Saturday, March 15, 2014

Feeling Redha : Petingnya Jari Telunjuk

kalau kat office kejap hantar e-mail le, buat surat itu la, order itu order ini
buat entry blog pun sempat agi...
semua tu jari jemari ni asyik menaip je kan...


Aku tak letak pencil Box kat atas meja, aku letak dalam drawer je
dalam pencil box tu ku campak segala galanya ( hamboi segala la pulak)
aku memang simpan nail clipper dalam pencil box.


So tadi teringat hari ni kan ke hari Jumaat, jadi nak le potong kuku
cari punya cari, main gagau gagau ke gitu..
lagi tak jumpa lagi la dok kerek korek kan...
sekali zas.... berdarah ko..


nitik nitik my darah... pedih nye..
sekali my finger was cut by a pen knife..
ish..mcm mana terlupak nak lock pen knife tu kan..
ha..kan dah kena...


sib baik sikit je kan.. dah letak plaster bagai..
pastu masa ambik wuduk tu aku tertanggal terus..
ok lah..darah dah berhenti..


balik sembahyang tadi nak sambung kerja menaip aku la kan..
hambik ko, tak boleh menaip guna si telunjuk ni
kena guna jari hantu...
so, jari telunjuk ni.. asyik menunjuk ke syiling je la...
kelakor plak ku tengok cara aku menaip hari ni... hahahahaha..


Tu la kan, selama ni duk menaip tak pernah sedar pun pentingnya jari telunjuk ni
hari ni baru la ko tau nikmatnya ada jari telunjuk kan..kan..


Note: Sib baik esok cuti.. rilek yer telunjuk sayang.... 






*** I can't life live without you now
       what my existence without you
      If  get separated from you
      I'll be separated from my own self

Friday, March 14, 2014

Samperit Hot!!!

ini citer monday hari tu.. huh lamanya baru nak citer...
ha.. sebelum monday lain yang bakal menjelma baik aku wat entry ni sebelum terlupa..

Monday tu, pepagi datang kerja mcm blurr je.. malas tul aku
lama dah aku tak ber monday blues.. tetiba last monday aku nak bermonday blues pulak
wassap my friend cakap aku nak take a monday blues kejap..
hahaha... gitu pun boleh..
Asal aku nak bermonday blues jer.. tetiba aku jadi  busy bee..
nak kena siap kan itu siapkan ini.. 
last sampai kul 1.00 pun tak boleh pergi lunch lagi..
tak pe tak pe nanti kuar kejap beli kat food court belakang tu..

Masa aku nak gi beli lunch tu, alahai food court tutup la pulak..
masa dah suntuk aku gi sembahyang kejap.. then balik tu sambung kerja lagi..
my tummy dah menari dangdut tau..
dah pukul 4.00 gitu...aku dah flat la kan..lapar giler..
nyesal pun ada, kalau tau gini kekdahnya, aku puasa sunat pun tak pe kan..
dah le breakfast pun aku tak makan...

then.. my bos masuk bilik aku dan dia cakap
"I bought some biscuit for you, sorry forget to tell you"
I put inside the cabinet, you find or not?"

tak sempat la aku nak membelek cabinet, then dia sendiri yang keluarkan dua balang biskut
hiksss....
 Ni biskut mazola.. sedap...
ate dah perut pun keroncongan, aku pun nak ngap la mazola ni..
tapi.....

 yang ini pulak sedang mengguda ai..
rasa mcm nak ngap je kan... aku rasa yang ni biskut samperit kot..
sebab masa aku makan tu rasa samperit..

Then aku google kat tenet nama kuih ni "Samperit Hot" wah hot la sangat..
tapi aku tak tau nak order cam ne..
kome google la sendiri yer.

 
sangat sangat sedap tau samperit ni... tak bape manis rasa dia.
owh I like...

boleh la cover sikit lapar aku petang tu..
tapi.. my tummy kan perut melayu.. harus cari nasi..

