Wednesday, February 6, 2013

Memey - Norman timang bayi lelaki

Abby Abadi gembira Norman timang anak  

tahniah buat  Memey dan Norman di atas kelahiran anak lelaki mereka 
bernama : Mohamed Darwisz Hakim.

"Sebaik saja saya bersalin, abang (Norman Hakim) ambil gambar bayi dan terus kirim pada Kak Abby kerana ketika itu Kak Abby berada di Sarawak dan kemudian terus ke Jakarta bersama ibunya," ujar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi kepada Harian Metro.  

Menurut Memey, Abby turut berjanji akan melawatnya dan Darwisz apabila pulang dari Jakarta.
"Saya gembira kerana sejak hamilkan Darwisz, hubungan saya dengan Kak Abby baik dan kami juga ada keluar berjalan bersama-sama dengan ditemani anak-anak. Tiada lagi rasa dendam dan marah."
"Pada hari persekolahan, semua anak Kak Abby dan abang akan tinggal di rumahnya dan pada hujung minggu mereka akan tidur di rumah kami di Wangsa Maju. Kak Abby sekarang banyak berada di luar ibu kota kerana memberi ceramah."

6 comments:

  1. semoga baby diorang ni membesar dgn sihat...

    ReplyDelete
  2. lawa memey.. berseri
    (puji ku yg ikhlas walau ku tidak menyukai beliau..hak3x)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga bahagia.. beshnye dapat baby...

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk dorang..
    bes je tgok bila ada bby nih..

    ReplyDelete