angin
kalau dia gigit kat mata, lubang telinga
mau nanges nak cabut keluar..
hohohoho...
selain sekenit ni ada jugak sang tungau 
dulu masa aku kecik suka sangat kena gigit dnegan tungau
abang aku lagi le..
tungau gigit telur dia. hahahaha....

sekarang ni susah benar nak jumpa tungau
korang ada nampak?



Note: Bila meluruh getah mahal, susu pulak tak de....

Thursday, February 21, 2013

Jenguk Ayah Pulak

Sebelum balik Penang, mcm biasalah aku akan singgah umah Ayah di Kota Kuala Muda.
walaupun ayah tak bela aku, tapi sebagai anak aku kena la ziarah dia
tak de ayah tak de la aku kat dunia ni tau.
buang yang keruh ambil yang jernih.bak lagu P. Ramlee tu..
Ya Allah.. sembuhkanlah ayahku.
Ayah tak sihat, baring je.
Ko gile nak meroyan snap photo time semua org dok sedih?
hehehe.. nak bagi tau yg tak de photo ayah aku tengah baring sakit tu k.

Masa aku ngan My step mom kat Dapur, tetiba ayah aku bangun
kekonon nak bawa  bekas air kencing dia ke bilik air
tetiba ayah slip dan terjatuh, terkejut aku..
Ya Allah... kan ka dah cakap ayah tak boleh bangun
panggil je adik tuk buang air kencing tu..

Bahagianya aku jika membesar tanganku dipimpin ayah. Redha...
Ayah.. Ayah.. mcm tu la suka wat sendiri
sib baik ayah ok, aku takut pinggang dia tu la
org tua ni kan, kalau jatuh sikit pun tulang boleh patah tau..

Sib baik abang ke tiga aku tu ada
boleh la dia tengok tengok kan ayah.
sian ayah.. dah di mamah usia..

walaupun ayah tak de kencing manis or darah tinggi
tapi kaki ayah sebelah kiri tu makin mengecil, so tak boleh nak balance badan dia yang tinggi lampai tu
Bukan kaki ayah- sekadar hiasan.
kata Mak, ayah aku dulu lahir 7 bulan
masa lahir tu kaki dia memang kecik sebelah
puas nenek aku berurut. 
Alhamdulillah dia boleh jalan mcm org lain.
eh.. ada kaitan ke semua ni?
ntah le kan..


kami tak makan pun kat umah ayah
sebab pertama ayah tak sihat, ke dua my step mom pun demam
sebab dok jaga ayah, tido pun tak menentu
jadinya, kami pulang malam tu dan singgah makan kat kedai je la..


Note: Dah call abang, keadaan ayah masih tak berubah.. mc  tu la..
 




Wednesday, February 20, 2013

Tunaikan Permintaan Mak.

Kalau nak ke rumah saudara mara yang dah lama terputus hubungan
aku lebih suka jenjalan ngan Mak
sebab kalau aku redah sengsorang sape nak kenal kan..
kang mati kutu plak, bila dorang soal, ko anak sapa? betul ke sedara dorang? 
hahahaha...
my mom dengan adik angkatnya merangkap anak sedara. 
kazen aku le kan. Kak Salbiah anak Paksu Jaafar aku
kazen 2 sepupu. walaupun dah 10 tahun tak jumpa dia, dia masih ramah tamah mcm dulu.

nak jugak aku selit kat situ kan..hehehe biasalah 
aku adalah aku... 
walaupun umur aku ngan umur kak Salbiah beza benor, tapi kena gak panggil dia kakak. ngeeee
nyaris nyaris kaki tu nak masuk dalam pinggan kopok tu
adei.. Aleesya tu explore segalanya.
tak menang tangan nak layan keletah dia sorang..
 dengar je Mak aku nak datang ke kg Matang Pasir ni,
kazen aku ( baju merah) abang yaaku a.k.a adik kak Salbiah
speed dari tepeng tau, semata mata nak jumpa kamu

Sian dia, baru je operate hati. kurus meleding je ku tengok
tapi.. isap tu lajussssssss je. hasihhhhh

ada sorang lagi kazen aku, Abang Mohamad, tapi Amirul asyik kaco je
tak tadapt nak snap gambar dia.

Dorang tinggal kat Shah Alam,
dorang ada ajak aku jenjalan sana, tengoklah kalau di izinkan Allah aku sampai le.


bila nak angkat punggung balik, dorang asyik dok stop kami
suruh kami makan dulu baru balik
nak tak nak , kami makan jugak le
takut plak, kang dorang datang umah aku tak mau makan pulak. hahahaha...


Pas tu kami singgah umah Pak Long Leh.
umah dia depan sekolah Alor Pongsu tu.

apa la Pak Long, baju pun tak mo pakai

Bila jumpa dok lawan citer time dorang kecik kecik dulu
bawa basikal jatuh parit la. itu la ini la..
ketawa sampai bahak bahak...


Mak Long aku baru je kembali ke rahmatullah
tu la mak aku sedih, sebab dok ajak aku banyak kali sangat
last tak smepat nak jumpa kakak ipar dia.
Maaf la Mak...

Note: Mak happy, Mirul moncong sebab tak boleh memancing ngan Tok dia.
Sedara kat Changkat Jering tu bila nak ziarah?