So, balik umah je gigil gigil aku masa tau..
ha..ko sampai gigil gigil kelaparan..
finish je masak terus ngap... 


Note: pernah simpan maggie cup kat office ni, last expired sebab tak smepat nak makan. ngeeee






*** steal me away from myself
       hide me somewhere in your heart
      My I not get lost alone
      may I never stay far from you....


Lelaki Botak?

Mcm lucu pulak kan di hari jumaat ni berbicara tentang lelaki botak..
sebenarnya ada someone tanya aku tentang niatnya nak berkepla botak
aku ok je, asal jgn cinta hati jantung kalbu aku yang berkepala botak udah le..
sorry.. aku tak minat lelaki botak..
sebab my cinta hatiku pun tak berkepla botak kan..kan..
of course la my taste not for the botak man... hmmmm..

kaum adam yang botak kat luar sana jgn marah aku yer..
kome mesti ada peminat kome yang tersendiri.. ada jugaklah perempuan yg minat lelaki botak
so jgn susah hati yer...

 

***Menurut organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate, hanya 12 peratus wanita di Malaysia suka teman lelaki botak manakala di China pula, bilangannya lebih tinggi iaitu sebanyak 28 peratus**

Ada yang cakap lelaki botak ni nampak ganas dan samseng. hmm... kalau ada lelaki lembut di luar sana, botakkan kepala anda mana tau kekalau boleh nampak ganas sket kan.. hahahaha. upss..jgn marah yer.


yang ni pulak aku ambik dari fan page "Ini kalilah gabung"
Satu kajian telah mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan. Kajian itu telah mendapati lelaki botak disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinanya.  

erk.. tak jugak kan, lelaki yang mempunyai rambut pun banyak yang mempunyai sifat sifat gitu. Sifat kepimpinan, berkuasa dan berkeyakinan bagai tu bukan terletak pada pandangan luaran tapi dalaman seseorang tu...


bagi aku le, lelaki berambut ni kita boleh belai  rambut dia... 
boleh tolong syampoo kan rambut dia ( dpt pahala tau)
boleh bau wangian syampoo kat rambut dia..
eh.. banyak le yang boleh... kome tahu sendirilah kan..kan..


tapi sejujurnya aku cakap kat sini, kalau di takdirkan suatu hari pasangan aku mengalami keguguran rambut dan botak, aku suka jugaklah.. dah takdir kan...
kira untung le.. dapat merasa belai rambut dan belai kulit kepala.. hahahaha...



then kalau la my abang tu nak botakkan kepala dia sebab bernazar ke hape, ok la..
sebab kejap je kan..
kalau permanently, tak nak lah I...



Note: Tak dapat nak bayangkan seksi lelaki botak tu cam ne ek?


*** I had love you, still love you and will love your forever..
      Love is when you shed a tear and still want him, it's when he ignores you 
     and you still in love

Thursday, March 13, 2014

Sian dia , Takutttttt...

pergi nak citer balik nak citer.. ko apa hal?
argh... bior le nak jugak aku recordkan kat sini...
ate, hubby akan baca blog ni, even dia tak bersama, aku nak titipkan suasana kami ke sana
tak yah la nak balik citer bagi letih bibir je kan..

tak de la lama man pun kami tunggu untuk pulang 
nampaknya si Aleesya dah keletihan... Naiim pun sama la kot.

see.. aleesya still nak buat peace..
tapi nak layan susu time tu kan.. 
so peace tu mcm jadi tak jadi jerk..


tetiba aku dengar seorang lelaki cina ckp kat wife dia
"Lai la, lu chey hamik ?" ( mai dah , awak duduk buat apa)
hahaha... lelaki tu dah bagitau wife dia yg bot dah sampai dok duduk buat ape lagi kan..

