Monday, August 5, 2013

Cara Kurus Dengan teknik Tarik Nafas Panjang



[VIDEO] Turunkan Berat Badan dengan Diet Napas Panjang

Sesapa yang nak diet, pas tu tak leh menahan dengan kelazatan makanan bolehlah guna teknik ni yer.

Seorang aktor Jepun yang memperkenalkan diet baru dengan bernapas panjang.
Miki Ryosuke menemukan diet napas panjang tanpa disengaja. Saat itu, ia berlatih teknik pernapasan untuk meringankan sakit punggungnya. Tapi, latihan pernapasan tersebut membuat berat badannya turun 12 kilogram (kg) dan 5 inci hanya dalam 50 hari.

Ryosuke menyadari temuannya itu, ia melakukan serangkaian cara yang lebih efektif dalam menghirup dan membuang udara, serta menciptakan Long Breath Diet.
Nama teknik yang diciptakan Ryosuke memang agak menyesatkan karena teknik penurunan badan ini tak ada hubungannya dengan diet dan lebih kepada olahraga.

Teknik Melakukan Diet Napas Panjang

Seperti dikutip OddityCentral, Rabu (31/7/2013), dalam melakukan teknik diet napas panjang ini Anda cukup pada postur tertentu, menghirup udara dari hidung selama tiga detik dan membuang napas secara agresif dari mulut selama tujuh detik. Saat itu, gunakan seluruh tubuh Anda untuk mendorong semua udara keluar.

Rupanya, mengulangi teknik bernapas selama dua sampai 5 menit setiap hari akan membantu Anda menurunkan berat badan.


 Note: Boleh tunjuk model yang gemuk gedempol tak?

Sunday, August 4, 2013

Ramadhan - Random Photo Ketiga

Jangan jemu mata korang tengok random photo aku ni ye
kalau nak citer satu satu memang non hado masa.

orang lain sibuk dok beli baju raya, aku pulak nak gedik ngan jam baru
that day ada happy hour kat AEON perda.
offer RM50.00 satu.Haruslah rembat kan. 
sebab jam lama aku tu nak bagi kat anak sedara pompuan aku yang belajar kat sekolah Agama tu.
 Gi beli kasut ni kat Leno.
suka kasut Leno ni sebab kasutnya ringan.
pas tu dah jadi member mesti lah dapat discount dan point.
beli yang murah murah aje
 beli jugak sandle ni, sebab 2nd buy dapat another 30% discount
kalau time berziarah di hari raya lebih selesa kalau pakai sandle aje..

beli dua pasang dapat harga RM79.00..
hmm.. berbaloi kan..


 gigih gigih buat kuih raya la sangat kan..
last bos belikan berkotak kotak kuih raya utk aku
hmm... terus malas nak wat kuih raya..

tapi almond london kat umah tu tak letak coklat lagi.
hahahaha...
 Ni pulak mercun papan. Bos bagi jugak
hahaha.. main mercun papan di aidilfitri... 
selalu dapat ni. 
letak je kat pokok getah.. habis lutong lari lintang pukang.

kad raya ni dikirim dari zitaomar. seronok tahap otomen aku ni
sebab ieta ni sorang je yg sudi kirimkan aku kad raya. sangat sangat teruja sampai aku langsung tak fikir 
panjang dah. terus pergi tesco beli kad raya nak balas balik kat ieta.

semangat dok nak nulis, tetiba belek kad tu
alamat ieta lak non hado. nages nanges tau.
ieta... lkeh tak bagi alamat. Nanti akak bagi kad berserta something something k
dah beli dah pun tuk kamu


Menang GA Anum.
best best.. dapat FM kuching meow mwoe

letak kat fridge kena letak kat bawah atau tepi
sebab kalau letak kat pintu fridge nanti kucing tu makan ikan. hahahaha
jgn marah ye anum.lawak je..


Note: Sambung shopping k.

Saturday, August 3, 2013

Ramadhan - Random Photo Kedua

Kalau korang mati idea nak masak apa hari ni
aku bagi sikit selayang pandang.
hahaha...jgn marah ye..
 Ikan bakar ikan kembung lemak dengan air asam tomato.
Aku buat ni sebab Naiim yang request.
tapau 3 ekor utk hubby berbuka kat tempat kerja
jangan tak tau anak bujang aku tu pandai demand bab makan makan ni

 gedik santai tengok yong taufu kat PARAM
beli RM8.00 ringgit semua, bila makan tak sedap pun kuahnya.
tak habih pun makan.
nak bagi kat kucing, mana la kucing pandai makan yong tau fu kan.
sedekah je lah kat cik Pah.tepi sinki tu
membazirkan..kan.. pas tu tak beli dahhhhhh

 grille ayam ala ala ayam percik
aku tak makan pun
Naiim ngan papanya je yang bedal semua
untung sangat bila ada grill pan .

 that day masa dok tengah start motor nak balik kerja
ada cina yg selalu datang office tu lambai lambai tangan kat parking lot
dia bagi seplastik buah pulasan
katanya member dia bagi dari Baling. 
Sedapp...


 gigih stim ayam sebab nak makan koay teow Th'ng
org carik carik je ayam tu masuk dalam kuah
aku pulak nak feel lebih..slice jerk.
buat semangkuk je sebab tak lalu makan nasi time berbuka.


