Friday, June 28, 2013

Dah Dapat Sofa

Dah banyak kedai aku survey utk mencari sofa yang dapat menggantikan 3 seat sofa 
di rumah yang dah reduh..rabak bagai
Di mana sofa tersebut telah berjaya di musnahkan oleh 2 orang stuntman.
( eh Aleesya tu suntwomen kot)  hehehe..

  

Lastly, setelah mendapat greenlight dari husband, apa lagi beli je la kan..kan..kan..
Ye la.. walaupun nak keluarkan duit sendiri kena minta izin suami jugak
ate..nama pun laki bini..dak ye..

 http://cavenzi.com/components/com_virtuemart/shop_image/product/Darryl_Sofa_4f98ee93bfc91.jpg
Aku pilih yang L shape. lebih kurang begini lah.
Tapi yang aku nak tu kena order dari kilang. 
Aku nak beau black..tak de la hitam sangat kan...

Senang sikit, anak anak kan semua ada "stunt blood"
so, lompat landing, kuak lentang semua.. tak yah susah hati..
maintain je kaler tu nanti..
kekalau nasib baik dari beau black  turn to dark black. hahahaha...

sebab aku pergi hari ni so, ada free gift tau.
ingatkan voucher tuk beli furniture ke hape ke kan..

rupenya, dapat bantal sebiji. ok lah..
dah le seharian hujan boleh la dapat main peluk peluk kat office ni

bantal ni tak de sarung. kalau bawak balik rumah, sure la budak budak tu korek keluar 
apa yang  patut kan..

So, keputusan muktamadnya.. kena la letak kat office as my bantal
bila rasa ngantuk time lunch time di bulan puasa nanti..
hahahaha...


Note: Esok kena lepak kat sekolah Amirul. Sport Day!

Kemalangan Di Jelutung Expressway

Balik dari queensbay tadi..
baru je kejapo tadi dalam kul 2:10 gitulah

Aku nampak ramia benor orang kat bahu jalan 
di Jelutung Expressway ( Jln Tun Dr. Lim Chong Eu)
satu kemalangan telah berlaku di antara 3 buah kereta
kereta Iswara tu terbabas dan terbalik mengiring
 
 Nampak tak iswara tu.. tayarnya, boot dah terbukak dan bahagian
bumbung kereta dah terhimpit kat tiang electric

Bagaimana dengan keadaan Mangsa?
Ingat Iswara tu je yang accident,rupanya kancil dan persona pun sekali la dalam accident ni

 aku closed up sikit.
yang ni jelas sikit nampaknya kan..

mesti mangsa tak dapat keluar dari kereta tu
sebab bila bumbung dah kemek pintu dah tak  leh bukak
kena tunggu bomba datang potong la jawabnya..
 
 tengah asyik aku snao photo ni.
dah mamat ni pulak datang halang.. dah aku ambik anggle baik punya, dia pun datang la nak potong line
hapa da.. pergi la sebelah sana snap photo, lindung haku pulak..

dah le tu, lindung kamera aku tak mintak maaf pun

** kalau dia ni geng geng repairer, sure la dia pergi snap kat tempat kejadian,
tak de la snap jejauh mcm aku ni.
siap lindung akulagi. apa de hal  paparazi kaco mamarazi ni...***



Note: eh mamat tu ada blog tak? hehehehe..
 

Adik Abang Sama Naik


Amirul ni kalau adik tak balik lagi, bising suruh aku pergi ambik
kalau adik balik..nyakatttt je kerja nya.
Aleesya pun sama jugak, asal tak leh kaco abang tak senang duduk.
Ini kes di amakan durian tu la..
Amirul tengah makan nasi, mata melekat kat TV, sebab tengah nonton citer Aladdin.

Mcm biasa kalau amirul makan nasi kena siap semua termasuklah air minuman
Aku  bagi dalam gelas besar sikit, senang tak yah jalan dua-tiga kali ke dpaur nak menambah
Asal aku cakap sudah je kat Aleesya, aku pun ambik le lebihan  Durian tu ke dapur.
panggil Aleesya ke dapur dia tak nak sebab nak basuh mulut ngan tangan.

sambil aku tarik tangan Aleesya ke dapur, bluweekkkk Amirul bunyi mcm nak muntah
Korang tau tak, selamba derk budak kecik ni basuh tangan dia dalam air minuman  abang.
hahahaha... tu la.. time makan nak tengok TV.. tak sedaq adik dah jadikan air dia tempat basuh tangan.
Aleesya? ko faham tak apa yang ko buat tu?
adei..

