Wednesday, October 31, 2012

Balas dendam!!!

hahaha... chances yang ada di Hari Raya Aidiladha tempohari
aku gunakan untuk balas dendam kat abang ke dua aku
hambekkkkk.... 


kebetulan masa tu abang ke tiga aku ada
abang chaq aku tak de
apa lagi kami gunakan kuasa yang ada
2 lawan 1 . hahaha terkedu abang ke 2 aku



Kami siap dok ungkit ungkit kisah dia dodulu
suka sangat buli kami
suh kami wat itu wat ini
nak main tak boleh..
then kayuh basikal, sampai kaki aku masuk dalam Rim basikal, adoi!!!
malas nak ambik kami sekolah

 

Then abang ke dua aku pulak siap ckp
jeles le tu  sebab kami tak mau main ngan dia sebab tu la dia suka buli
suka suruh kami sapu sampah, simpan rumah
* then dia ugut aku jgn bagitau mak, sebab dia Hisap Rokok*
menci... menci....

then aku tambah lagi, dodulu nangis sampai guling guling
sebab nak suruh mak beli video player
sebab umah kawan dia ada jugak
pangai buruk.. tak kesian kat mak..
hahaha... mcm mcm kami  luah .

Nak tau apa reaksi abang ke dua aku?
Dia ketawa  terbahak bahak
baru dia tau yang kami memang tak suka ngan pangai dia 

tapi sekarang ok la
dia kan abang kami, 
then masa raya that day, dia la tercongok congok cuci umah mak
bangun sebelum susbuh tu, siap tadah air semua, basuh semua periuk belanga..
sian lak aku tengok. si kurus hitam tu..


Note: Korang Berani ke usik usik abang korang mcm aku?

tersentuh hatiku..

hati ibu mana yang tak tersentuh bila melihat anak anak bergurau senda kan...
memandangkan aku ada dua orang anak je
jadi mereka ni sangat rapat
Amirul pulak sayang sangat adiknya

 ni aksi Aleesya nak sikat rambut abangnya
sambil tu nak kacau abangnya yang tak pedulikan dia
sebab asyik sangat main lappy

 lagi abang ckp sakit lagi la dia suka
last, rambut tak sikat
garu kepala abang ngan sikat tu

 abang pujuk adik suh main lappy sekali
happy le
bila dok tengok katun game tu menari nari kat pc

 siap dakap dakap abang lagi tu

peluk peluk leher abang
nak peluk badan tangan tak sampai hahahaha
sweetkan bila tengok perangai dorang.


Note: Moga keakraban dorang kekal hingga ke syurga.

wow.. mak cik kayo!!!

kalau korang kerja hari hari  pagi petang siang malam boleh tak kumpul 600 juta pund?
haish... tak sangka ada orang nak bagi aku 600 juta pound

kalau convert ngan Malaysia Money
alamatnya tak yah kerja aku termasuk  semua generasi  aku 
mahupun yang hidup dan yang bakal hidup. kahhhhhhhhhh

sila klik imej untuk membaca! 


ada juga hamba Allah yang pedajal akupepagi ni kat e-mail aku
siap tulis dalam bahasa melayu lagi
tak de maknanya aku nak caya


dari Aisha Hussain pulak tu
wah.. sapa la aish hussain tu
anak saddam hussain ke?
ngeh... ngeh...

 baca betul betul ayat dalam imej di atas
aku yakin ini dihantar oleh orang Indonesia
sebab dia guna ayat lewat


Nota: 600 juta pund !!! wah.. pengsannnnnnnnnnnnnnnnnn

lawak @ Interpretasi Rabak

haish... setiap sabtu dan ahad
aku memang suka tercongok je depan TV
sebab nak nonton satu rancangan lawak yang teramat
ntah nak consider sebagai apa pun tak tau la
yang penting memang geli perut aku..

 so sesapa yang tak de Astro
boleh click kat gambar tu dan baca la subtitle kat bawah tu

kalau dapat tengok sendiri memang gelak guling guling..

tengok photo photo ni pun aku dah tersenginh sengsorang

 yang aku ambik dari SINI

dari SINI

tak rugi kalau korang nonton. cayalah..

minggu lepas dah terlepas
harap harao dapat tengok ulangan . 