Aku pun terus ngko deme dari belakang le..

ye la..boat dah sampai...
so boat yang kami naik tu penuh dengan chinese..
ate aku dah ngekor belakang group chinese tu kan.. ngeeee..

my abang ginilah..klau camera kat tangan dia klik klak klik klak je..
banyak tul gambr kami that day..
actually nak snap gambar aks Aleesya.. nanti aku tunjuk k.

suka betul aku ngan picture ni..
al this chinese are so sporting..
siap buat sign peace agi, time my abang snap this photo..

tengok si Aleesya... sejak tadi melekap je kat aku..
then chinese kapel tu pun dok tengok gelagat dia..
sian dia kan..

tengok dia... sejak mula naik boat.. gitu je lah tangan dia
tutup je mata tu..
mulut ckp .. Takut... takut... adik takuttt...

senyum ketawa bagai aku ni, tapi dalam hati nak je boat ni cepat sampai..
ye la.. debaran jantung anak tu, boleh efect emosi tau...

Naiim dah besar... dah berani lepak kat depan tu..
sekali tengok ni, terasa mcm dah nak remaja anak terunaku ini kan..
kejap je nanti... tengok dah tinggi dari ibu..hiksss..

asal sampai kat darat je..melekap le Aleesya ngan Abi dia..
kalau aku yang carry Aleesya, pas tunak memanjat bukit tu.. alahai....
mau tercabut lutut ni..



Note: Naik flight ko tak meraung nangis, ok jer... Naik Boat ko takut la pulak..
habih cam na la nak pergi langkawi nak Feri ni dik?



*** There is something in your eye's,That speaks to my soul.
       There is something in your smile,That lets me no everything is going to be okay.


I'm Born to be Your Brother...

Lepas kami balik dari Pulau Aman tu, saja la lepak jap kat The Ridge-Teja by the Sea.
cantik betul pemandangan laut bila kita lihat dari atas restoren tu..
(nanti citer selanjutnya)

 ha..ginilah view "The Ridge-Teja by the Sea" tu...
aku bukan nak citer tentang restoren ni, cuma nak citer tentang anak anakku kat sana k.

masa nak datang ke sini , papa bekalkan Naiim RM20. 
Naiim banjer sikit je..so masih ada balance la kan..

Masa kami lepak kat  "The Ridge-Teja by the Sea" tu ada la dorang sediakan
motor dan keta untuk bebudak naik.. Naiim dah besar dah takboleh naik la kan..

So, masa aku nak bayarkan untuk Aleesya naik motor comel ni
Naiim dari kejauhan cakap " Ibu.. tak pe Naiim bayarkan untuk adik, Naiim ada duit ni"
hmm... tak sangka aku tau..
untuk adik apa pun tak pe yer Naiim...

tetiba aku rasa bahagianya aku...
terdetik di hati kecilku... nanti kalau Naiim dah besar dah bekerja, mesti dia akan belikan macam macam
untuk adiknya... mesti dia akan rindukan adiknya bila berjauhan.

dalam aku mengelamun tu, my abang tanya..
Ana, Naiim ngan Aleesya tu beza umur 6 tahun kan..
tengok cara tu rasanya memang Naiim takkan pukul adiknya la kan..
dah pandai sayang adik..
ni mesti kes adik naik kepala pun dia diam je la ni... 

tau tak pe bang... tu la yang Aleesya ambik kesempatan!!!!!

 
huh..abang aku yang beza umur 2 tahun jer ngan aku pun sayangkan aku ke main lagi kan..
inikan pula Naiim yang beza umur 6 tahun, lagi la kan..


sekarang ni si Naiim, kalau pergi pasar malam, getah rambut pun dia belikan untuk Aleesya..
kalau part makanan tu jgn cakap le, mesti ada jugak untuk si adik..



Note: Aleesya, I'm born to be your brother k..





*** If you drop me, I will break. If you hold me,  I will shake. If you need me, I will hurry. 
      If you don't call me, I will worry. If you hurt me, I will cry. 
     But if you leave me, I will die.


