Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 10- Mengidam

Kalau berbuka aku makan sikit je..
kalau makan banyak nanti berat perut berat mata berat badan semua adalah kan..

Lepas magrib, aku mcm biasa akan bertadarus kejap.
adei.. cam ni ni baru 8 juzuk, dah masuk hari ke 13 hari ni
tak pe cuti 3 hari nanti kita cover semua tu

sambil dok baca quran tu, mula la perut ni rasa lapar semula
memang dasar le kan, time baca quran tu jugak la nak memikir tentang makan
habis je baca, terus mintak hubby carikan cempedak.
"cempedak kat kedai Maknya tepi laut tu mcm best je..
abang pi la sat beli.. rasa duk dimulut dah ni "...nyum nyum..

Adoi.. ayat bini tu mcm dah teruk sangat mengidam..
sebab nak sangat makan cempedak tu
siap cakap " kalau abang pi beli cempedak kat T, esok T buat Caramel utk abang K"
dia kan suka Caramel, apalagas..terus pergi beli cempedak utk si ngidam tak bertempat ni


hubby belikan 2 biji. satu tu aku dah makan mentah , yang ni simpan utk buat goreng la pulak.
sedap tau cempedak ni. isinya tebal.penuh sebiji
nampak tak tebal kan ulasnya, rapat rapat pulak tu.
memang puas kalau makan.
my hubby cakap dia beli dua biji RM10.00 ja..
Wowo..murah kan..
yang ni aku nak wat goreng cempedak..
nak kasi kat jenjiran sama, sebab nak balas bekas dorang tu
malu la pulak, asyik menerima je
tak de pulak nak meberikan..kan..kan..kan..

aku goreng garing sikit utk aku, kekonon leh la aku makan bijinya sekali
tapi.. hampeh tau, sebab isinya tebal sangat, so biji kat dalam tu tak masak
huhuhuhu... hasrat nak makan biji cempedak tak kesampaian la pulak.



gatal sangat nak makan cempedak memalam kan..
sedap je mulut tu mengunyah.. lepas tu tau la kan apa rasa. Hambekkkkkkkkk
angin penuh satu perut, menyenak... duduk tak senang berdiri tak senang bagai.. 

Sib baik ada kerusi ni.
lepak lepak massage bagai.. ha.. burb burb semua
kentut kentut bagai.. legaaaaaaaaaa....



Note: Pas ni nak ngidam apa pulak ek?hehehehe

Monday, July 22, 2013

Resipi Biskut Coklat Ranggup

Cubalah nak ikut cara si El tu, buat kuih memalam
sekali aku dah bancuh doh tu, ngantuk lah pulak, terus masukkan dalam lastik dan simpan dalam peties.
memang tak boleh la nak membakart kuih memalam la aku ni..

Tak mau cakap banyak mari kita tengok resipinya:-


Bahan Bahan
500 gram Tepung Gandum
50 gram creamer
30 gram serbuk koko
380 gram butter/mentega
100 gram gula ising
1 biji kuning telur
1tsp esen vanila

 
Untuk Hiasan 
50 gram Coklat Susu
sesudu butter/mentega
coklat Rice.


Cara membuatnya
putar butter dan gula hingga sebati,
kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi
masukkan creamer , putar lagi
masukkan serbuk koko, putar lagi
akhir sekali masukkan tepung gandum.
uli menjadi doh. 

*** untuk hasil yang lebih ranggup, simpan semalaman di dalam peti sejuk**
boleh saja kalau terus tekap acuan dan bakar.

adunan agak lembut sedikit, jadi letakkn sedikit tepung gandum sebelum di gelek
setelah di gelek duh itu, taburkan juga tepung gandum di atasnya
boleh saja pilih bentuk lain untuk acuan kuih ini.
tapi kalau pilih acuan sebegini senang nak letakkan hiasan.
setelah masak, biarkan sejuk.
sebelum hiasan di letakkan di atasnya.


*** masak coklat susu bersama mentega/butter. Guna kaedah double boil***

setelah itu, masukkan ke dalam piping plastik.
pipe kan cklat tapi di tengah tengah kuih tersebut
kemudian taburkan coklat rice di atasnya.

sejukkan sekejap di dalam peti utk bekukan coklat tersebut. dalam 1-2 minit sahaja.

hmmm.... dah siapkan 6 balang kecik kecik ni
boleh la bagi bagikan tuk Mak sendiri, mertua dan ayah..

Note: kepada mak..mak. dan. ayah ayah..Taun ni kuih raya dari air tangan anakmu ye..




7 Ramadhan - Rezeki

hahaha... ni nak citer tentang hari 7 ramdhan tu.
asyik tertangguh je nak bercerita. hahahaha...

Masa my hubby pergi bayar duit umah sewa kat tuan Umah di Teluk tempoyak
tetiba satu plastik besar ikan Tuan Umah kasi.
wah..mcm mcm hado..
Sotong katak pon ada..
ada sotong, ketam, ikan timah, ikan duri, ikan gelama
dan beberapa jenis ikan lagi yang aku pun tak kenal.
lupa lak nak snap photo gambr ikan tu. 
penuh satu peties aku.
sampai hari ni dok makan ikan ikan tu tak habis habis lagi...
Syukur Alhamdulillah...rezeki..

