Thursday, September 19, 2013

Jumpa Gieyana, Nureen & Najla

Actually, masa gieyana berpantang kat kampung, aku dah nak pergi tengok 
 hari yg aku nak pergi tengok tu, Bapa aku pula meninggal dunia
so..kita hanya merancang Allah yang menentukan. tul tak?

So, hari Isnin (16/09/2013) tu kami tak de la plan nak pergi umah gieyana
cuma nak menyopping barang dapur je
Masa on the way nak balik dari Tesco tu, sampai je kat traffic light dekat ngan Umah Gieyana
Aku terus ckp kat hubby,  awal lagi ni kalau pergi umah gieyana
sempat lagi kan, awak pun kerja malam, kita pergi kejap je k.

eh..sesapa yg tak tau Gieyana tu sape, nanti I tunjuk K.
dia ni schoolmate I tau, so..memang dah lama kenal dari zaman galas beg sekolah
sampai le zaman dukung anak. hahahaha..

 
ha.. ni le tuan empunya badan yg bernama gieyana tu.
sapa nak terjah blog dia klik je kat gambarnya tu.


sampai je, aku terus terkam dak kecik ni. Nureen Najla. bior dia munyi munyi bagai
nak kaco dia tido.. tak kira nak kacau jugak
hahaha... sangat suka kacau baby tido..bangun kejap je..
Pas BF terus tido tak sedaq habaq kata org kedah..
that day muka mcm gieyana, kali ni muka mcm hubby dia la pulak
tak pe kita tunggu pas ni nak iras sape lak kan..

cian dia jadi ruam sikit kat muka tu. kecepuk kecepuk aku cayang dia
geram weih.. kalau ada baby ni.
 kang curi bawak balik baru tau.
Rasa mcm nak banak la pulak bila duk dudkung baby nih..
Masa ni Aleesya tengah buat taik mata, letih berlari kat Tesco kot.
zzzz...kat bantal  cute tu. 

 Bila bangun je Aleesya, aku suh dia pegang baby Najla..
Mood Aleesya tak berapa ok... tapi tetap nak layan juga tenung wajah baby


ish... kalau nak ada baby lagi kena tunggu Aleesya besar sikit kot
kecik gini tak leh nak carry baby kekdahnya kan..kan..


Note: Najla...nanti besar kawan ngan Aleesya yer..

Psssst... Kalau idak Nureen ngan Amirul baik punya berkawan. sejak dorang dah besar ni 
memasing malu malu meow la pulak.



Wednesday, September 18, 2013

Kenapa Aleesya Menangis sebegitu rupa

Masa duk tengah buat laksa tu pun Aleesya dok merengek rengek
makin lama tak merengek dah..dia terus melalak
sampai naik biol kami ni.
Memang dah nak bersiap nakkeluar pergi Umah Gieyana tuk tengok baby Najla
Tapi apa leh buat Aleesya melalak tak hengat donia.


Aku ngan hubby dah mati kutu, asyik menangis je.. sampai naik kesian kami tengok
menangis mcm time dia kena sawan tangis masa baby dodulu tu
pujuk tak makan, bila marah lagi sakan la
susu tak nak minum, nasi tak mo makan laksa tu je yg dia jamah



Aku pun ambiklah pen digital quran tu, rakam baca surah al-baqarah
dia pegang pen tu, pas tu dia diam
cuma tak mo lepaskan aku, asyik melekat je kat badan aku
sampai aku nak ke tandas pun nak ngekoq jugak..

Malam tu my abang datang umah...
Lepas magrib tu, aku terasa mcm nak buatkan air dari ayat kursi 
So, ambik semangkuk air baca ayt kursi 7 kali pas tu percik percik kat bilik dan umah semua.
lebihan tu aku letak le kat atas lemari solek bilik aku.


Bila Aleesya dah ok sikit, dia pun masuk bilik
pas tu terpandang le air tu
dia mula dok ambik air tu sapu muka, sapu badan tangan bagai
habis basah satu badan...


Amazing ..lepas tu dia dah tak nangis dah..
tak de nak buat perangai, tido molek je malam tu

ha...lega aku rasa..
dia dah kembali happy  seperti sediakala


Abang aku datang sebab dia nak pinjam keta aku kejap. Nak pergi jumpa customer
Kereta Volvo ayah tu... wat dia senak poket nak mengisi minyak!!!..



Note: Kenapa Aleesya melalak sebegitu rupa? hanya tingak tanda tanya...

Aku berkampung Di sini

Korang nak tau aku berkampung kat mana?
alah.. kalau dah nak balik kampung pun tak jadi
nak berkampung kat mana lagi kan..
berkampung kat dapur le kerja aku... kikikikikik..