Tuesday, October 30, 2012

Raya Dalam Hutan

Ecewah... mcm orang asli  la pulak
orang lain raya di kampung, aku pulak raya kat dalam hutan

 sebagai memenuhi permintaan si Amirul
kami ke 'Hutan Lipur Puncak Janing"
dekat je dengan rumah

dodulu masa remaja aku kayuh basikal je ke sana

 air pun tak banyak sangat
boleh la untuk budak budak mandi

hehehe... tayang gambo dulu
sebab aktiviti mandi manda akan menyusul

nak tau aku mandi ke idak
tunggulah next entry.

Proton Volvo

On the way nak bali Raya Aidiladha tempohari
Adik AKu si Leman tu call.

"Kak.. nanti singgah mana mana shell peetrol sation, beli kan Man Satu Liter Minyak Engine, 
Man Nak service keta Man ni"
Bila sampai je kat Pekan Tanah Merah tu, aku pun pergi la Shell Petrol Station
Sebab Nak cepat aku tanya je kat Counter tu

"Dik Minyak Engine ada jual tak?
Then dia pun ckp kat aku la ada kat hujung rak sana.
Sebab adik aku nak satu Liter ja, jadi aku tercari cari la yg 1 liter punya 
dia tengok aku tercari cari. jadi dia pun datang la nak tolong

Kak, Minyak engine ni untuk keta apa kak?
aku selamba je jawab " KERETA VOLVO"
ooo...kejap ye kak.. dia ke counter, ada org datang beli barang kot

Masa aku ambil je minyak engine tu , dia tanya aku lagi
Kak, Volvo tu dia keta apa ek, proton ke?

Aku memang nak ketawa dah ni.
Ish... budak ni, Mana ada Proton Volvo!!!

Tak baikla la aku nak ketawakan dia
tapi rasa mcm lucu ar dia tanya soalan mcm tu..
aku diam je walaupun rasa mcm lucu. Jahat aku  kan..


Note: balik rumah aku ckp kat adik
"Minyak ni untuk kereta Proton Volvo sahaja, Keta lain tak boleh'!!!! kikikik
 


 

Setahun Tiga Bulan

27/10/2012 11 Zulhijjah bersamaan 2 hari Raya Qurban
Genaplah Usia Aleesya Setahun 3 bulan

 Alhamdulillah.. Aleesya sihat dan semakin banyak keletah
rinsu je keletah dia bila terlihat photo photo ni..
Moga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk anak anakku.

 Balik kampung that day. Orangtua tua ckp Aleesya ni jenis "Teras" Teraih kata orang kedah
aku tanya nenek, Teras tu apa?

Nenek cakap ni le gelaran kepada budak kecik bila krektor dia lasak
oooo.... mungkin kot
sapa yg rapat ngan dia tau le dia ni mcm mana..

Aleesya ni kalau makan yang jenis lembik memang dia luahkan semula
contohnya, kalau bagi dia makan kuih muih yang lembut seperti bengkang, apom atau kuih kasui

tapi kalau bagi karipap, muruku bagai. laju je dia kunyah.
Nasi lembik tak mau
nak makan nasi yang orang besar makan


Kalau dia makan, tak yah kita nak ikut bontot dia
bila suapkan dia, dia makan sambil ke sana ke mari
bila dah habis makanan dalam mulut dia akan datang kat kita semula
memang senang kalau nak bagi makan.


Note: Tudung tu pau tudung kazen dia. hahaha..

Terima Kasih Sesangat..

Happy Tuesday kepada semua, semoga baik baik belaka
bagi yang berjaya diucap tahniah dan yg berdukacita diucapkan takziah


kepada pengunjung setia Love Is All Around
ribuan terima kasih diucapkan
kepada yg belum sempat saya terjah
jgn sedih ye
saya akan sedaya upaya terjah korang balik k
hehehe... senyum la sikit.

kepada majikan tersayang
sila baiki lampu segera dah rasa mcm kerja dalam gua ni
jgnnak ingat lampu keta je nak repair.. hehehe
kang saya angkat beg balik baru tau
upss... surat cinta dah saya siapkan
sila suruh office boy pergi dispatch!!!


Note: Semalam ziarah nenek yang tengah tenat.
sayang Tok...

Sebahagian daripada pengunjung. Terima Kasih ye.
Nanti saya jenguk jenguk rumah kalian. Peace kacang peace...

Blogger Zura@Iwan
Jue Jaynee  
cHeRyNa PiReS
nik ros
Haryati Faizal 
TiranaAduka
boni kacak
MarliaMarble 
teratai
Hanif Idrus
fatin amalina husna  
Miss Uya 
aTieYusof Family
anamizu kaito
eB
ALoNa CintamaniszLite
Noraziha  


 
 
 
 
 
  
  

 

Monday, October 29, 2012

Cuti Lagi..