Wednesday, March 12, 2014

Apa Ada Di Pulau Aman?

Mesti korang nak tahu apa la yang ada kat Pulau Aman ni kan.
sebenarnya kebanyakkan pelancong yang datang kat Pulau Aman ni untuk memancing
tapi lama lama dah ramai yang datang makanya banyak jugaklah menda baru yang aku lihat

ok.. sesapa yang suka memancing tu boleh sewa chalet kat sini..
sampai je kat jetty Pulau Aman tu, mesti ada iklan yang dorang lekat kat tiang
kome boleh la contact ye..aku that day lupa pulak nak simpan record..
ate aku bukan kaki pancing.. hehehehe...

ok..pulau Aman ni bukanlah mcm pulau pinang ke, pulau langkawi ke hape ok.
kat sini mcm satu perkampungan nelayan gitu
ada sekolah masjid semua la..
tapi tak de la supermarket or hypermarket...
jgn kome ingat nak datang nyopping kat sini k.
cuma boleh le nak shopping makanan laut.

ada la..penduduk kampung yang berjualan kraftangan kat sini
dulu masa aku datang tak de semua ni lagi
rasanya kalau 5-6 tahun datang semula apa la menda baru yang bakal menjelma ye..

sekarang  laluan pejalan kaki tu dah di naiktaraf
dah di simenkan.. bersih je..
then kat sini juga ada jual kerepek, keropok bagai tu
tapi aku tengok..mcm kopok yang re-packing je.. tak ori dari Pulau Aman 
so, aku tak beli pun la..

kat corner sana tu ada jugak org jual ais kacang (ABC)
tapi masa aku balik tu kedai tu dah tutup

ok.. kita layan mee udang kejap..
Mee Udang kat sini harganya RM6.00 sepinggan. kalau special RM10.00
udangnya sangat sangat Fresh.. sebab deme guna udang kertas
ha.. tau la kan udang kertas memang mahal pong

Mee udang kat sini memang sedap..
Naiim tak suka udang tapi suka makan stock udang jerk..
so, udang dia semua dia bagi kat Aleesya... untungnya Aleesya..

my abang suruh aku teruskan makan Mee, Part  Aleesya jgn susah hati biar dia yang layan
sifat dia ni sejak kecik sampai besar gitu la..
apa apa pun dulukan aku time makan

teringat aku kekecik dulu, dia makan sikit je, yang sedap sedap mesti bagi kat aku
dia lupa kot yang adik dia ni dah jadi mak budak da....

tengok le tu, mee udang dia dah syerkan dengan Aleesya...
Aleesya apa lagi, melekap je kat Abi..

lupa nak kasi tau, anak anak aku panggil my abang as "Abi"
tak panggil pun "Pak Lang" hiskkk...

tengok semua terkopek udang tu... puas hati kami..
ni tengah wat entry ni, terasa mcm nak buat mee udang la pulak..
 pagi tadi memang ada nampak udang besar jual kat depan Desa Wangsa tu..
kalau ada agi esok, nak beli la..
mana tau sabtu ni boleh wat mee udang...ngeee..

 kat sini memang banyak pokok sukun.
mang niat hati nak beli kerepek sukun... 
masa datang tadi dah usha kat perahu tambang tu.. memang dok aim la nak beli balik nanti..

 sampai je kat jetty masa nak balik tu, sedih betul aku nih..
sebab gerai yang jual ikan kering, terubuk masin, belacan, kopok kopk semua tu dah tutup
eleh.. baru kul 6 ptg dah tutup..

terkilan aku..ingat nak beli la apa yg patut.sob..sob...sob...

sambil menunggu bot sampai, aku cuci mata tengok pemandangan laut yang tenang ni
tenangkan view dia?

dah bersusun pun boat kat penambang..
dulu boat last pukul 6 ptg..
sekarang dah tukar.. dorang ckp last boat pukul 7 ptg...bagus!!! 

eh.. dorang ni memalam takjenjalan la kan. balik duk umah dendiam
ate tak de transport kan..

my abang ckp, sape ckp dorang tak boleh keluar malam.. Naik boat sendiri la
hok aloh.. betul lah kan...ngeeee....