Dapur aku tu lah peneman setia, menyimpan semua kisah suka dukaku
aku sayang benau ngan dapur aku. 
pepagi dah siap bersihkan dapur, lap itu ini
susun atur pinggan mangkuk. sambil kat bilik air mesin basuh berputar.

Pagi ahad, tu aku buat cuckur jagung.
Buat sikit je.. tapi letak jagung banyak..see.. banyak jagung dari tepung. heheheh
lagi pun stock udang dalam peties berlambak. nak letak sekor sekor mcm tak sesuai pulak
sebab udang besar..
So, aku racik racikkan udang besar dan campur sekali..
pas tu bancuh ayaq teh.. kenyang kami pagi tu.

Sedang aku sibuk dengan kain baju semua, hubby ngan anak anak lesap ntah ke mana
bila dia pulang je bawa satu kerja baru tuk aku
maklumlah dia kan kerja malam
so ada chance la nak makan masakan bini di siang hari..hehehe..
 hohoho... aku perah keringat tuk buat laksa la pulak
yang bestnya, my hubby kalau beli bahan tuk masak sure complete..
dalam masa sejam aku dah siapkan laksa tau.
Sambil masak kuah, rebus laksa kat dapur sebelah
sementara tu potong bahan bahan.
Puas kami makan anak beranak. 

 kuah laksa ni kena tunggu kejap. kasi yang pekat tu turun ke bawah
sebab nak ambik yang bahagian atas tu utk Aleesya..
ye la.. dia pun hantu laksa jugak kan....

Naiim la paling best bila aku cuti sebab dia boleh makan mcm mcm.
pasrt makan tu ok lah ibu buatkan...

gambar hiasa. Tak de la umah aku selerak sampai gini sekali. hehehehe

part yang tak menahan tu, bila aku berkampung kat dapur
kat hall dah mcm kapal karam..
Aleesya dengan bedak penuh muka, badan . lantau jgn cakap le..
Naiim pulak dengan Bdaman, pistol, biji guli.. 
dorang pun berkampung jugak le tu
berkampung kat Hall...



P/s. Tak semena mena Aleesya menangis sehari suntuk ahad tu.
nak ke rumah gieyana pun tak menjadi.

Note: Ingatkan cuti boleh rest...hampeh!

Tuesday, September 17, 2013

Hok Aloh!!!!

Kat office aku ada seorang apek knocking
kerja dia knocking je..hal komputer semua tak ambil kisah..
Nak berbahasa Melayu pun tak berapa pandai..
So, bila dia dapat sms dalam Bahasa Melayu dia akan datang jumpa aku kat office
usung le telephonenya ty
suh aku explain pa kebenda la yg sms tu ckp kan.


Masa dia masuk jumpa aku tu, kebetulan my Boss suh aku e-mail satu case utk persatuan 
biasalah dak yahoo ni, mesti nak kuaq news. ate dah aku homepagekan Yahoo.. kuaq le kan.



Bagi aku biasalah gambo kat atas tu
Tapi si Apek ni, mcm blurr.. tengok gambor tu 
the terus dia cakap..

Wa... lu sio eng neh? swee loh..
Aku pun jawab la..
Mensi lah.. mensi wa sio eng . Siow la lu 
 hahahaha... sambil ketawa berbahak bahak.
( kami ckp bahasa hokkien. Sowi tak pandai nak eja slanga dia)

Translate:-
Apek tu tanya aku, dalam komputer tu gambar aku ke? Cantik la..
Aku jawab bukanlah..Gila ( marah sebab dok fikir itu gambar aku)


sian dia kan, mana la dia nak tau hal komputer semua ni
zaman dia mana la da komputer.
tak pe.. maafkanlah dia.


Note: Apek..Apa kejadahnya aku nak bergambar gitu. muahahahaha



Selamat Hari Malaysia

Papa... bila kita nak balik kampung?
Tanya Naiim kepada papanya... ( soalan yg aku sangat sangat suka)
harap harap dapat respond positive dari hubby..

Bulan ni tak de balik kampung
Bulan depan, Raya Haji baru kita balik.
huh.. Nyamfah dengan jawapan tu..
 Tapi, kay po gak nak tanya.. mmmm....Cuti Hari Malaysia tak kan tak cuti?
Tak! papa kena kerja.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Sib baik la ada orang tempah  tiramisu Cheese cake
leh jugak aku melayan jiwa raga time cuti ni..
sob..sob..sob..


 gigih gigih aku siapkan tempahan ni dengan hati yg penuh lara
3 hari cuti nak peluk peluk my mum pun tak voleh...
sampai tak snap pun gambar kek terbaru aku tu... sedih punya pasal la kan...
Yang ni gambar lama..layan je lah.. lebih kurang gini jugak lah bentuknya..

