Wednesday, March 13, 2013

Jalani Sidek selamat diijabkabul



 Siapa tak kenal dengan Jailani Sidek. Dan juga bekas isterinya Raja Azmi kan..

Di khabharkan  Bekas suami kepada penerbit sensasi Raja Azmi, iaitu Jalani Sidek  telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Zaleha Mohd Khalid baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah. dah bertemu jodoh ye. Moga kekal bahagia.

Menurut beberapa portal hiburan tempatan, tarikh perkahwinannya pasangan itu tidak diketahui, namun ada khabar angin yang mengatakan Jalani berkahwin sebelum bercerai dengan bekas isterinya. Gulp... ye ke? Tak pe la kan.. janji berkahwin. kalau apa apa pun dah tentulah sah. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut sudahpun selamat diijabkabulkan.

Sebelum ini, Jalani Sidek pernah berkahwin dengan Raja Azmi pada tahun 1984. Pergolakan rumah tangga yang seringkali berlaku akhirnya membawa kepada perceraian mereka pada tahun lepas.
Doakan agar kak Mi pula bertemu jodoh yang sesuai.


Note: Doa yang baik baik aje. moga semuanya bahagia selalu.

Muscle Injured

sambungan cerita akai jenuh aku semalam
ok, balik kerja semalam, aku dapati Amirul masih tak mau berjalan
kalau ye pun berlakon tak kan sampai ke petang nak berlakonkan..
tengok jari ada bengkak sikit. 


sampi rumah je, hubby dok ngomel le
mcm mana awak boleh cakap Amirul tak de apa apa
dah le semalam dok merengek sambil tidur, hari ni pulak still tak boleh berjalan lagi
semua ni ok ke?


Dia tak de apa apa la bang... akai je tu
kalau terseliuh kaki mesti bengkak besar
kalau patah ke retak ke, mesti bengkak penuh kaki tu
ok..ok... tak pe lah, risau jugakkan kekalau jadi apa apa
kita pergi Xray tengok. Pergi swasta je la.. tak yah pegi GH.


sampai je kat Klinik Aman tu kebetulan pakar X-ray dah off duty
so, dorang bagi surat untuk refer GH. Adei kena pergi GH jugak la jawabnya.
sampai kat GH bahagian kecemasan tu


siap dengan kerusi roda bagai sebab Amirul memang tak boleh nak pijak
lama jugak nunggu last baru panggil
Doktor belek belek semua tu
dia cakap nak pastikan apa yg berlaku pun susah
X-ray dulu baru tau K.
ambik number tapi, doktor panggil je tak ikut nombor pun.

Lepas pergi X ray tunggu lagi
punya la lama..sampai aku kejap kejap terlena kat kerusi
cuma Aleesya je yang jerit jerit


Tengok Jam dah pukul 2.00 pagi. Aleesya punya bateri power giler giler punya
langsung tak de tanda tanda dia nak tido
last papa pulak lentok
adei...
 

lama jugaklah baru doktor panggil .
sekali tengok X-ray. apa pun tak de. carck pun tak patah pun tak
hambik... yang dok sakit tu pakebenda?
lagi orang doktor cakap Muscle dia ada injured sikit
so, cuma bagi ubat tahan sakit- Panadol je pun


On the way balik rumah, aku bagitau hubby suh singgah 7 eleven
beli je amelt yoko yoko
sapu je kat muscle tu, then malam ni boleh la aku demahkan kakinya tu
adei..main apa la kat sekolah tu sampai muscle boleh injured.

dapat la MC 3 hari.
hambik sampai hari jumaat
lepak la kat rumah, sabtu ni kena ganti sekolah kan
hahahaha....

Note: dah sms cikgu kelas dia tadi.
so.. 3 hari ni study kat umah je lah...
kepala dah weng weng sebab semalam tido lambat!

Langkawi- Kampung Beras Terbakar

21/03/2013
selepas meninggalkan pemandangan Indah, still ada masa lagi
jadi kami nak ke Kampung Beras terbakar
Tunggu yer nanti kami pergi sana. nak jalan kejap. hehehehe...

Info tentang Kampung Beras Terbakar
"Padang Beras terbakar terletak di halaman rumah ku halim Hassan Kampung Raja , mukim Padang Mat Sirat. Semasa berlakunya peperangan di antara Siam dan Langkawi, Datuk Kemboja selaku ketua kampung  sudah dapat mengagak yang Langkawi akan kalah di tangan Siam.
Belau menghantar utusan ke Padang Mat sirat supaya orang orang kampung mengumpul semua hasil padi untuk di musnahkan iaitu di bakar.

