Friday, November 16, 2012

Celebrate 35 @ Syaz Buffet Steamboat & Grill

Kekadang apa yang kita rancang tak selalunya menjadi
inilah ketentuan Ilahi.

Aku dah plan nak banjer hubby makan kat Sayz Buffet Steamboat & Grill
Dah plan bagai. Tapi...
Pada 11/11/2012 tu tepat tarikh b'day hubby
kami suami isteri demam. Pas tu keluarga hubby ada hal sikit
dia kena balik kampung
jadi segala plan dah cancell

So, semalam, setelah segalanya ok
kami terjah ( entry banyak gambar k)
 makanan semua kita feel free untuk pilih.

 Dorang ada 2 sup. sup ayam dan tom yam
kami pilih sup ayam, sebab anak anak senang nak makan
tak de la pedas.
 aku prefer sayur, hubby prefer seafood
Amirul pulak prefer makan segala jenis bebola

 ups... dalam mangkuk tu pun ada jugak
 Ni trip yang ke tiga.. Amirul pulak yang pilih
banyakkan pilihannya..
 Amirul dok pulun pilih sotong kembung...
terbongkok bongkok anakku
Ni pulak untuk di grill
 susun atur menu pun kemas.
ala ala hotel gitu
Ni pulak bahagian sos dan desert.
 ok.. meh main masak masak
Happy je tengok 2 beranak ni ..
 masak makan pas tu masak pastu makan.

 see... masak lagi.. habis ambik lagi masak lagi
time ni hubby yang makan. kami dah surrender 
dia nak grill je sebelum makan desert.
 ha.. berpeluh peluh muka aku makan..

 Ni la budak kecik yang buat reyuh
sat nak duduk sat nak bangun
 main ba ba cak ngan bang kejap.

 sedia la air apapun.. plain water jugak pilihan hatinya

Ada buah dan eskrem...
kami pilih eskrem je...
sempat jugak buat ais kacang sendiri..( sori tak de photo).


Aku tak de pun claim utk discount yg dorang bagi memandangkan tarikh tu dah lari 4 hari.
segan lak nak tanya semalam. 
By the way kami kami makan semalam pun ok je harganya..
RM 56.70 only

Sesapa nak terjah bolehlah klick SINI.


Note: Puas hati bila my partner happy...

 

Thursday, November 15, 2012

Sure La Sedap!!

Aduhai anak dar aku sorang ni
Hari ni sporting pulak dia bergambar
siap sengih sengih depan camera.

 Happy sangat sebab makan sedap kot
Memang Aku suka biarkan Aleesya makan sendiri
comot pun tak pe
asalkan dia belajar..
lelama ok la..

Nampak tak. Gusinya dah bengkak
Kat atas dah nak tumbuh Gigi Grham
Lagi rancak la dia makan

Makan apa yang sedap tu
pf coz lah Cheezy wedges..

Saja buat untuk dia sebab kami makan steak mlm tu.

 hmmm.. sedap sampai jilat jari

 tengok tu, lebihan cheeze tu dia jilat

 plup.. semua jari masuk mulut
memang senang hati tengok dia makan

ni baru dinamakan sedap sehingga menjilat jari.
tul tak?


Note: kalau mkn kat luat dia comot camni. Aku Pengsan!!!!


Wednesday, November 14, 2012

Thanks Abang Chaq

mmm... Mak call bagitau yang dia dah pergi buat Medical Check up dengan abang sulung aku
( Abang Chaq)..  Aku yang  suruh check
Mak tu asyik dok ckp dia sihat .. dia sihat.. je

Last buat Medical check up masa umur mak 56Thn.
Sekarang dah mencecah 59 Tahun kena la check
jgn nak ngelat ok.

Kaki Mak tu, kenapa bengkak?
Abang tolong suruh doktor tu buat Fully  check up
Sian Mak, kena check itu ini
cucuk sana cucuk sini. hehehe
biasalakan.. dah nama pun check up.
 
