Monday, January 7, 2013

Taylor seksi

Last Month Kamdar wat offer giler giler punya
so, aku apa lagi terus ke KAMDAR kat Jalan Burma beli la kain cotton sebab nak buat sarung bantal.
Tahun baru kan kena la salin sarung bantal yang bucuk bucuk tu.

curi curi menjahit, time Aleesya tidur, 
kekadang tu tak sempat Aleesya tido aku menjahit gak. hahahaha...
kalau duk tunggu dia.. bila nak siap kan.. kan...

bila kesempatan Aleesya pulak ambil alih
tak caya? meh tengok ni..
aku ni tiap kali lepas guna mesti  loose kan kekunci kat tepi mesin tu
sebab kalau loose baru mesin tak leh gerak.
risau gak takut main mian mcm ni le..
( aku curi curi snap ni..)

amboi.. gaya mcm pro ye..
memang tak boleh leka ko ni, ALeesya ye..
abang dulu tak de la mcm ko ni..

ha... kan dah kantoi..

pas tu aku ambik dia wak keluar dari bilik. 
belek la kot kot ada yang tak kena ngan mesin aku tu. 
sekali aku terpijak satu tombol.
adeii... sakit wooo.
ha.. ni la tombol tu, sib baik tak kena yang sebelah tajam tu.
meh tengok lagi..
ha.. tombol laci mesin dia dah unskru benda tu
amboi.. apa la salah tombol tu kat ko..
suka suki je cabut..
ok.. dah masukkan semula.
hmm.. bila dia dah tau benda tu boleh di unskru
apa lagi, lambat leka jer pergi cabut le..



Nota : Sila jgn tiru aksi ini.

Ku rela lepaskan mu

orang ada DSLR aku pun nak  juga
bior le tak pandai guna. tahun ni tak tau, tahun depan tau sikit, thn depan lagi tau sikit lagi
lelama tau le. saja suka suki beli DSLR ni.

 

lepas beli tu. beli la pulak flash dan extra lense.  banyak riban gak habis. kui kui..
Tapi dah malas nk guna yang ni
Maka wishlist tahun baru aku nak beli yang baru
tak de le model gempak giler. sebab aku bukannya photografer pong..

dengan susuah payahnya aku lepaskan D3100 ni 
ada le orang yang beli.sedih tau...

 
so, aku beli D90 je. Tapi kali ni ada yang sponsor...
aku cuma tambah sikit je..
terima kasih ye encik Bossss. ( tak sangka)
 
 
ish... my hubby ok je bila aku cakap nak beli D90 ni. Asal aku tak kaco poket dia udah le kan..
tu la.. suami belanja tuk keperluan
Isteri belanja tuk kehendak. 
at least boleh sama sama guna kan..kan..kan...
 
 
 
Hahahaha... beli DSLR riban riban boleh. mesin basuh tu bila nak beli?
mana yang lebih penting wahai wantie?
jawab sat...
 
 
Note: ok lah ..tengah survey mesin basuh la ni.. adei..
 
 
 
 
 
 

Saturday, January 5, 2013

Lemak Beri Tenaga Ketika Sakit

Bila baca artikel ni, tiba tiba aku rasa aku insan yang bertuah.
hahahaha...sebab lemak yang menempel kat badan aku ni
boleh di guna pakai bila aku jatuh sakit.

Ni namanya persedian yang bagus. bukan tipu tapi kenyataan

 

WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.



Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.

Sesapa yang kurus cekeding tu, sila la simpan lemak sket ok.
 
 
Note: harus di ingat, JANGAN LEMAK YANG berlebih lebih sudah le.



 

Friday, January 4, 2013

Lega.. semua dah Bungkus

Baru je selesai part bungkus bungkus
ada yang kecik ada yang panjang dan ada yang besar...
hahahaha... apa ke benda tu yang bungkus bagai..

bungkus nasi lemak ke?
kikikikik...

Tak de lah.. nama pun baru start sekolah
jadi kena la bungkus bungkus buku tu.


ni cuma sebahagian je. 
Aku balut sikit sikit sebab........ curi curi masa
asal Aleesya tido je aku balut..
asal balut je Aleesya tido.. hahahaha..

Buku sekolah kebangsaan dan juga buku Fardu Ain semua kena balut.


Note: Dulu masa time aku sekolah, abang abang aku la yang kena dera balut buku aku
sekarang ... aku lak kena balut buku anak... 


ALahai Budak Psiko..

mcm mana nak start ek...
mmm... korang rimas tak bila ada mata mata sedang memerhati setiap gerak dan langkah korang..

kalau aku le mula la rasa tak selesa. Apa kes nak tengok tengok aku
ada tanduk ke kat kepala aku ni?


