Friday, June 28, 2013

Adik Abang Sama Naik


Amirul ni kalau adik tak balik lagi, bising suruh aku pergi ambik
kalau adik balik..nyakatttt je kerja nya.
Aleesya pun sama jugak, asal tak leh kaco abang tak senang duduk.
Ini kes di amakan durian tu la..
Amirul tengah makan nasi, mata melekat kat TV, sebab tengah nonton citer Aladdin.

Mcm biasa kalau amirul makan nasi kena siap semua termasuklah air minuman
Aku  bagi dalam gelas besar sikit, senang tak yah jalan dua-tiga kali ke dpaur nak menambah
Asal aku cakap sudah je kat Aleesya, aku pun ambik le lebihan  Durian tu ke dapur.
panggil Aleesya ke dapur dia tak nak sebab nak basuh mulut ngan tangan.

sambil aku tarik tangan Aleesya ke dapur, bluweekkkk Amirul bunyi mcm nak muntah
Korang tau tak, selamba derk budak kecik ni basuh tangan dia dalam air minuman  abang.
hahahaha... tu la.. time makan nak tengok TV.. tak sedaq adik dah jadikan air dia tempat basuh tangan.
Aleesya? ko faham tak apa yang ko buat tu?
adei..

 Ni pulak kereta Aleesya... Si Papa pun satu, naper beli kaler ni?
lenkali beli saja kaler pink, sure Amirul tak dekatkan diri..( budak anti Pink kaler)

Punya la nak nyakat si Aleesya, sampai ke bilik air dia bawa kereta ni
mandi sekali dengan kereta ni. 
Mangsanya, gel mandian la.. sampai berkilat keta.

 kalau Aleesya lek lok main, mula la Amirul nak datang nyondol kat aku
suruh aku gosok gosok belakang dia, raba apa yang patut.
 Aleesya tengok, jeles tak hengat.

datang kat abang buat buat nak gosok la kan..
sekali dia cubit tampar. tumbuk dan gigit semua complete..
start la bising satu rumah..


ups... dak Aleesya ni kalau dia tak dapat buat abang di akan cakap
Appu... tengok ni..ni..ni.. ( Tak dapat sebut nama abang dia le tu)

dan..kalau dia masih jugak tak boleh buat abang...
dia tunggu sampai  si abang tidur .
baik punya si banag tengah lena...terus dia penampor 2-3 das
pas tu buat muka puas ati.

Ni acara semalam. Bila abang zzzz.. cepat cepat kumpul kasut sekolah abang
siap pakai stoking lagi. Mana yang sempat saruk je..
Jalan satu rumah. Bangga le tu..boleh buat semua.

Bila abang pusing sikit. cepat cepat lari sembunyi balik sofa
eleh..mcm abang kamu tau gelagat kamu tu.




Note: 2 anak pun dah riuh rendah.. cam no kalau anak ramai?

11 comments:

  1. sape lagi nak kaco..abg kaco adik ..adik lak kaco abg...seronok kan tgk anak2 mcm tu..

    ReplyDelete
  2. alahai..macam2 ragam dorang ye kak..si adik pun xmo kalah..

    ReplyDelete
  3. tu lelaki + pompuan kak...kalu 2x lelaki cam ne agk nyer ye? ;-)

    ReplyDelete
  4. lagi ramai.. lagi meriah..

    ReplyDelete
  5. hee..seronok tngok gelagat budak2

    ReplyDelete
  6. meriahnya.. seronoknya ada anak..

    ReplyDelete
  7. tapi ragam diaorang selalunya, menghiburkan hati kita... mcm2 kerenah kan.... anak 2 cam 20 org....

    ReplyDelete
  8. Memang best tengok gelagat anak-anak. Lepas tu abadikan dalam blog. Bila dorang besar nanti boleh tunjukkan semula pada diaorang gelagat/perangai mereka masa kecik-kecik dulu. Riuh-rendah mereka itulah yang akan buat kita tersenyum sendiri dikala terkenangkan mereka sewaktu mereka kecil.

    ReplyDelete
  9. hahahaa adik beradik tak nyakat tak sah, seronok aper meriah umah.

    ReplyDelete