Ikan Timah..
Benornya, tuan umah aku tu Nelayan
mungkin hari saja le kot dia nak pergi jala jala ikan kat persisiran pantai
nak isi masa lapangnya sebelum nak tunggu waktu berbuka kan..
so, dah dapat ikan, kebetulan my hubby pulak pergi hantar duit umah
so, dorang bagi je la kat kami..

Ikan duri.. telurnya pun ada.. sedapppp
Wow.. best woo.. dapat makan ikan fresh.. manis ikan ikan tu.
yang best tu Ikan duri tu memuncit je perutnya
sekali aku siang ikan tu
suka sukinya hati..sebab ada telur


telur tak banyak ada la dalam 5-6 ketul. kecik kecik je
malas nk buat gulai, hubby suh aku goreng kunyit letak bawang cabai je
sangat sangat manis. dah jadi satu menu berbuka kami malam tu.

  

Ketam pun tak de la besar sangat. ada la dalam 3 ekor gitu
oleh kerana ketam ni baru je naik dari dalam laut
susah benar aku nak kopek cengkerangnya


Moga Allah sentiasa murahkan rezeki aku dan rezeki tuan rumah..
rasa untung pulak bila bertuan rumahkan Nelayan..
hahaha...



Note:Rezeki  come in many ways..

Sunday, July 21, 2013

What will your mom do when your preiod?

Alkisah yang sangat sangat aku tak akan lupa
aku ni kan anak perempuan tunggal dalam familly, so hal hal ke dapur tu memang kerja aku la
Mak pun faham sangat, dah la puasa mesti la letih kan..
nak nolong dia kat dapur lagi..

kalau korang nak tau, masa umur 13 tahun aku dah fully prepared sahur utk familly
aku je yg buat semua, lepas siap..kejut mak dan abang abang makan.
masa dulu rasa nak marah sangat sebab kengkawan lain cakap
mak dorang yang sediakan, tapi aku?...aku lain.. ( sedih...)


Sekarang ni..aku bangga, berkat didikan mak tu
aku tak de nak ngelat ngelat sahur, bangun dengan mudah utk prepare sahur
tuk suami dan anak.
terima kasih mak....( rasa mcm tak sanggup je nak train Aleesya mcm mak aku train aku)

Bila aku tak boleh puasa, sure la nak makan di siang hari
bila balik sekolah je, mak dah standby ngan besen besar
ala..besen yang aku guna tuk kumpul baju baju kotor abang abang aku
untuk di basuh di perigi/telaga tiap tiap hujung minggu

Mak aku aku letak nasi, lauk pauk lek lok je dalam besen tu
then mak aku akan call aku kuat kuat. saja nak kasi adik aku dengar le tu
Ana.... ambik besen ni, pi naik atas kitp semua kain baju hat kotoq tu
aku pun pergi la, ambik then bawak besen tu masuk bilik
makan sepuas puasnya...
usha line.. adik pun dah zzz ke main ke
aku bawa besen tu ke dapur.
aku kan  perempuan sorang, so..bilik tu aku punya le..mana nak kongsi kongsi


sib baik adik aku tak perasan..
nape la kakak dia ni asyik dok kutip kain kotor je dalam bilik  tu
tak kan banyak nau kain kotor kan..
sampai kena angkut besen naik . kikikikik...


Note: Sekarang ni kalau tak boleh puasa, tak makan pun..

Saturday, July 20, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah sekarang


Asal aku ada kat rumah je, Amirul mesti mintak phone nak tengok youtube
on je youtube dia lepak kat dalam bilik dendiam.
tak main pun ngan Aleesya...


berkali kali dia dok dengar lagu " Aku yang dulu bukanlah sekarang"
mula dengar tu tak de la best mana..
aku agak ni lagu kanak kanak ..

Then, Amirul pulak selalu dok nyanyi.. "Duluku di tendang sekarang ku disayang"
ish..kenapa la lirik lagu tu sedemikian rupa.
 last aku sendiri yang dok dengar lagu ni.


best jugak.. lirik nya tu kalau di amati... rasa mcm sedih la pulak..

kalau kat area umah aku, bebudak ramai la dok on lagu ni kat phone dorang..
then tadi kat Mutiara FM pun disiarkan juga..


Note: Lagu ni menggambarkan sebahagian kehidupan kanak kanak di Indonesia.

Petua kecantikan wanita di seluruh dunia


 
Apabila bercakap tentang rutin kecantikan, memang semua wanita mempunyai petua masing – masing. Pada anda yang suka menjelajah dunia, jangan lepaskan peluang anda mempelajari rahsia-rahsia kecantikan dari negara orang.

Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar?

Chile

Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah
mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir 
 

Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Greece

Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali

Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya.

Jepun

Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden

Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.


Nota:Lepas raya nanti nak masuk dalam beg sauna lah..