Then ada sedikit lebihan cheese cream tu
pas tu usha dala peties ada lagi beberapa ketul Tiramisu Biscuit
apalagas, aku buat le utk makan sendiri

Sangat sangat suka sebab kali ni, telah menjadi dengan jayanya tiramisu cheese cake aku 
dengan menggunakan biscuit.
Tau la kan sebelum asyik tak menjadi je. muahahahaha...

Tu la kan, bila kita berusaha ke arah itu, Maka Allah akan memberi ruang ruang 
agar kejayaan itu milik kita.
ecewah.... seronok le tew...kikikikik..
yes..yes.. I manage to do it!!!..  hek eleh.. cam tu pun nak citer.

Ye la kan, aku ni bukannya lahir dalam keluarga yang pakar hal masak kek kek bagai ni
bila dah dapat buat tu, rasa mcm pemecah tradisi la pulak. ngeeeeeeeee


Best sangat bila, Naiim asyik ulang alik bukak fridge tuk makan Tiramisu cheese cake ni
saja tak nak keluarkan, 
dia cakap makan sejuk sejuk rasa mcm makan ice cream...


Note: Terubat le sikit sedih nak balik kampung bila anak berselera dengan air tangan.
My hubby... sorry le, cream bagai ni tak jamah le
tak pe lah tu prinsip lidah dia kan.. kahhhhhhhhhh
 



Give Away Set Kurus/Diet Shaklee :)

betulkah? betulkah? betulkah aku nak kurus?
tapi aku ni jenis yg malas makan ubat/supplement ikut rutin.
kalau aku menang GA ni baru aku nak cuba hahaha...

 

Aku  memang malas nak google tentang produk kurus ni
lagi mengoogle lagi banyak pilihan lagi pening nak buat pilihan.

Apa kata kalau terjadi aku menang GA ni, makanya aku pun akan tercuba dan teramalkan
tup tup ter..kurus. walawei..mesti ter... ter... bonus la kan.

takut nak main cuba cuba produk tu produk tu. 
terasa mcm diri ni bahan eksprerimen la pulak.
So..dok dendiam dengan harapan badan akan turun dengan sendirinya
boleh gitu?

Tak pe tak pe.. aku janji kat diri sendiri kalau aku menang dapat adiah ni
aku akan cuba, mana la tau kan. tetiba aku yang gedebab ni boleh kurus
ha.. kembang payung la aku kan..kan..



tak mo lah melalut bagai.
sape nak join sila klik banner


Note: menang menang menang menang menang la...............hahahaha

Monday, September 16, 2013

Monolog Dalaman (1)

Aku ni suka benau tengok gelagat orang.
Orang suka tak tengok gelagat aku?
lantaklah... nak tengok ke tak nak...


Monnolog pertama

gambar sekadar hiasan
Sedang aku tunggu lampu isyarat bertukar hijau
kat depan aku ada dua orang anak dara yang sedang naik skuter
ketawa ngilai ngilai, sampai aku yg kat belakang ni pun boleh dengar..
hmm.. apa yg dorang sembang tu..
Sambil dorang dok ketawa berbahak bahak tu.. lampu pun tukar kaler hijo
Tak nak jalan pun.. last aku horn.. tint tint..
sian deme terkejut dek horn aku..
hehehe... ..


Monolog Kedua
On the way nak balik kerja aku kena lalukawasan kilang
kat jalan tu, ada penutup lubang najis tu macam leaking, dorang letak Kon
Tapi kira banyak juga la air najis keluar... sampai aku kena ikut kanan jalan
bau.. musyuk woo..
Satu hari ada seorang lelaki, nak cepat kot, dia terus redah je air najis tu
bluwekkk...mesti bau semacam je seluar dia hari tu kan..kan...


Monolog Ketiga
Aku selalu pergi sembahayang kat surau kat tepi pantai sinun
suatu hari aku nampak satu kotak kecil. Dalamnya ada pencuci muka,
cream, bedak dan pelembab..siap tulis perkataan "WAKAF"
hmm... bagus jugak kan.. wakafkan pencuci muka. snagat sangat bagus.
Aku bukannya apa, kekadang kalau terlupa bawa telekung sendiri kena la pakai telekung kat surau
sadisnya, korang boleh tengok kat bahagian muka telekung tu
mesti ada bekas bedak kan.. ala kat mana mana surau ke masjid ke sama je

Ni satu hal ku nak tegur, cam ne la ambik air sembahyang kalau muka penuh bedak
tak rasa mcm tak cuci muka ke
bila habis berdoa tenyeh je kat telekung. adoi...
sila ubah sikap anda!!!


Monolog ke empat
Ada satu kapel..naik motor, si ister ( isterinya la kot kan) lupa lak nak tanya. ngeee
Carry beg besar sampai nak runtuh bahu.
Aku tengok kat depan tu, suami selamba je letak sangkar burung
lebih sayangkan sangkar burungnya daripada isteri.
 


Note: Semuanya melalui hasil pemerhatian aku time pergi dan balik kerja.