 Ni pulak kereta Aleesya... Si Papa pun satu, naper beli kaler ni?
lenkali beli saja kaler pink, sure Amirul tak dekatkan diri..( budak anti Pink kaler)

Punya la nak nyakat si Aleesya, sampai ke bilik air dia bawa kereta ni
mandi sekali dengan kereta ni. 
Mangsanya, gel mandian la.. sampai berkilat keta.

 kalau Aleesya lek lok main, mula la Amirul nak datang nyondol kat aku
suruh aku gosok gosok belakang dia, raba apa yang patut.
 Aleesya tengok, jeles tak hengat.

datang kat abang buat buat nak gosok la kan..
sekali dia cubit tampar. tumbuk dan gigit semua complete..
start la bising satu rumah..


ups... dak Aleesya ni kalau dia tak dapat buat abang di akan cakap
Appu... tengok ni..ni..ni.. ( Tak dapat sebut nama abang dia le tu)

dan..kalau dia masih jugak tak boleh buat abang...
dia tunggu sampai  si abang tidur .
baik punya si banag tengah lena...terus dia penampor 2-3 das
pas tu buat muka puas ati.

Ni acara semalam. Bila abang zzzz.. cepat cepat kumpul kasut sekolah abang
siap pakai stoking lagi. Mana yang sempat saruk je..
Jalan satu rumah. Bangga le tu..boleh buat semua.

Bila abang pusing sikit. cepat cepat lari sembunyi balik sofa
eleh..mcm abang kamu tau gelagat kamu tu.




Note: 2 anak pun dah riuh rendah.. cam no kalau anak ramai?

Thursday, June 27, 2013

Last Calling dan senarai Peserta.

Esok adalah hari terakhir korang nak join my GA
"

Menang RM35.00 Melalui GA Lambang Cintanan Satu, Tiga Lima Wantie"

 masih belum terlambat.

 

klik kat banner untuk join. Sangat sangat senang syaratnya 

Senarau peserta


Ummi Hanie
Zura@Iwan 
Rinna
eita 
D_08  
ok sila semak senarai semua tu. bagi yang komen dan tak jawab soalan aku tak letak sebagai peserta.
kalau nak jadi peserta sila komen dengan menjawab soalan.
syarat senang je kan..
cepat...cepat...
kalau dah jawab. tapi nama tak disenaraikan. sila bagitau. 
senarai peserta akan du updated dari masa ke semasa.
Note:Nanti akan ada shortlisted!

 

Bahana Selepas Menikmati Kesedapan....

Kalau tak bagi menangis meraung bagai.
bila dah bagi.. gini lah jadinya..

 susah sangat nak jilat masuk semua jari

 enjoy..

 cuaca tak elok utk aku dan anak anak nikmati durian
tapi dah orang belikan takkan nak tolak



Aleesya makan durian, aku pulak makan nasi dengan lada ( black pepper) semalam.
pas tu nyusukan Aleesya.
Pagi tadi.. Aleesya cherry berry... sian dia..


My hubby kelmarin belasah satu tupperware durain. pas tu pergi kerja shift malam kul 7.00 ptg.
Kul 12.00 semalam ketuk pintu umah...
tengok tengok dah demam.. gigil gigil..
baru je balik dari klinik.... MC katanya..
huhuhuhu...


Note:  Rasa bersalah sebab makan lada semalam. 
Then bwersalah juga sebab aku yang bawa balik durian tu...


Wednesday, June 26, 2013

Ronda Ronda Hingga Kebuluran

 
My bos ya ya la cakap yang  serice tax kaunter ada kat Bangunan Kastam
Selamba badak aku pagi tadi masuk nak bayar service tax
menci tau kalau pergi tempat salah
Tapi dalam hati pun dah cakap
"sekali dua sure akan salah lelama expert la"

last dorang cakap untuk bayaran kena ke bangunan Syed Putra la pulak.
So, pergi la aku kat sebelah GPO tu. 
Guard cakap kat tingkat 7, pi tingkat 7, dorang cakap yg dorang bahagian perlesenan, sila ke tingkat 6
pi tingkat 6 suh tingkat 7 pulak.Ala.. tadi salah pintu la pulak. ngeee..

