Thursday, July 12, 2012

Hadiah Birthday ke?

Hadiah B'day ke? 
hehehe...
tak de lah, ini hadiah yg aku beli & dapat
issh.. cam na tu?
ok lah.. actually aku beli jam ni
sebab ianya adalah minggu b'dayku
jadi, aku dapat discount istimewa le
syukur alhamdulillah...

aku memang tak leh pakai jam yang bertali cenbggini
tapi tengok orang pakai mcm lawa jer
so, gatal la nak beli

tengok kat tali tu ada tulis stainless Steel
ha.. ok lah, kalau SS ni aku tak le alergik

mcm mana pun aku still sayang jam 25 hours aku tu.

Note: Ada yang baru yang lama di lupa jangan!

Ku sebak di penghujung ayat

Setelah hampir 9 tahun melayari bahtera perkahwinan, kebahagiaan adalah hadiah yang istimewa
buatku yang bergelar isteri dan ibu.

Sungguhpun begitu ucapan mesra adalah ibarat sebagai penambah rasa
dalam meniti kebahagiaan.
Aku mendoakan semoga semua pasangan yang melayari bahtera perkahwinan
akan sentiasa bahagia dan lebih bahagia dariku kecapi.


mungkin agak lewat ucapan suami kepadaku di hari lahirku yang ke 33 Tahun
Tapi ku tetap bersyukur, kerana hari ini ada sedikit kemanisan .
bukan bermaksud hari lain tak manis, tapi manis hari ni sebab ada kata kata istimewa dari pasanganku.

abang lupa ye.. ok tak pe di maafkan
bukan lupa langsung, lupa sikit je. 

Dipenghujung ayat tu buat aku rasa sebak seketika, 
terasa bertapa kerdilnya aku
dan ku berbisik  pada diri sendiri
Semoga Allah tidang memalingkan aku
dan tetapkan imanku
Untuk suami... 
berjanji pada diri sendiri utk menjadi isteri yang hebat dan terbaik!


Doa suami adalah mustajab. Syukur sangat sebab suami mendoakan aku.
by the way thanks abang...
bimbinglah isterimu ini ke arah yang lebih baik.

Wednesday, July 11, 2012

Fidyah


 Aleesya di lahirkan pada bulan puasa. Lagipun dia menyusukan badan. Saya cuba untuk menggantikan puasa tetapi tak mampu jugak. Oleh kerana saya pump susu, jika berpuasa saya akan menjadi lemah longlai. Sungguhpun begitu saya gagahi jugak. dan hanya mampu berpuasa untuk beberapa hari saja.


Saya dah cuba tapi tak boleh, jadi saya bercadang untuk membayar fidyah saja untuk tahun ni. Bila anak saya sudah tidak menyusu saya akan qadakan puasa sebaik mungkin. 




Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. 


Nak tau cara cara pengiraan fidyah. sila layari DI SINI
Boleh juga di kira DI SINI

 

Longan ke Mata kucing

Salah satu petua nak tambahkan susu ialah makan longan kering .betul ke boleh banyakkan susu?
ntah le, aku tak pernah amalkan pun. sebab mak tak bagi minum or makan longan ni
masa lepas berpantang that day.

Dalam kerancakkan makan durian
tetiba ada yang belikan aku buah mata kucing ni
hehehe.. makan la Mak siti Oi, jgn besok ko MC udah le

Buah dia  so.. so je la, tapi dah benda free sedap la pulak
kahhhhhhhhhhhhhhhh
itu la manusia kan, asal menda free je sedap bebenor. ( aku le tu)


Rasanya, bukan musimnya lagi
bapa hengget le kan segugus buah yang dibelikan untukku ini

thanks a lot!





Selamat Hari Lahir untukku..

Syukur Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku masih bernafas dalam meniti hari hari bahagia dalam hidupku
Selamat Hari Lahir buat diriku yang ku sayangggggggggggggg

Gini ke gayaku selepas dilahirkan? hehehehe...