 Mee udang ni ku buat untuk aku sorang je masa time berbuka tu
time snap ni tak letak kuah lagi, sebab takut mee kembang
makan slurp..slurp.. menayang kat anak ngan lakik
deme jeling je time aku makan.
hahahaha... sape suh tak mau kan..kan..

Last.. kul 12.00 malam, my hubby suh buat lgi semangkuk tuk dia
sebab tak menahan nengok aku makan.
hahaha..berjaya jugak aku menggoda mee udang kat dia.


Telur rebus tak sempat nak prepare
sebab dah nak dekat berbuka.

 Naiim bising bising nak aku buatkan kuih yang ada tet kat tengah tu
asyik duk suh buat kuih ada tet, kuih ada tet je
naik bernanah telinga ni..
last buah jugaklah satu bancuhan.

** Ceri kat tengah tu le dia panggil tet" adoiiii

Dapat le satu balang besar.
Tak sempat nak raya asyik dok makan je.
Tak pe lah..buat pun untuk makan kan..
makanlah..dah kamu suka sangat naiim oi..


Note: pstttt.... tadi my bos janji nak beli 2 kilo udang besar  utk aku bawak balik kg
hmmm... makan mee udang la raya nanti.. jimat kos.

Friday, August 2, 2013

Tawakal dan Yakin Bila Berbuka

Rumah aku dekat je pun dengan Masjid. 
So, setiap kali masuk waktu sembahyang, tak de nak ambik kisah nak tengok jam bagai
dengar azan je, dah tau la masuk waktu.


Aku ni dah pandai budget masa untuk masak. 
masak le mcm mana pun, asal jam 7.35pm, mesti semua dah siap.
cuma tinggal nak masukkan air dalam cawan je.


Semalam dalam sejarah tau, lepas aku prepare semua tu
tunggu punya tunggu azan tak berkumandang jugak
tunggu lagi.. tetap tak de azan..

 

Mula la check jam aku, check jam hubby..semua jam yang ada dok chek
semua handfon pun check jugak.
sepatutnya dah boleh berbuka ni
mungkin tok bilal sakit ke, mc ke hape ke..
Diam kejap kami sekeluarga, mana tau kekalau jiran sebelah dah start makan
mesti bunyi jugak sudu bila dorang ceduk ceduk lauk tu
my jiran pun diam jugak.
sah le dorang pun nunggu azan jugakkan..
 
 
Last, aku dengan yakin dan bertawakkal, aku baca doa dan minum
Naiim masih lagi nak nunggu azan, siap tuduh aku batak puasa la
aku wat derk ja.. akhirnya tergugat juga iman si Naiim tu kan.
berbuka jugak la walaupun dah 7:49 pm. ( lewat kan)

then jam 11:49 mlm tu lepas aku kemas kemas dapur, mop lantai bagai aku 
pun keluar nak buang sampah
ha..baru la dengar mikrofon di ketul ketuk
testing testing satu dua satu dua
pas tu cubaan..cubaan.. 

ruper rupernya mikrofon tu yg sakit, bukan tok bilal da..
patut le..diam je magrib dan isya . merajuk le tu
dia pun nak jugak  baju bru bila nak raya kan..kan..




Note: Perkhidmatan Microfon sangat sangat berharga di bulan Ramadhan ni.


Ramadhan - Random Photo pertama

adoi.. rasa mcm tak sempat dah nak kumpul semua satu satu entry
nanti raya nak citer tentang raya la pulak kan.
So.. meh layan random photo ni.
 Ni le kojer budak Aleesya ni. segala kasut di susunnya
then dapat kasut papa..jalan penuh rumah.
saja nak seksa ibu suh mop lantai memalam..

abang asah kaler pensil, dia mabik dan tabur
buat bunga kekononya..
senak haku aih..

 tak smepat nak bagi resipi ayam grille ni
benornya resipinya sama dengan ayam yang aku kukus tu
cuma yang ni aku panggang..
sila check kat SINI utk resipi.

 bila aku sibuk kat dapur Aleesya pulak nak makan nasi
kalau bagi makan tanpa awasan,..
lantai je la yang makan nasi tu..

Aleesya suh ibunya wat overtime sapu sampah setelah selesai masak
duit OT claim kat papa okey!

 Aku gigih wat karamel ni untuk hubby, sebab utama kerana dia memang suker giler ngan karamel
beli kat PARAM mahal sangat.makan tak puas
sebelum dia beralih selera nak makan makanan kat PARAM
lebih baik aku gula gulakannya dengan  air tangan aku.
hahahaha... 

 First day papa kerja malam, Naiim nak makan Nasi Goreng Pataya.
senang kerja kan, tak yah masak ber jenis jenis.
wat nasi goreng bungkus je ngan telur ni.

