Saturday, March 23, 2013

Oh my Sis..Congrate!!

Semua orang dok kay poh tentang result SPM
tapi kan.. mcm mana aku boleh ignore pulak kan..kan..
wal hal aku ada adik yang sit for exam . teruk beno kan..
tetiba aku teringat, eh.. betullah Atipah tengah tunggu result
semalam call step mom pun tak sebut tentang result SPM. hape daaaa...
better call dan tanya ni.

Alhamdulillah..80% A tau ( pandai pandai la korang kira)
Dia sekolah kat Maktab Mahmud. SPM subjek pun lebih dari aku.
 tak de la all straight A, tapi bersyukur sangat
keputusan yang boleh buat kami sekeluarga senyum lebar
yang best tu Bahasa Arab dia dapat 'A' you. 
amazing sangat. sebab aku kan tak belajar ARAB.
memang respect la kepada mereka mereka yg pandai arab ni.
 


Dengan result tu dia ckp nak apply Pengajian Syariah
tapi kalau dapat yang lain pun tak pe la...
main target is Pengajian Syariah la..


Apa hadiah  yanga ayah bagi?
tak de pun.. hmmm.. ayah tengah fikir le tu
Tapi... abang ada bagi hadiah katanya..
menda? nak jugak aku tau

gambar dari google
"Balck Berry" seketul. hambik
amboi.. Lemannnnnnnnnnnnnn... kat kakak sebijik boleh?
jeles ni.. bagi kat adik je, kat kakak tak de ka...sob..sob..sob

Friday, March 22, 2013

Sesekali apa salahnya

Susah betul nak makan Pizza Hut.
Mana taknya, kalau keluar sekeluarga, my hubby memang pangkah le Pizza ni
Bukan dia anti, cuma dia memang tak makan Pizza.
McDonald pun sama tau..( dia suka burger yh di jual memalam kat tepi jalan tu)
Kepci tu je dia makan..( mkn ayam je, lelain sori k)

 Makanya aku dengan santainya keluar dengan Amirul.( bila dia kerja la)
Aleesya, tinggal kat baby sitter kejap.
ibu nak dating ngan abang 

order pizza hat kecik je, sebab aku nak layan salad.
lama betul tak makan salad kat Pizza tu.
semangkuk ni aku makan pelan pelan sambil melayan Amirul
yang memang tak duduk diam.
selalunya aku tapau je bawak balik utk dia
best tengok dia makan.
Amirul tu lepas gian la kan
bila adik tak de, mula la nak gomol gomol aku
siap cakap kalau mirul peluk ibu, sat gi adik mesti jeles punya
selalu tak boleh nak peluk ibu lama lama..
dia cicah je pizza tu ngan soup ni
sabor je lah kan..

Sedap kot chicken soup tu, dia request suruh aku masakkan untuk dia
selalu ibu buat soup labu ngan kentang je
kali ni buat la yang ayam pulak.
mmmm.... nanti google resipi la nampaknya kan..
balik rumah, still tak ambik Aleesya lagi
rehat kejap, pakai masker Black Mud tu

ha.. gedik jugak dia nak pakai. hambekkkk
eh..bila letak masker ni terserlah pulak dagu Amirul yang terbelah tu
ngeeee...

gambar aku pakai masker tak boleh di publish
sensor... tak bertudung. hehehehehe...


Note: Kalau mak tengok cucu dia pakai masker, mau nanah telinga aku kena leter. hehehehe

Thursday, March 21, 2013

Basah Tekak dan Senaman Pipi

Hari ni, aku kelam kabut sikit sebab overslept  masa nyusukan Aleesya kul 8.00 pagi
bila dah terjaga dah pukul 9.12 am. kelam kabut aku mandi , siap mcm lipas kudung
Sib baik semalam dah bagitau bos yg aku nakke post office sebelum dtg kerja
adei...

