Friday, September 6, 2013

Nak marah ke nak Ketawa?

Kami dah keletihan menguruskan apa yang patut utk arwah ayah.
So, pagi tu ada yang sempat subuh dan ada yang terbabas. 
kat dapur my SIL dua orang dah kung kang kung kang wat breakfast.
Tiba tiba datang seorang lelaki lingkuangan 30-an
Dia masuk dan mengomel-ngomel kat mama dan abang abang
ngomelannya begini:-

" Tu la... Pak Brahim tu, saya dah kata..berubat dengan saya..tapi dia tak mau
tengok sekarang apa dah jadi?
( dalam hari aku punya la geram. Ko sapa? nak tolak ketentuan Allah
Dah kami anak beranak redha pemergian Ayah, ko nak bising pehal? )


Kemudian abang aku yang ke tiga yg sedang tidur, duduk bersila terus cakap
"Hang nak berubat mcm mana?" ( agak kasar pertanyaan abang tu)

dia jawab
"Ada la... aku ada cara la nak berubat Pak Brahim tu, wat pa ku nak habaq kat hang"
( dlm hati aku berbisik lagi.. Pala hotak hang aih.. berubat mcm mana pun tak tau, 
pas tu nak suruh org pi berubat ngan dia. bengong!!)


Last aku tak tahan tengok muka dia tu, aku pun pergi dapur tanya Mama, sebab aku tengok
Mama ok je..

Mama cakap.. budak tu   ayah Panggil Ah Loi.. dia tu "MENTAL" hari hari kena makan ubat
selalu la dok nak berubat ayah, tapi ayah tak mau. takut la kan, orang gila ni..
kang layan..kita pun gila sama. tul tak?


Mama cakap lagi.. ayah aku ni suka la dok layan orang orang yang mcm ni
kekadang kalau dorang tak de duit ayah aku bagi
ayah suka menjadi pendengar setia orang orang yang sebegini
jangan di hina.. dorang bukan ada dosa.. sembahyang pun tak wajib bagi golongan begini

Itulah Ayahku
Tatkala orang lain takut utk mendekati golongan begini
Ayahku pulak yakin, kalau kena caranya dorang akan berlembut dengan kita


Note:Bila diingat kembali peristiwa pagi tu, aku nak tergelak pun ada..
patutla dia cakap macam tu, kalau orang normal tak kan la nak datang bising kan..
hahahaha....

11 comments:

  1. aduhai.. camtu pualk ekk? sabar jelah. semoga arwah dicucuri rahmat..al-fatihah

    ReplyDelete
  2. sabar je la..hehe..

    Alfatihah utk arwah ayah hg..

    ReplyDelete
  3. aku pun dgr mcm seriyes
    nak marah pun ada
    tp bila dah tahu yg dia "MENTAL" haha
    sabo je lah
    semoga apa yg arwah buat baik pd org sebegini
    menjadi balasan di sana..alfatihah tuk arwah..sebak lak aku

    ReplyDelete
  4. sabar sajalaha dengan golongan sebegini

    ReplyDelete
  5. Smga arwah tenang d sane. Al-fatihah

    ReplyDelete
  6. sabor je lah dengan orang yang macam ni..


    al fatihah untuk arwah ayah....
    lama tak singgah sini jadi langsung tak tahu citer..

    ReplyDelete
  7. Hehehhee umula2 dengar berdesing jugak la kan, tapi kalau dah tau jenis orang tu lagu mana.. tak leh buat apa la. layankan ajer...

    ReplyDelete