Thursday, November 7, 2013

Resipi Biskut Chipsmore a.k.a Biskut Coklat Chips

haish..dah janji ngan korang nak wat entry tentang satu resipi biskut yang aku "take One"
kat kedai menjual barang barang kuih/kek tu kan.

Biskut namanya  Biskut Choklat Chips!

Dah buat 2-3 minggu lepas. 
Actually yang ni repeat buat untuk kali ke dua.
sebab yang kali pertama tu, hari ni buat esok dah tinggal balang ko. Licinnnnnnnnn

kali kedua aku buat, aku letak banyak banyak coklat chips..
huh..masa tengah duk mengadun tu, Naiim tanya aku  nak buat kuih apa.
Aku cakap le biskut Chipsmore

sambil berlalu dia cakap " Chipsmore la sangatttttttttttttttttttttttttttt"
ewah... perli ek. Ko ingat ibu ko tak leh buat ke?
Ha.. dah siap bakar tak sempat sempat nak sejuk dia nak bedal..

ok..mari kita tengok bahan bahannya

mula tu aku cuba jugak ikut betul betul seperti resipi ni
tapi adunan aku menjadi lembik dan sukar nak di buat doh.
jadi aku tokok tambah, di mana bahan bahannya menjadi seperti 
di bawah:-

Adunan cip coklat - tak letak sebab tak ada
250 gram cip coklat (200 utk adunan 50 gram utk hiasan)
150 gram tepung superfine
75 gram Gula halus
30 gram serbuk koko - baru le nampak adunan tu brown sikit.
200 gram tepung jagung 
200 gram serbuk badam
1 Biji Telur
1 sk esen vanila
10 gram tepung naik sendiri
secubit garam
150 gram Majerin/planta


cara membuatnya
gula perang+planta/majerin di pukul hingga kembang, masukkan telur, esen vanila
pukul lagi, then masukkan tepung jagung,tepung superfine,garam, serbuk badan dan coklat chip
gaul sehingga sebati,kemudian buatkan bentuk bola dan leperkan
hiaskan dengan coklat chip kat atasnya ( tak mau pun tak pe)
bakar dalam oven 180 darjah C.



*** masa buat second round tu, hubby ada dok nonton TV, tak sabar sabar dia nak makan
biskut air tangan si iteri, bila makan je terus dia cakap.
laaaaaaaaa...buat chipsmore ke.. 
awat la duk susah susah ..gi je beli kat kedai...***

hahaha..kalau dah hubby pun boleh taste chipsmore, kira menjadi la biskut aku tu kan kan..

Utk cik hubby - susah susah si isteri buat biskut ni tak de la susah mana pun, memandangkan 
biskut ni hasil air tangan isteri dan ibu kepada anak anak, maka ianya lebih berkat
kalau kat kedai tu air tangan siapa ek? tolong jawab skettttttttt.


Note: boleh je beli, tapi I memang suka merempit kat dapur.. apa boleh buat kan..kan..


12 comments:

  1. hang buat mmg sedap..nti mai jpa aku nak rasa skit..ke dah abis :)

    ReplyDelete
  2. Macm ade kepuasan x trkata kn kalo baking n msak sndiri nie.

    ReplyDelete
  3. Haaa nampak lam gambar pun macam rangup2 lemak jer, boleh tiru jugak ni. Hehehe kalau terus hubby u komen macam tu, maknanya konfirm menjadi la sekut chipsmore nyer, tapi Naiim mmg tak leh blah ayat dia hahaha.

    ReplyDelete
  4. kena cuba buat jugalah ni , tq share resepi

    ReplyDelete
  5. hahaha...suke toi ngan statement naiim.... selamba derk je...dok perli mak dia... tapi bila abis licin tu maksudnya sedap le tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. perli pandai. makan lagi la pandai

      Delete
  6. Kurang asam keping betul statement laki mu puan. Buat sendiri lebih muai n berasa kan.

    ReplyDelete