Penduduk kampung telah mengorek satu lubang  besar dan memasukkan semua padi tadi dan di bakar. Ini terpaksa di lakukan agar siam tidak dapat merampas padi tersebut  yang merupakan bekalan utama mereka apabila bertapak di langkawi kelak.
Rentetan dari peristiwa itulah kesan beras terbakar dapat dilihat hingga sekarang."

tak de pun aku tengok beras yang terbakar walaupun sebutir
yang ada cuma duit syiling yang orang dok buang buang kat tapak kawasan beras terbakar tu.
ni la tapak kawasan beras terbakar tu.
dorang buat pagar cecantik.
kami duduk lepak je kat situ sambil menikmati keindahan  rumah Tun Halim yang bersih dan penuh seni itu.
cantikkan rumah ni. teringat tentang cerita zaman dodulu
bentuk rumah ala ala cenggini la kan.
last.. ambik kenangan kat sini pula.
Aleesya tu dah sakit kaki, kasut pun tak mau pakai dah
tak mau jalan dah
nak berdukung je. 
sebelum blah aku beli FM kat sini
balik umah FM tu tak lekat dekat fridge. waaaa...
dah nasib aku. last guna double side tape. lekat terus tak leh tanggal dah. hahahaha


Note: Topi Aleesya tu tak beli pun, sebab Aleesya asyik dok tanggalkan aje.

Tuesday, March 12, 2013

Akai Jenuh a.k.a banyak akal


Balik kerja kelmarin, kepala ni berdenyut denyut. adeiii.. tak tahan
hubby tak de kat umah, keluar kejap pergi beli barang basah untuk dinner 
aku pulak tergolek atas sofa sebab kepala sakit.

Bila hubby balik, dia cakap Amirul jatuh kat Sekolah KAFA
kaki tu sakit, siap mention kaki dia patah . jalan pun senget senget.
aduh... main mcm mana la sampai leh jatuh.



Pas tu nampak la kelibat Amirul kat tangga panggil aku suruh kendong dia naik
sebab kaki dah patah. auta semua tu. banyak akal kamu yer.
aku tanya dah kaki tu patah, balik sekolah KAFA tadi naik apa?

Kayuh basikal la. hahahaha sekali lagi auta.
mana ada orang patah kaki boleh kayuh basikal?
yeay kamu kantoi.. tipu.....


Semalam, tak lena tido kami laki bini sebab Amirul asyik merengek je
Hari ni tak pergi sekolah sebab sakit kaki.
hairan jugak sebab kaki tu tak bengkak pun, jerit je kuat Amirul ni bila orang sentuh kaki dia.
pelakon bersiri hahaha.
layan je la namapun anak kan.

pagi tadi aku marathon hantar anak anak ke rumah baby sitter
mula.. hantar Aleesya dulu,
kemudian balik rumah, kok ko.. ( kendong) Amirul pulak
mau patah pinggang aku ni. nasib la kan hubby tak de, aku la pikul tanggungjawab tu
terkejut baby sitter bila Amirul cakap kakinya patah. kikikik..


Petang nanti aku suruh Amirul naik basikal
saja nak tengok akai keling dia tu. drama sangat
dia pun ya ya la ngaku nak naik basikal petang nanti, sebab nak praktik kakinya yang patah tu
aku usik lagi.. kalau tak boleh jugak
kena pergi hospital, kasi masuk besi
hahahaha.... meraung dia, takut kakinya di masuk besi



Note: Bak kata Orang Kedah " Akai Jenuh"

Langkawi -Pemandangan Indah

21/02/2013 dah last day kat Langkawi ni
tapi flight pukul 5.30 petang, masih ada masa nak ronda ronda nih.