Hari ni aku masih cuti
hahahaha... saja ambik cuti lebih walaupun hubby dah start kerja
NAK DATANG UMAH? Jemput lah..


kepada yang bekerja selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi yer.


Note: best jugak lepak kat umahni yer.
tak boleh zzzz...sebab ada misi yg harusdi selesaikan...



Saturday, October 27, 2012

Kampungku....

      Tak 
 dapat main meter air. Melalak le.....


Hish....
Mcm ni le kalau balik kg.

Dapat explore satu kg. Apa lagi...
Segala benda nak main.

Wednesday, October 24, 2012

Nak Curi Jugak

Kisah kelmarin.

Keta My bos tengah Service
then aku suruh le pakai keta aku ( kebetulan aku bawa keta)
atau   keta company kan ada
tak mau dengar.. Nak jugak guna Motor..
senang nak parking la katakan...

 

Bila Bos keluar , ( Dia ke Market petang) selalunya le
Dia Call aku tanya nak pesan apa apa ke?
Aku ckp tak nak lah sebab tak mau simpan stock sebab nak balik Raya
ok.. 


  

Pas tu dia ckp dia ke Farmasi Dr. Lim kejap
Kat Dato' Keramat Road
Sebab Dr.Lim nak jumpa dia
Balik lambat sikit..
ok je la aku ni...


dah pukul 5.00 ptg baru bos balik
Muka sedih pulak tu.. 
Aku pun keypo le nak tau. hehehe

 
Bos aku regret sebab tak dengar cakap aku
Dia beli la Ikan Bawal, pas tu pergi Jumpa Dr. Lim
tinggal ikan dalam Raga
dah ada kutu mana pi sambar/curi
hai... ikan pun korang kebas
memang dasar pencuri

Encik Bos.. Makan Ikan Sardin dalam Tin udah le. kikikik..


Note: Selalu jugak pergi pasar tinggal ikan dalam raga motor

That is Not My Fault!

hari ni pepagi lagi aku received call yang boleh bikin Gua Panasa!!!! berapi rapi ni
kalau kena kat korang , korang pun boleh terjadi meletusnya gunung berapi Pinatubo.

aku terima panggilan dari satu syarikat Insurance
nak check satu case tahun 2006 yang masih lagi berstatus "Unpaid Bill"
Case tu aku yg handle, aku yang counter bebudak bawah aku buat kerja
as admin cum legal adviser aku memang particular tentang reminder. ok
sejak 2006 kami dok la hantar reminder tapi still tak de feedback.
out of suddent aku tengok system dorang dah closed!!
then aku buat surat lagi tanya why dorang closed  case without notice!
pas tu dorang ckp ok, buat surat suh dorang re-open
mana boleh bagi chance kalau amount tu cecah 20k-30K


tetiba je pagi tadi dia call ckp suruh aku buat satu surat
dalam surat tu mesti cakap yang case ni delay for payment 
sebab staff aku overlook
then the delay semua tu mestilah dari pada pihak kami
dan kami mesti say SORRY for the delayed!!!

 

WHAT!!!!!!!!....
what are the stupid reason!
tak kan aku nak buat kerja bodo. 
korang nak save korang punya side
suruh aku tanggung semua.
Aku le yang nak tannggung semua tu. Aku le yg nak kena jawab kat Auditor tau

  

 Staff aku mesti ckp aku yg bagi semua instuction tu. tul tak
Please.... aku tak kan ikut arahan kamu
tak kan aku nak tabur pasir dalam pinggan aku sendiri
nak telan pun tak boleh tau.
Tunggu surat cinta aku yang berbunga bunga ok.


Note:Ok. Bos, this matter let me  handle
Udang BESAR utuk Raya tu thanks yer..
 

Smartphone Free Lagi?

Recently aku dah pun dapat smartphone free dari maxis
di SINI 

tetiba tadi receive SMS lagi dari Maxis
dorang offer free phone lagi?

 Then aku google la, model Nokia Asha 311.

belek belek la ciri ciri yg ada kat phone tu
sebab my hubby said Nokia tak de Android.

cari punya cari takde pun perkataan Android kat ciri ciri phone tu
ngeee

 Nokia Asha 311


bila baca komen kat SINI ttg phone ni
alahai... memang sedih....


Cuma nak bagitau je. kot kot le korang pun ada received SMS yang
begini gak dari MAXIS.


Note: Tu la... tenet maxis memang tak de kimia dengan aku.

Tuesday, October 23, 2012

RM150.00 Satu Kebab

Ni aku nak citer sikit
Kalau ye pun agak agak le kan..