Bagi aku, dengan usia dah 30 an ni, bukanlah masa aku nak gedik bagai
fokus aku hanya untuk suami dan anak anak. 
utamkan rumahtangga, gedik semua tu dah bukan tarafnya lagi.
Aku nak jadi isteri dan ibu terbaik di antara yang terbaik ok.

Tapi.. kali ni dah semakin serious aku rasa. tahap kesabaran aku pun ada batas jugak

kelmarin semasa aku balik dari antar Aleesya ke rumah baby sitter, ada pulak si mamat psiko sekor ni
dia selamba je dok tengokaku atas bawah.. jeling jeling kucing bagai

bila aku patah balik, pura pura tunduk kepala, wal hal mata melirik tengok aku.
Dalam hati dok ingat " Ish.. baju aku koyak ke? aku pakai baju terbalik ke?

Dari atas umah aku jenguk kat tingkat
Aku nampak dia sedang tunggu akuturun dari tangga umah 
kat depan tu ada pokok bunga, dia pura pura belai belai daun tu.

Aku pun bagitau hubby, suh tengok mamat psiko tu. Dannnn.. aku suruh je hubby bertenggek kat Corridor. Biar mamat tu tengok dan tahu yang aku ni dah Bersuami ok. ( jgn kaco!)

bila aja suami aku tengok dia, tetiba mmat tu jadi gelabah
pegang daun tu daun ni, last.. slow je dia beredar dan sembunyi kat under roof.
hubby aku tak nampak le.

Then tiba masa aku nak naik motor, usha.. lagi.
memang sah dia psiko.

aku ingat semuanya dah selesai la, bila aku tayang laki aku kat dia.

Nah aih.. hari ni lagi teruk, dia sembunyi di sebalik tiang umah jiran aku pulak
dok nyorok nyorok tengok aku.
alahai.. kamu tu muda lagi dik oi.. kata orang kedah
masih " Khanyaq" kahhhhhhhh

Ya Allah.. apa ke hay ko ni..buang tebiat ke hapa?
Ya Allah lindungilah aku dari panahan mata yang jahat.

Note: Aku rasa dah lama dia dok perati aku, sebab dia dah tau, pukul bapa aku akan turun pergi hantar anak ke umah baby sitter..

Budak Psiko tu pergi kat situ sebab umah majikannya ( kontractor) di bawah umah aku.
 

Thursday, January 3, 2013

Letih tak habis lagi

Sunyi sepi je kan blog kite..
mmm.. kita sibuk sikit 2-3 hari ni
maklumlah dah sebulan lebih tak payah prepare anak sekolah
bila nak start semula, liat la sikit. hikss..


banyak jugak $$$$ ( fulus) yang habis 
tak pe pelaburan untuk masa depan kan..kan..kan..


wah.. banyak betul benda yang nak dikongsikan kat sini
tak per kita warm up dulu..
BW pun main sempat tuju tuju yang mana sempat
jgn merajuk ye sesapa yg belum lagi kita sempat terjah.

Nanti kite terjah k. jgn le majuk. nanti susah benor saya nak pujuk.



hmm.. dalam dok berhabis belanja anak anak sekolah
pasti ada yang senyum simpul tengok dividen ASB kan.. kan.. kan..
ok le kan.. leh cover balik mana yang patut.



Note: Letih tak habis lagi nieh....

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013

Rasanya tak terlambat lagi kut
aku nak ucap selamat menyambut tahun 2013
hmm.. banyak tul kenangan di tahun 2012 kan..
banyak kisah suka duka yang nak kena lipat dan susun dalam almari (kenangan)

Tahun ini apa azam aku ek?
Ok. aku berazam nak menjadi ibu yang baik lebih baik dari tahun sebeleum ini
Hamba yang soleh, lebih solehah dari tahun sebelum ini
Nak Bahagia lebih bahagia dari tahun sebelum ini.

dan banyak lagi.
tak larat lak nak senarai
segala wishlist tu ku simpan dulu
sebab banyak tul perbelanjaan nak kena keluar di bulan satu hingga bulan 6 tahun hadapan.
tapi.. di awal tahun ni
aku nak MESIN BASUH!!!!!!
tak larat dah dok gosok ngan tangan sejak mesin tu rosak awal bulan that day..
tangan ni dah tak leh nak kompromi bila bsauh tuala, cadar, selimut  & seluar jeans okey..

 
Tahun 2013 jugak  bakal menjadi titik sejarah rumahtangga kami
sebab 2013 genaplah sepuluh tahun kami berkahwin.
alhamdulillah...

 
ok. kita tutup buku lama kita buka buku baru
selmat tahun bru untuk semua.
saya sayang saya, kamu, kamu, kamu, dan kamu.....