Monday, July 15, 2013

Ramadhan ke 6-Warm up dulu

Sebelum aku nak kuak lentang, leari lari kecil
menari berdansa kat dapur untuk buat kuih raya
aku nak warm up le dulu. hehehehe...
So, aku buat kek pisang.
terkesima dengan apom pisang el le ni.hahahaha

Alhamdulillah, my oven yang dah nazak tu masih lagi memberi perkhidmatan yang cemerlang.
hasrat nak beli oven tak kesampaian lagi.
ada sesapa nak sponsor?


Kek ni jugalah yang menjadi juadah sebagai balasan bekas bekas kosong yang jenjiran
hantar juadah berbuka.
dah banyak sangat tak berbalas, so.. buat je lah kek pisang
antor kat dorang.

Resipi kek pisang.
  • 300garm biji pisang
  • 350 gram telur 
  • 120g gula 
  • 175 gram minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1.  Pukul pisang hingga kembang ( pisang emas/berangan)
  2. masukkan telur dan gula. pukul hingga kembang dengan lajuan sederhana
  3. masukkan minyak jagung
  4. masukkan esen vanila
  5. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. 
  6. masukkan adunan ke dalam loyang
  7. Bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit 

Aku guna pisang apa ntah . pisang tu abang aku bagi masa balik kampung that day
dah ranum pun, ingat nak wat cekodok

sebab resipi kek pisang ni senang dan kos pun murah je
segala bahan bahan tu ada kat dapur



Note: kita warm up dulu k!
 

12 comments:

  1. nampak gebu kek tu kak.. mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  2. wah!! fav ni..kek pisang!!..hee
    nak buat untuk raya..nak try tngok..hee

    ReplyDelete
  3. warna dia sgt menarik lah hoiii
    kecur jugak lah ayaq liur aku tgk
    hehehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt buat kek wlpn di bulan puasa...wlpn ada anak kecik...itu laa bezanya orang rajin dan yg tak rajin. Yg tak rajin ni mmg nampak masa dia penohhhh aje, kan...hehe..mcm akak ler tu...hihi

    ReplyDelete
  5. walaupun oven dah nazak tp kek tetap jadi..sy oven baru n berkilat lagi tapi kek jrg yg jd..heee...

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaa kek tuh.. T.. nyum2.. :)

    ReplyDelete
  7. hamba suka kek pisang! pos sini sikit boleh ke? hehe..

    ReplyDelete
  8. hm... sedap nampak kek pisang tu... yum yum...

    ReplyDelete
  9. salam sis..
    wah sedapnyaaaa... :)

    ReplyDelete