Thursday, July 5, 2012

Buah Setoi

Pernah makan buah setol tak?
kalau kat kampung aku ianya di panggil buah setoi
kalau di kalangan familly aku, ada dua jenis buah setol ni
kalau yang masam tu kami panggil buah setoi
tapi kalau yang isi gebu, & manis manis sikit kami panggil " Sir Tair" ( english slanga)
lantak la tak tau nak eja. kasi spelling enggish sket.. hahaha..

kat belakang umah aku di Kuala Nerang tu ada la pokok Sir Tair ni. pokok tinggi melangit
memang susah nak kait.
aku memang suka makan, cicah  gula+kicap

that day masa balik umah ayah kat Kota Kuala Muda tu
aku terjumpa dalam gugusan buah ayah kat meja makan
huhuhuhu.. sebijik je.
 
dek kerana kemaruk nak makan, aku bedal sengsorang
bukak Fridge tengok ada lebihan gula + kicap lebihan adik aku kot
apa lagi bedal je lah, tak yah buat baru
hahaha... nasib ko le,

Ni gambar dah half way makan baru teringat nak snap
saja la pusing ke arah sini
wal hal yang sebelah lagi dah tak de. kahhhhhhhh

gula kicap ni pun dah tinggal ciput je
tu pun tak kira ar nak snap jugak

sib baik tak de yang dok menumpang menyicah
kalau idak sebiji tu mana nak cukup

Nota: utk my sister, jgn marah ye sebab Kak dah bedal gula kicap kamu dalam fridge
sebab kamu tak de & pergi Langkawi tak ajak kak sekali. ngeeee



14 comments:

  1. wat rojak wat setor tu sedap...
    lama tak makan..

    ReplyDelete
  2. sedap gak ni buah setoi nie..dulu nk masuk lorong kt umah mak aku da pokok setoi besar nie..slalu kalau mlm2 nk lalu cfm takuttt sgtt! Ekekeke.:-)

    ReplyDelete
  3. eh buah setoi eh akak panggil..
    kalau tak silap buah ni same kot dgn buah tampoi.
    kalau same, memang betul la gaknya.
    saya panggil buah ni buah tampoi.

    ReplyDelete
  4. aduhhh nak lah gak... ^_^

    psst: inai tu lambat sikit liya pos yer.. bz le tk dpt nk kuar g pejabat pos.. :D

    ReplyDelete
  5. pernah mkn tapi tak la suka sgt sbb kulit dia tue kelat2 cikit kan, tp asben nureen suka la bab2 cicah2 gini.. hehe

    ReplyDelete
  6. alahai.. kecur liur ni.. dah la puasa.. :)

    ReplyDelete
  7. Kalau tak salah, buah ni ke yang kulit dia boleh buat masak tu??

    ReplyDelete
  8. perghhhh terliur di buatnya...

    http://nurain82.blogspot.com/2012/07/jom-baca-review-filem-8-jam.html

    ReplyDelete
  9. dulu masa kty duk quarters mardi,selalu makan buah setol ni..lor ni dah berpuluh tahun tak makan..

    ReplyDelete
  10. aku nah mkn
    tp xleh go tru
    isi dia cam lembut2 kan..cam mkn kapas hahahaha

    ReplyDelete
  11. lama tak makan buat setoi nih.. cicah sambai belacan..

    ReplyDelete
  12. pernah mkn x ingat panggil buah apa nama dia ni!

    ReplyDelete
  13. first time dengar..mcm best je ni..meh rasa sikit..hihi :p

    ReplyDelete
  14. Akak panggil buah sentol..
    Kat tanah pusaka mak akak kat Melaka...ada pokok ni. Buah ni mmg fevret mak akak. Dh susah nk cari. Kekadang aje ada. Kalo ada tu..mmg terus beli lah. Pokok kat Melaka tu ada berbuah tp masa berbuah kitorang lak tak balik ke sana.

    Bila hang buat ntry buah sentol ni..aduhaii...terus ingatan melayang2 pd dia..al-fatihah..

    ReplyDelete