Sampai office, perut mesti la lapor, sebab tak bekfast lagi kan..kan..
masak air pas tu minum Nestum je.
Bos tengok je tapi apa pun tak cakap. 
then dia keluar dan aku suruh dia beli lunch aku sekali
sebab cuaca panas sangat tak mo keluar dah..
kalau dia beli..maknanya lunch aku on him okey!!!!

dia balik office, dia belikan aku mee goreng. Memang dah gitau
tak mau nasi, sebab minum nestum tu dah kenyang.
then bos panggil aku try white coffe ni. 
Kebetulan dia pergi beli tuk stok rumah dia, so dia beli extra utk aku sebungkus.
dalam tu ada 15 sachets X 40g tau.
memang banyak le, boleh satu mug besar.
dah minum pun sedap....
 
 
lepas lunch tu bos hilang ke mana ntah.
ada client kot. batang hidung pun tak nampak.
Lepas aku balik dari toilet, nampak 2 bungkus "Tong Garden" ni atas Meja
mmm... dapat lagi..keh keh keh...
 
ingatkan nak le diet makan je light light time lunch bagai
tapi kalau dah di hadap ngan jajan ni
mcm mana nak diet. habaq mai sat noh....
 
 
Note:  terkesima ngan SR offer cake RM 1 per slice.nyum nyum nyum...
 

 

Cheese Cake, Buah Markisa.

Hari khamis lepas, aku ngan adik aku Si Leman jenjalan kejap kat Rope Walk
Tetiba ada nampak buah Markisa
dorang Juala RM6.00 Sekilo. Aku beli 1/2 kilo je.

 Ada pernah sekali je aku minum  Markisa Fresh masa makan dengan my BIL di kedah
lagi sedap dari rasa Jus yang dalam botol tu.

Kat hujung tepi laut umah aku tu ada la cina tu tanam
bila luruh bersepah kat bawah pokok, Nak mintak beli
segan pulak aku. ngee...
dah jumpa ni terus la beli..

 Hari ahad tu, baru ada masa nak enjoy ngan Markisa ni
aku belah, korek bijinya dan mesin. pas tu tapis
masuk gula sikit dan beberapa ketul ais.
huh... puas minum.....

 Hubby tak de rumah sebab dorang ada agenda apa tau kat Tanjung Bungah
Pas tu ada acara gedik gedik dan makan makan kat Hotel Paradise.
untuk pekerja saja , anak bini tak boleh ikut. menci.. selalu gitu kan..kan..kan..

Hubby dah janji nak bawa kami ke rumah BIL di Alma
tak kan nak pergi nga tangan kosong, jadi aku putar putar cheese tu dan buat cheese cake
nak bawa sebagai buah tangan tuk BIL.

Bila dah selesai.. anak anak pun tidur petang
aku lepak king kat Hall sambil makan cheese cake ngan minum Air Markisa ni.

kata nak balik pukul 5.00 petang tapi sampai pukul 7.00 baru hubby balik
sian, dah letih tapi dah janjikan, aku pun dah buat kek semua ni
nak tak nak hubby drive jugak ke rumah adik dia di Alma

hehehehe... janji di tepati ok
bukan janji Third Party. bak kata HanifIdrus.
 


Wednesday, March 20, 2013

Awak Memang Kartun!

tentu ramai yang dok tertanya tanya. Mcm Mana la kerja aku kat tempat baru tu kan..
meh.. sini nak habag mai..habaq pi...

15/03/2013 aku dah start kerja, office tip top. environment senyap je.
semua kerja kepala pun tak panggung. hahahaha...
terbaik ko. Dalam hati dok rasa cuak dah.. mcm aku ni terjebak kat tempatyang salah
Mana taknya, semua youngsters, pemikiran tak sama la kan.

Bos baru tu aku dah lama kenal, tapi tak close so, tak tau la mcm mana peel dia
Mlm tu aku dapat SMS bertubi tubi dari Bos lama aku
aku kan wanita... memang lembut hatinya..chewah..chewah..

siap ckp, time kerja aku panjang.. bila balik rumah dah lewat. tak sempat nak cium anak anak. 
dorang tidur aku pun tidur. huhuhuhu...
pujuk jugak suruh aku datang semula kerja ngan dia.
amboi..amboi... sape berani buli aku? 
memang le kat office lama tak de sapa dok buli aku. Cuma aku je yang dok buli bebudak tu.kui kui kui

17/03/2013 aku pergi kerja macam biasa. Tapi kan.. rasa mcm aku kejamkan diriku pulak
sebab hari sabtu aku kerja full day.Masa tengah kerja tu, tetiba Bos panggil 2 Bangla, pekerja jugakla
masuk bilik, terus Bos bising bising sebab dia lewat bukak pintu office pagi tadi.
dlm hati" What!!!! lambat pun pukul 9.30 jugak dia bukak tak de la kami semua lewat
wat pe nak marah sampai cenggitu sekali.
oh.. nehi nehi.. ( mula terfikir offer Bos lama aku)

