Monday, August 5, 2013

Danone Dumex tarik balik Duamex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac

 Sangat sangat takut bila susu formula tercemar kan.
Mana taknya, ianya melibatkan nyawa anak tersayang


 

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.


Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
 
Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ''whey protein concentrate'' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
 
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia. Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi.
Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.

8 comments:

  1. bahaya betul.. macam mana yang dah selamat minum dan masuk perut tu ye?

    ReplyDelete
  2. Mcm2 kan..
    Tp ok laa...dorang sanggup rugi sket asalkan pengguna sihat..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info yg sangat perihatin ini...

    ReplyDelete
  4. dulu china skrg NZ

    p/s salam lebaran buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
  5. nasib lah anak2 aku minum Dutch lady
    so harap2 dutch lady xde lah kes mcm ni
    seriau nye teringat kat anak2

    ReplyDelete
  6. review n3 kak tie yg lepas2.. walllaweii sedapnyerrr menu2 semua...
    biskut raya wat byk yerr
    nureen wat 2 jenis jerr hee

    ReplyDelete
  7. Selalu sgt produk dr sana jd mcmni kan..

    ReplyDelete
  8. nasib baik ianya dikesan awal.. bahayanya..

    ReplyDelete