Saturday, November 24, 2012

bukan tak nak

rutin ku di malam hari adalah bw
pas tu buat entry untuk autopublish
sebab siang sibuk di office.
mcm kata gieyana,kita di bayar untuk kerja bukan dok belek blog.

tapi kekadang tu curi curi updated jugak. hehehe..

bila bw, satu masalah timbul yg membuatkan saya akan close je blog yg saya pergi jengah tu
tahu le kan,bila anak tido baru nak bw
tapi bila ada blog yg letak lagu
tetiba anak akan terjaga

bukan tak nak BW blog korang
sebab ianya mengganggu tidur anak anakku.
Maaf ye..


Note: selesa je terjah blog yg tak de lagu


Friday, November 23, 2012

Sampai hati kamu

Turn my hubby pulak hantarMIl balik kampung semalam
sebab dah ambik.jadi hubby  la hantar
hidup berpakat mcm ni la
Dia balik dengan Amirul
tadi dia balik sorang je,Amirul tu dia tinggalkan kat kampung.

owh.. awak tahukan saya tak boleh berengang dengan Amirul
kenapa awak tinggalkan  dia kat kampung?
sampai hati awak. Saya rindu anak saya..sob...sob...

tadi  Pasar Malam, hubby suruh aku belikan dia laksa.
Then aku jawablah...
Sebab awak dah tinggalkan anak saya di kampung, saya tak mau beli laksa
saya merajuk tau. Esok pun saya tak nak masak untuk awak!

Awak di denda sebab menjana kesedihan saya.


note: mood rindu katmirul yg melampau...

Blog Yang Tidak Boleh Upload Gambar-penyelesaian

Nak sengih sengih mcm kerang busuk kejap.
pening kepala sebab tak leh nak upload gambar kat entry.
dah le nak umum pemenang GA.
memang kalut malut la kan.
ada dah 2-3 ketul member yg  hadapi masalah ni.
jadi di atas keperihatinan  my  friend, sape lagi kalau bukan si gieyana tu . ngeh ngeh ngeh
dia dah bagi link.
then dia gak la yg set up author ke admin kat saya. sayang kamu gie
 
dia bagi link ni.
Tapi saya nak jadikannya sebagai panduan saya juga
kalau sesapa yg nak lagi clear sila link ke \
So.... inilah penyelesaian bagi mana-mana blog yang menghadapi masalah untuk upload pic.
pic dari entri lama saya
Jika keluar macam ini, bermakna dah cukup limit untuk upload pic.. Kalo x nak ikut tutorial ni, leh je klik kat purchase more storage. Tapi.. sanggup ke habiskan duit untuk bayar ni??? So kita gunakan cara mudah, just add author.

Sebelum teruskan tutorial ni.. Sila createkan satu acc gmail baru. Ingat, acc gmail sahaja..
selepas create acc baru gmail, just log out & sign in blogspot seperti biasa. 
LANGKAH 1
Buka dashbord blog anda
LANGKAH 2
Klik SETTING yang berada di bahagian kiri blog

LANGKAH 3
Sebaik sahaja masuk ke ruangan setting, terus ke bahagian PERMISSIONS


LANGKAH 4
Klik ADD AUTHORS dan masukkan email gmail yang baru di create tadi. Dan klik INVITE AUTHORS

LANGKAH 5
Sebaik sahaja anda klik INVITE AUTHORS akan tertera seperti pic diatas. Seterusnya, sign out daripada acc asal blogspot.
LANGKAH 6
Dan, sign in dengan acc baru gmail  & anda akan terima email seperti diatas. Klik sahaja line biru tu & secara automatik akan masuk ke bahagian dashbord. Ini bermakna anda telah berjaya tambah author.
LANGKAH 7
So, nampak tak ALMARI ASYA dah ada kat dashbord ni. Ekceli untuk tutorial ni, saya gunakan acc gmail yang sedia ada untuk blog My Only One, malas nak create baru sebab buat just untuk tutorial kan. Kalo yang create acc baru, xde la nampak 2 blog camni. Saya ada 3 blog & ketiga-tiga blog saya gunakan acc yang berlainan.