Lepas fikir masak masak, tanya mak tanya kengkawan
Last aku decide nak bekerja kembali kat tempat lama.
Aku demand sikit je la. 
Salary up sikit. then ada la extra $$$$$ yang jumlahnya besar jugak.
Last, aku setuju dengan offer Bos lama aku.


gembira tak hengat la Head Bos aku tu, bila aku dah setuju nak kerja ngan dia semula.
My hubby said " Awak memang Kartun!!!". lompat sana lompat sini.
hahahaha... tau tak pe.

Kerja tempat baru 2 hari je, dah cabut!!!

Kerja lebih sikit tak pe janji hati senang... tul tak?
pas tu start la dok kacau aku ngan SMS merepek repek dia.
Ntah le nak cakap apa. Tak sangka la kan aku begitu valuable.
walaupun aku ni berlainan Bangsa, tapi bila kerja penuh dedikasi, sure orang akan appreciated.

Aku dah call company yang hanya aku kerja utk 2 hari saja tu
aku cakap yang aku tak boleh nak commit. tu je.

Bila compare banyak freedomnya di sini berbanding tempat baru. antaranya
Cuti Raya Aidil fitri- Seminggu bos kasi
Cuti Raya Aidil Adha - Seminggu jugak ( tempat baru tak de cuti apply leave)
Raya Cina- Cuti seminggu jugak sebab office closed. Kat tempat baru, ikut kalender ( 2 hari ja)

Nak pergi klinik ke, atau hal apa apa yang sekejap je tu, tak payah apply leave
pi buat semua kerja pas tu datang office. Bos tak potong gaji ok!!


agak budus la kan kalau aku tak datang sini kembali
Dan... dan...
Moral of the story jgn baik sangat dengan Bos. jadi cengginilah. hahahaha
BTW aku memang happy kerja kat sini.tenang je
resign that day sebab tak puas hati ngan colleague jer... 


****Kerja dengan penuh dedikasi bila orang dah beri kepercayaan kepada kita.***

Maaf, gambar office 2 hari aku tak snap, sebab kerja kat sana mcm ala ala tentera
kerja..kerja... kepala pun tak leh nak panggung, ckp ckp time kerja adalah forbidden. kui...kui..kui..

Note: Mak ckp, mestilah best kerja kat tempat lama. "ala... mcm ex boyfriend...
sentiasa mekar dalam ingatan. pahit ke manis ke.. teringat jugak"

 

Tuesday, March 19, 2013

Hidupku kembali ceria.

hai... sunyi je kan blog aku 2-3 hari ni. 
Maaf sesangat kepada korang semua sebab tak sempat nak jengah.
Ada la 2-3 biji rumah yang sempat ku bertandang semalam.
jgn merajuk k. nanti aku singgah..

 

Tengah kumpul maklumat ni nak kongsi ngan korang semua
tak sabar tau.
kalau berita gembira haruslah kan syer syer kat sini.
kalau sedih tu, tak pe la. ai telan pelan pelan k.

Setelah beberapa hari aku moyok je
Hari ni aku ceria kembali
kalau boleh 32 batang gigi nak tersembul keluar. senyum sokmo..
kenapa? nanti bagi tau.

Ni nak siap siap nak jenjalan ke rumah korang le..
moh le kite... ziarah menziarahi tu amalan mulia.


Note: baru nak menapak pergi ziarah korang. jgn marah yer.

Saturday, March 16, 2013

Rindu Tak?

Maaf semua sebab tak jejak ke rumah korang\
masih trauma dengan tempat baru
hmmmm tengoklah macam mana lepas ni.


serous said . tak best pun.
ada plan barum lepas ni.
tengok lah. sama ada nak commit ke tak.

besok cuti. aku jenguk umah korang yer.
begining memang mcm ni kan..
tak kenal sesapa lagi kat sini
mungkin 2-3 minggu lagi boleh la biasakan diri.


note: ok. adios amigos.
jgn lupa aku tau. sayang korang semua


rindu snagat kat rumah korang termasuk korang semua. mmmmuahhhhhh