Cara nak deco ngan sos tu senang je.
Masukkan sos dalam plastik, gunting kat bucu pas tu picit je.
ikut le korang nak bentuk apa pun. hahaha


firstday makan tak puas, request pulak esok harinya.
kali ni mintak letak sos lebih sikit
aku deco secara dua arah la pulak.

Naiim sakit gigi.. mungkin badan panas pas tu kurang air dalam badan
So, kesian kat dia nak kunyah makanan
so, aku ketuk ketuk ayam goreng ni dan potong in slice tuk dia..
hmm... dapatla dia makan ayam goreng walaupun secara perlahan lahan.


Note: ada lagi stock photo yang akan di random sebelum raya ni.

Thursday, August 1, 2013

Take My own Sweet Time

Dah hampir hampir nak raya ni apa aktiviti korang?
selain bershoppping mestilah nak tukar duit kan..kan..
Aku ni kalau bab bab tukar duit memang my kerja la kan..
Dah call bank bank semua, dorang cakap kalau nak tukar sampai pukul 12.00 noon je
bukan sikit kan aku nak tukar tau..
My hubby siap tanya staffnya, kekalau sesapa nak tukar duit, aku boleh tulun..
tak pe la kan.. Ramadhan yang mulia haruslah beringan tulang.

So..pepagi dah tercongok kat bank tuk tukar duit
Bos pun dah faham, kalau aku nak raya
asyik tak de kat office je..
take my own sweet time la katakan...ngeee

 Nampak tak motor yg parking kat kaki lima tu.
kalau kat area bank di lebuh pantai ni, dah mcm lumrah la pulak kan.
kekadang aku pun konfius..kaki lima utk org berjalan ke org parking motor?

al kisahnya tadi pagi, ada la satu motor tu sedang memandu kat kaki lima
berdepan dengan CIMB lebuh pantai, aku baru je keluar dari Bank
sebab CIMB offline la pulak.


Ada seorang penunggang motorsikal tu, bawak laju ko..
siap horn kat kami yg sedang berjalan ni.
hey!..apa kes?  Adakah kamu sedar yang kamu tu menunggang di kaki lima?
kaki lima ni nenek kamu punya ke?
berlagak..siap horn horn..kang aku horn kepala kamu dengan penumbuk ni baru tau.
ni la kekdahnya manusia..berbangga bila buat salah.
 
 
 
then jalan  lagi sampai kat junction sebelah bank RHB, aku lintas le jalan.
pas tu ada satu vios speed laju, tak kan aku nak tunggu kan
berlari lari kecil aku cross junction tu.
Giler ko..kang raya kat spital la pulok!
 
Wahai pemandu.. Ko tau tak apa itu "Stop Look Go"
tak tahu la kan.. semua orang duk rushing pakebenda pun tak tau.
yang pastinya.. dah tak de hemah hemahnya time memandu/menunggang..
 
 
perjalanan pagiku yang berliku tu tak mematahkan semangatku
untuk menukar duit untuk hari raya..
yes..aku berjaya tukar duit. hahaha.. bangga..bangga..


*** Niece dengan nephew dah call, bagitau dorang puasa penuh, kalau boleh nak pau duit
raya dengan Mak cik. mauy tebal tebal**
 
 
Note:Bos!..sib baik ada bonus, kalau idak cekodok sebiji tumbuh kat dahi.. ( kekonon garang le sangattt)


Tapi..aku maintain je..

Dah masuk hari yang ke 23 kita berpuasa kan..
Naiim dah biasa berpuasa sejak umur 5 tahun, so tak de la banyak karenah puasa kali ni
time sahur bangun senang je, pas tu tido semula
kul 6.45 atau kul 7.00 bangun semula tuk subuh dan pergi sekolah..

sekarang ni time sahur tak mau makan nasi dah..nak makan kuih pulak
kekadang tu minum air je terus tidur semula..
tapi still larat dia berpuasa..

Bila dah lelama puasa..badan pun dah jadi cekeding la kan..
semua baju longgar bagai dah..

Suatu pagi, masa Naiim nak pakai seluar sekolah tu
dia selamba je tanya aku:-
"Ibu bagi Naiim pakai seluar sape ni?"
awat besaq sangat seluaq ni.. nak londeh ja Naiim rasa..

Alahai Naiim..dalam rumah ni kamu sorang je yang bersekolah, seluar sape lagi nak ada
kat dalam rumah ni, seluar kamu je la..


memang nampak ketara pun perubahan berat badan Naiim ni.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........ cuma ibunya yang Vogue ni je  "TETAP MAINTAIN" tau.
hahahaha..

Nak tau Maintain Apa?
Maintain Gemuks!!!...
ini kerana mengikut firasat aku, metabolisma badan aku dah rosak
sebab aku lupa nak repair masa sebelum puasa tu..

Makanya metabolisme badan aku di hentikan perkhidmatannya buat seketika
bagi membenarkan tubuhku bermaintain gemuk seperti sebelumnya.


 Note: Mood Raya dah merasuk jiwa... tulunnnnnnnnnnnn