Aku seorang je bangun untuk breakfast kat hotel tu
sementara Amirul, Aleesya dan my hubby bangun lambat dan dorang breakfast kat kedai je la..
lepas breakfast, hubby menuju ke Permandangan Indah.
View pepagio naik bukit memang nyaman.
Amirul yang malas nak lompat
ececece.. pa kebenda la yang dok saling pandang pandang tu
ntah aku pun lupa, time ni dok  sembang ka? dok merajuk ka? dok ngorat ke
hahahaha... sori lupa la pulak .

saja la dok angkat Aleesya dan hubby pun snap photo ni
tengok belakang tu boleh lihat landasan kapal terbang
tetiba si teruna pulak jeles.
tu dia... jenuh wooo..dok angkat anak sulungku ini
sib baik ibu kamu urat dawai tulang besi

dia cakap"ibu angkat adik je, angkat mirul sama"
arghhh..mau pengsan permintaannya kali ni
20 kilo lebey berat dia tau, sib baik tak patah tulang. hadeiiiii
macam biasa.. foto berempat tak de,
ni la hasil tembakan Amirul
sib baik gambar elok. hehehehe...
habis gedik gedik kat atas bukit tu.
kami pun gerak turun sebab nak pergi ke Kampung Beras Terbakar pulak
Amirul lari laju je time nak turun.
Aleesya pun ikut abang berlari, tetiba kebabom.
sreeettt... dia jatuh org kedah cakap "Terebah"
waaaa.... meraung tak hengat.

pelik jugak sebab that day jari tekapit pintu pun baby sitter cakap nangis kejap je
pas tu ok dah.
sikit je kan luka tu
Aleesya nangis sampai tak mau stop
tak macam selalu, then nafas dia pulak tersekat sekat
papa dukung pun kejap je ok, pas masuk dalam kereta dia ngais lagi
sampai aku naik risau
ajak hubby ke klinik yang terdekat.

Dalam perjalanan tu, dia dok nangis, pujuk la aku ni
siap lap darah tu dengan tisu, 
then di dok tenyeh tenyeh muka dia kat aku, aku bagi la susu
pas tu senyap... 

huh. wat kami panik je budak ni
mungkin selalu tu dia dapat sakit kami tak de, so nangis kejap je la
kali ni kami ada manja lebihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kot.

sikit je pun, letak plaster dah ok
luka tu tak dalam, guna plater ni 2 hari
hari ke 3 tu dah kering dah..


tak best ar Aleesya nangis nangis cam tu.




Monday, March 11, 2013

Peristiwa di Hujung minggu

Hari Jumaat 08/03/2013
 
On the way nak balik dari office tu, Fon aku berdering dering ja
tapi malas nak jawab sebab tengah riding
sampai kat depan rumah, orang dah ramai . jeling jeling jiran tanya tanpa suara
perlahan kak Aya jawab " Pak Hassan Meninggal"
Alfatihah..


09/03/2013
Datang kerja sebab nak bereskan apa yang patut
dapat 2 biji limau bali dari Ipoh
balik rumah, singgah kedai Mak nya tepi Laut beli sekilo mangga muda
Malam dengan ghairah menyicah mangga tu
buat garam belacan - garam belacan tu mcm pencicah buatan sendiri la
bukan garam+belacan sahaja. ada gula, garam, cili dan kicap ditumbuk

gambar sekadar hiasan

10/03/2013
Amirul dok merengek rengek nak belikan hadiah B'day untuk bapak mengasuh dia
sebab bapak mengasuh tu B'day. Siap nak belikan Jubah
aku pujuk le, sebab Jubah tu mahal jugak kan..
Last, suh hubby pergi ngan dia bel;i pelikat dan minyak Atttar
dia nak balut hadiah tu, nak tulis semua
aku nak snap photo pun tak kasi
kede betul kan...kan..

10/03/2013
planning nak keluar gedik ngan hubby kat Queesnbay tak menjadi
sebab Amirul ikut Mak sitter pergi ke Sekolah Hafizah
melawat kakak ngasuh dia yang belajar di sana.
lepak je la kat rumah

10/03/2013
lepak sambil tengok badminton. lambat sangat Lim Chong Wee main
makan lagio sebiji Limau bali tu
cicah jugak, mangga ada lagi sebijik, habiskan semua
last tak tahan mata, tido..
hubby je layan LCW tu..


11/03/2013
hambikkkkkkkkkkkkkk sakit perut pepagi
kejap kejap lepak kat bilik temenung
dok berebut bilik air ngan Amirul.
dalam masa yang sama senggugut pulak tu

Ni angkara makan limau bali+mangga. 
sebab sakit perut, aku datang lambat kat office hari ni
pukul 11.00 pagi baru masuk kerja..
sib baik bos ada simpan pil chi kit tek Aun.
makan sebotol. settle sakit perut ni.