LANGKAH 8
Tapi kelemahannya bila add new author ni,  sebaik sahaja buka DASHBORD hanya akan tertera ikon2 seperti diatas sahaja. Dimana anda hanya boleh upload pic & create post sahaja. Lain2 setting yillekkkk! Jadi susah sikitkan, xkan setiap kali nak buat post buka blogspot kot acc baru & bila nak komen+approve komen buka acc blogspot lama.. cerewet kan??? So, jangan risau ada penyelesaiannya.. Just follow step dibawah.
Untuk dapat kesemua fungsi blogspot, just hanya perlu tukar kan AUTHOR kepada ADMIN
LANGKAH 9
1. Sign out dari acc baru blospot
2. Sign in pada acc asal blogspot
3. Klik SETTING ---> PERMISSIONS---> BLOG AUTHORS
 LANGKAH 10
Just  klik pada anak panah AUTHOR & pilih ADMIN

LANGKAH 11
Acc email fasyafrina berjaya ditukar kepada ADMIN. Seterusnya, sign out dari acc blogspot yang asal & sign in kepada email blogspot yang baru di create tadi.
LANGKAH 12
Dan hasilnya... dapat semua fungsi blogspot, boleh tulis post, komen, publish komen dll. So, selepas ni terus gunakan acc yang baru di create tadi untuk login blogspot. TETAPI jangan buang acc asal blogspot, takut jadi apa2... ( simpan email lama+p'word dlm diari utk rujukan masa depan)  Acc lama terus kekalkan je sbg admin. So lepas ni , jika admin ke-2 ni dah mengcukupi limit untuk upload pic. Teruskan dengan cara yang sama , iaitu add author yang ke-3 hingga ke seterusnya. Kalo x silap, sesebuah blogspot leh add sehingga 100 author. Bila dah cukup 100 author tu, xleh buat ape r..Nampaknyer, buka blog baru la.. Tapi, xdenyer sampai lebih 100 author kan.... 
Sekian tutorial ringkas ni. Gigih saya buat ni demi untuk membantu blogger-blogger semua. Yela, gambar kan penyeri blog & blog gak ibaratkan album online. Bagi saya, blog ni lah tempat untuk saya menyimpan & menceritakan setiap detik pembesaran asya tersayang untuk tatapannya bila dewasa nanti.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya
 
 
memang saya terhutang budi dengan Mama Asya, thanks ya

Hutang.

seharian kelmarin aku berhutang dengan korang k
hari ni pulak aku sibuk sangat
kes berlambak lambak kena settle
esok cuti 
so kena habiskan by today gak.

Jadi hari ini dan kelmarin aku berhutang Blogwalking dengan korang
jangan marah ye.

haish.. gambar kat picasa album tu pun kena delete
sebab storage limit.

Kak Alona, T jawab kat sini jelah
"bila gugel storage limit dah sampai
kita dah tak leh upload gambaq dah
pas tu dia akan bagi tau masa kita nak upload gambaq tu la
 lupa pulak nak copy paste warning tu. ( maaf)"


Jgn jemu datang umah I yg tak bergambar ni ye
memang take time nak buat
nanti senang BW k.

 


Thursday, November 22, 2012

Sedap jugak ya

Bila Petang je, mesti tercari cari nak makan apa la untuk tea time
anak anak pulak apa lagi.. mesti nak makan itu ini

Memandangkan papa tak de, jadi takde orang nak keluar beli kuih
kejap ye..
Ha.. ada pun keropok.
goreng pun sodap..
kruk krak kruk krak  makan anak beranak

pencicah dah habis.
So.. cili sos pun jadilah..

Best nye rasa bila time cuti.

Pagi- masak breakfast
Tengahari- masak lunch
petang - tea time ngan anak anak
malam- masak dinner

hmm... fully feed them dengan air tangan ni.

Ajari Aku

Sapa yang pernah tengok video klip terbaru Anuar Zain
yang bertajuk "Ajari Aku"
Semalam tonton kat rancangan " Malatop"

memang best video clip ni
di lakonkan oleh Nora Danish. Sungguh menyentuh hati

Nora Danish accident masa nak pergi ke Dewan Kahwin
Anuar Zain duk tunggu kat Hall dah
tetiba received call yg Nora Dabish Accident
terlucut terus H/p di tangan
tetiba rasa sedih je tengok video klip ni
kalau terjadi kat diri sendiri cam na la kan...
minta dijauhkan..
Nora Danish kat spital..
Rasa mcm nak suruh je sambung lagi..
tak puas tengok video klip ni...

sesapa nak tengok leh la tengok kat SINI


Wednesday, November 21, 2012

End Year Giveaway by Fatin Alyaa

Malam ni tak de apa nak buat
sambil BW nak join la satu GA ni

 

dah follo, dah click mana yang patut
semua dah buat..

na tag sapa ni?...
tag KA lah. biar meriah


ada hadiah misteri. tu yg best tu sebab ianya misteri
hahaha... biarlah hidupku di penuhi dengan missssss teeeee riiiii...

hadiah plak aan di beri mengikt 3 kategori
-Top referral
-Random
-Entry Menarik,maybe:)
tempek je banner ni at side bar
pas tu promote la GA ni habis habisan
sebab ena tunggu  cukup 200 peserta.
walawei...

Note: sesapa nak join clik   banner atau click  SINI