Note: Ada masa nak gi jenjalan lagi lah ngan my abang.. Best woooo...





*** You're the thought that starts each morning,
       the conclusion to each day.
       I envision you in all that I do,
      and everything I say.

     You're the smile on my face,
     the sparkle in my ..........








Eh..datang makan Ais Cream je Ke?

Setelah kami sampai kat Pulau Aman, aku terus menapak ke restoren terapung tu
dulu aku makan mee udangg kat situ sedap, enak nyaman..
tapi ada la dengar sok sek sok sek yang tauke tu dah bertukar.. sedap tak lagi yer?

ha.. kami makan kat sini la.. tak perasan pulak aku ni..ada ke restoren lain selain dari yang ni kat Pulau Aman ni yer..

Saja ambik meja yang kat tepi, sebab anak anak boleh tengok ikan ikan kecik tu
suka betul dorang..
aku selamba je ckp " nanti dorang datang mintak order le tu, kita makan escream dulu lah"
aku memang ada nampak Naiim tengah main main pensil kat atas meja tu
tapi tak terfikir apa pun la kan..

ingat nak makan cornetto yang kecik kecik tu..
last my tekak nak mkan magnum la pulak..hehehe

my abang pulak cakap yang bior dia yang banjer untuk escream ni
sebab aku dah janji nak banjer mee udang petang tu..
thanks yer bang...

sib baik ada my abang, layan lah karenah anak anak sedaranya yang dua orang tu
boleh juga tolong tolong tengokkan dorang


sambil menunggu eskrem datang kit usha pemandangan kejap yer..
tengok boat tu speed, my abang cakap dia sereyau sangat tadi ni..

sebab dia nampak driver boat tu asyik main sms je masa bawa kami
kang tersalah hala.. mampusssss...
dah le takde life jacket kan..

ha ko..semua perasa ada.. kita merasa sorang sikit mana yang lebih sedap..
sib baik tak buang tebiat lepas makan magnum ni gi gelungsur tiang restoren ni kan..
ala..mcm iklan kat TV tu...hiksss

Aleesya kena makan escream ni...
klau makan magnum memang leleh habis lah kan..

Aku ada tanya mak cik kat belakang tu, ikan ape yang mulutnya mcm ikan todak dan kaler jernih tu..
mak cik tu cakap Ikan Pantamorgana!.
hikss.. rasa mcm betul ke nama ikan tu cenggitu..
ker mak cik sesaja buat lawak petang kat aku...

sebab aku pun dalam situasi percaya dan tak percaya pun sama banyak nyer
maka aku diam je lah...

suapan kasih dari anak terunaku..
mungkin selalu sangat makan magnum chocolate tu,
sekali try yang gold ni sedap pulak..
nanti nak beli lagi lah...

Tapi kan, kami dok tertanya tanya..kenapa la dorang tak datang ambik order?
sampai dah habis makan escrem pun dorang tak datang ambik order..
heran aku aih...

sekali aku terpandang ada order sheet kat atas meja tu..
hahahaha...patut la...

ha..kome jgn jadi mcm aku tau, sila isi order sheet tu .
mana la aku tau kan, ate dulu ni ada je waiter yang datang ambik order..
advance ko sekarang ni.. makan mee udang pun ada order sheet tau...

ingat old town je ke ade... Mee udang pun hado la..
terbaik!!!!!



Note: Tak pasal pasal kena menunggu lagi utk makan mee udang..ngeeeee....




***  You can never find love through the eye or ear, so you must trust the only thing that will never fade until you die, your heart.