Tanggal 11 Julai Tepat jam 3:30 pagi,  Ibuku dengan susah payahnya telah bertarung nyawa untuk melahirkanku. Faham sangat la aku ni sebab dah jadi ibu pun. 

begitu gumbira keluarga kami kerana di kurniakan seorang puteri
maklum la kan, yang lain semuanya lelaki, siap bernazar lagi ayahku tu
untuk dapatkan anak perempuan.

Ayah dah simpan cita cita nak namakan aku Rohana. 
Tapi masa poendaftaran nama tu, ayah tak dapat pergi
Nenek yg pergi, jadi nenek yang namakan aku Siti Fatimah

Oleh kerana keinginan ayah nak namakan aku Rohana
jadi semua ahli keluargaku panggil aku dengan nama Rohana./ Ana

Syukur Alhamdulillah, semua orang sayangkan aku
tak tahulah kekalau ada yang benci.
bior le orang benci, asalkan aku tak bencikan dorang udah le.

semoga di tarikh hari lahirku di tahun ini memberi sejuta kemuliaan dalam hidupku

* Aku bahagia menjadi anak, adik, kakak, isteri & ibu*
* Ya allah kau panjangkanlah usiaku agar dapat aku merasa menjadi seorang nenek,moyang dan seterusnya*
* Bahagiakanlah aku hingga ke syurga*


Tuesday, July 10, 2012

Renungkanlah ayat ini

 

 "Lihatlah pada apa yang dikata,jangan melihat pada siapa yang berkata"


tak kisah la kan sesiapa pun yang meberi nasihat kepada kita. jgn lihat siapa dia, kanak kanak ke, org tua ke ataupun pengemis sekali pun. Cubalah kita bukak minda dan hayatilah kata kata yang cuba di sampaikan olehnya.
sama sama kita bermuhasabah diri!! 

Note:  jgn lihat diriku sewaktu ku bermadah.tapi lihatlah akan kata kataku.

Ang Hair juga pilihanku

Asal tiba je musim durian, apa yang dok play paly dalam otak ni ialah:-
Durian Ang Hair ( Udang Merah). memang sedap gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Dalam entry aku that day 
memang ada la aku cakap yang aku memang dok tunggu harga Ang Hair ni turun
tunggu punya tunggu akhirnya, harganya turun jugak
 

Ha.. tengok le pada biji dia. Ulasnya yang besar melekat tu
dapat biji ciput jerk. Rasanya memang marveles
Kalau awal dulu rega sekilo RM 20.00 tapi sekarang leh la dapat
dalam sekilo RM 10-15.

Ha.. tengokla isinya tu
penuh pangsa. isi yang menggunung tebal tu. then bijinya kecik ciput je
Aku panggil Biji Ganja.
sebab apa? sebab bijinya tu sudah pastilah tak leh wat benih
sebab hampung je kat dalam.

Aku dapat dua biji. Aku ulang okey , Aku dapat bukan aku beli yer
hahaha... ada la insan yang baik ati bagi
Alhamdulillah, walaupun kekadang aku tak suka dia
marahkan dia, tapi dia baik hati nak bagi aku
Ang Hair ni, 2 biji pulak tu.



2 baris ni pun dah penuh satu tupperware ko jah..
memang berbaloi la rega dia yang mahal tu

Minggu lepas ada jugak makan Durian Holo tu
rega dia mahal sikit dari Ang Hair
Tapi tekak ni still memilih Ang Hay.
go ang hair go. Yeah!!!!


biji yg cenggini mcm mana nak wat benih kan.
mungkin sebab tu la harganya mahal
limited edition la katakan. kahhhhhhhhhhhhh

dorang tut kot pokok dia
klau nak harap biji benih memang non ado harapan

Nota:- sebelum puasa ni, aku nak makan durian sepuas hatiku