Jumaat lepas jiran aku pergi Pasar malam kat kawasan taman umah aku jugak le
then, dia pergi ngan kereta.
Nama pun pasar malam mestilah banyak keta dok parking

jiran aku pun parking gak la
kejap je, sebab nak beli kebab.
last balik je tengok dah kena saman...
 
sumber photo SINI

 Aku rasa mcm tak patut. sebab berapa lama sangat pasar malam nak beroperasi
paling tinggi pun kul 9.00 dah tutup.

Then berapa lama sangat org nak berjalan kat Pasar Malam
tak kan sampai 3-4 jam.
pusing satu round. beli barang dan balik . tul tak?
Tak kan org pergi Pasar malam pun nak saman juga
Kalau ye pun dia parking kat tepi jalan,
Umum mesti tau kan, That day ada pasar malam, mesti jalan sesak sikit

So jangan sampai org rasa mcm dah takde tempat nak cari  pesalah
aku rasa mcm tak adil
salah tu memang la salah sebab parking kat tepi jalan
tapi tak kan tak de budi bicara


Then jiran aku tu tu cepat cepat la pi bayar
takut la kalau bayar lambat nanti kena lgi banyak

bila bayar.. tup tup.. kena RM150.00
Sian.. kerana sebiji kebab..


Note: Sib baik saman aku that day ken RM 50 jer.



Boleh Ponteng Tak?

Minggu ni Amirul Exam..
Semalam aku tanya mcm mana jawab soalan exam
Dia cakap semua boleh jawab.


Aku  memang suruh dia jawab semua soalan 
yang dia tak tau pun aku suruh jawab jugak
sebab aku nak tengok kelemahan dia kat mana
dulu aku dapat detect dia suka silap kat ayat " kecuali"
hahaha... aku dulu pun leh silap gak


Then semalam dia request
Ibu, Bila dah habis exam, boleh dak Mirul ponteng sekolah
sehari je.. boleh tak ibu?

sehari je.. oklah
exam habis hari rabu kan.. So, hari khamis tak yah pi sekolah
punya la dia dok seronok


walhal.. hari khamis memang dah cuti sekolah utk Raya Qurban.
Aku pun dah cuti in coming Thursday
 

Aku dulu macam ni ke?

dah dia buat pulak..

Aleesya main baik je ngan Kak Long
sebab....
Ada Mak cik ni pegang baby kak long

Tapi.... tapi...
Bila aku pegang je baby kak long ( Umaira)


hahaha... dah melalak..
haish... betul betul konker ibu ni
takut sangat ibu ambik baby orang.....

tapi...

cenggini pun tak pe ar
janji riba dia sekali
tapi masam... jer


diam je... dia nak duduk penuh riba aku
tak nak kongsi ngan baby
terpaksalah angkat sikit baby tu


Dok wat pangai sangat..
last last..
Tido... zzzzzz...


Monday, October 22, 2012

Duit Raya

Syukur alhamdulillah..
sesungguhnya rezeki yang Allah berikan itu datangnya dari pelbagai sudut
dan sebahagian dari pintu sudut sudut yang ada itu Allah buka dan limpahi kepadaku.

Bertungkus lumus aku menyiapkan tempahan coklat
sebanyk 600 biji = 300 kotak

setiap rezeki yang Allah bagi sebahagiannya adalah bukan milik kita
dengan kata lain..( kongsilah dengan org susah)
dah orang nak buat kenduri..
tumpangla sekali walaupun dengan hanya sebiji coklat!
hehehe...

Syukur selain aku mendapat duit poket, aku juga berjaya tumpang kenduri 
tak pe la walaupun sedikit. Niat kena iklas 
moga moga di masa hadapan Allah murahkan lagi rezekiku
amin....

Aleesya aku pos kat Umah bb Sitter
kalau dia ada hancusssssssssssssssss!!!!

haish... pepagi dah siap kerja packing semua
300 kotak tu, menyamai 2 biji raga besar ni le

hehehe... dah siap
Amirul volunteer nak hantar 
penuh raga tu, tapi tak de la berat
coklat je pun kan...

Biar dia belajar..
selok belok nak tambahkan pendapatan

Amirul tak nak bawak yg dalam tupperware tu
sebab tak cantik..
Aku bagi je lah  yang lebih tu,
sebab container dah habis.. cukup cukup je.


Note: Ada lagi tempahan yg belum di siapkan... Org nak sebelum Raya.
Malam ni start cook ccolat lagi..