Syukur Alhamdulillah.. Mak takde Kencing Manis
Tak de Darah Tinggi
jantung oki, semua ok! Yessss
Cuma kaki mak tu bukannya Ghout Tapi Angin je
 
Sebab mak tak de penyakit kronik
aku suh mak amalkan Minum Vinager dengan Madu Asli
Ada la orang kampung tu dia dok cari Madu lebah dalam hutan
Abang ke dua aku dah order
So, Vinagernya aku le yg belikan
Abang ke 3 aku datang ambil last week.
 
 Cari le Aple Cider jenama Heinz tu
belek belek tak de tanda Halal la pulak

Last pilih yang Bio Green ni
Alhamdulillah...
Mahal sikit tak pe ar asal HALAL
untuk Mak kan...
 
Moga mak amalkan seperi yang ustaz ajarkan tu ye
Sayang Mak..Mmmuah...Mmmmuah..
 
 
-Abang Chaq- bawak mak check up ( $$ pay Bill)
Abang Mail - Pi cari Madu Lebah Asli untuk Mak ( $$ Pay for Pure Honey )
Abang Khir- Datang Penang Ambil Vinegar ( $$$ travel from kedah to Penang)
Aku - Beli Vinager ( $$$ for buying Vinegar)
Adik-  $$$ sponsor untuk mak 

Note :-Cukup kelima lima anak mak terlibat.


Tabasco Sos.

Sebut betul betul.. Tabasco..
Tabasco ok bukan Tobacco
Selalu juga kalau kita mkn kat western food ada sos ni


PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company. 

Mungkin sebelum ni ada yang ragu ragu tentang sos ni
sekarang boleh bernafas lega....

Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.


Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga-tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan. Ia kini boleh didapati di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.


Kami Di Penang Aquarium

Ni le pertama Kali kami bawa Aleesya tengok ikan dalam Aquarium
Plan awal nak bagi ikan makan kat luar tu je
tapi hubby plak nak bawak Aleesya tengok kat dalam.
 
 jalan berpimpin tangan
beli tiket dulu k..

 tengok rangka dugong kat pintu masuk

 gambar gelap sikit sebab tak bawak speedlight
Ni namanya ikan Maharaja
"Peacock Bass"

 Ikan Kelisa
Asyik tul Aleesya layan ikan ngan papa
Amirul ntah ke mana..

 Ikan Buaya

ikan kerapu

ha... Aleesya tu intai apa hah

 ooo... tengok gamat
tetiba geli tengkok tengok.
 ni pulak tapak sulaiman.
Amirul panggik "Tapak Paksu Leman"
kebetulan Pak Su nya Nama Leman!!!

Bayangkan la kalau tapak kaki paksunya begini? argghhh pengsan

 teringat citer finding Nemo. tengok ikan ni..
cantikkan..

 ini ikan apa ntah. 
Amirul panggil ikan pacak kepala.

 ini la Kuda laut Rintik
Punya la dok tenung... rupanya yang kaler hitam tu la kuda laut. hahaha..
 aku & aleesya kat depan Aquarium yang besarrrrrrrrrrrr

ooo... kat sini rupanya Amirul Lepak
patutla dok cari tak jumpa..

layan ikan besar tu. 
veranganlah kalau dapat masak sekor ikan besar tu . boleh makan sekampung..
kahhhhhhhhhhhhh



Hadiah Yang Bakal Dimenangi-GA Love is All Around

Jangan marah ye sebab tak upload wajah hadiah yang bakal
korang menangi dalam GA Hadiah dari Love is All Around 

Bagi yang dah join. Terima kasih sesangat
sayang betul la dengan korang
you're so sporting!!

Inilah antara hadiah hadiah yang bakal korang menangi.
 
 ini..
 ini...
dan ini...


mmmmm.... nak tambah hadiah lagi ke tak ye? nanti saya fikirkan


Cepat!!!! sesapa yang tak join lagi tu.. Mai la meriahkannya.