Bencana ribut di Jalan macalister, Penang

Sejak Jalan macalister tu dilanda ribut, aku tak pernah lalu lagi la
Oleh kerana aku nak ke Kurnia,
My bos kay po dok cakap yang jalan One Way kat Lorong Selamat tu dah di buat two way
sebab jalan Macalister di tutup.
So, kalau nak pergi kena ikut Jalan Burma.

Sekali aku masuk Jalan Burma, tengok Lorong Selamat tu tak de la di buka 2 Way
One Way jugak.
Apa lagi kena pusing satu pusingan masuk semula kat Jalan macalister ( tak tutup pun Jalan)
pas tu masuk semula ke Lorong Selamat.

Bangunan Kurnia Kat Lorong Selamat... ( Selamat Tinggal...)

dengan gaya Machoo.. aku melangkah masuk ke Building Kurnia
sekali tengok.. Hah.."Lengang"
Cuma ada Abang Desh yang sedang senyum Kambing melihat aku masuk

Abang Desh cakap
" office sudah pindah.. sana office lagi besar..
pigi sana office..semua sudah sana kerja

Pindah pergi Mana?
senang saja mau pigi
Ini keluar Jalan Burma juga, lagi satu kali, 2 kali traffic light 
Jumpa itu church lagi depan ,  itu Jalan kartun jumpa  sana
kanan sablah tengok itu Amassurance  sama Kurnia sudah sekali duduk
banyak senang la adik...

Dalam hati dok ingat, Ade ke Jalan Kartun kat Penang ni?
Argh.. belasah je la meronda cari building tu sendiri.

pusing pusing semua last aku nampak building "Burmah Place"
Kat bawah tu ada sign Kurnia dan Amassurance
terus masuk dan jumpa ngan pihak berkenaan

Masa keluar tu, aku rasa nak snap gambar bulding tu
sambil snap tu, tetiba aku terpandang signboard nama Jalan
"Arathoon"

hehehe... Bangla tu cakap jalan Arratoon kot
Cam ne la aku boleh dengar as " KATUN" hahaha...
 Meronda sampai  kebuluran  kelaparan aku nih. Last speed ke Transfer Road,
 makan Nasi Padang.


Note: Bang... Kita tukar Sofa ye tahun ni..boleh?
  

Find us on Google+

Tabiat Anak anak Bertuahku

Bukan anak aku je yang suka wat begini..
anak anak kome semua pun suka gak kat.
Have Fun le kekononnya.


 Lip Gloss ni aku suh Amirul yang pakai sebab mulut dia pecah pecah.
lepas Amirul guna, terus Aleesya Sambar.

 cam no la nak buat tu kan.

apa lagi korek je la.. habis punah ranah my lip Gloss
tak pasal pasal aku kena gi beli LipIce baru kat Watson semalam.

Benda alah ni dah lama beli. satu ni boleh tahan 6-7 bulan aklau aku pakai
sebab aku cuma spray kat tudung je..

Last week, terjumpa dek Amirul. Dia ingar "ridsect". 
Apa lagi main sembur sana sini. Pas tu cakap yang ridsect yang ibu beli ni wangi la..
Sekali tengok..waaaa Fabric Starch haku... ( dah licin)
 geramm.. grrrrr..

So, kena la pergi menapak kat tesco tu tuk beli yang baru.
Kali ni aku try kaler kuning pulak. Bau Lemon.
lepas ni tak boleh dah nak letak kat sebelah Iron Board!

Ni pulak perihal Shampoo...
kena letak kat tempat tinggi kat bilik air tu.

Kebetulan mandian budak budak tu dah habis. Tapi aku tak pergi beli lagi
guna la sabun mandi jenis ketul tu kejap kan..

Satu hari, lepas je budak budak tu mandi , aku bau mcm bauan Shampoo aku je
hah..sah sah le dorang  guna shampoo aku tuk mandi.
bukan sikit tau, siap buat buih buih lagi kat bilik air tu.
haampeh tul!
Sib baik tak habiskan semua, kalau idak menangis tak berdangdut aku ni.

 Sebagai balasan kepada budak yang suka sangat main gel mandian
ibu hadiahkan mandian susu kambing yang sangat sangat murah harganya
RM 4.60/per liter.
hambek.. main puas puas..


Actually Amirul suka shukotbutsu ( tak tau eja)
sebab harganya mahal.. pas tu kalau beli pun suka bazirkan je
aku tak akan..nehi nehi nehi kabhi nehi ..la nak belikan

kekadang tu, kalau dia pergi shopping ngan papanya dapat jugakkkkkkkkkk!!!



** my hubby selalu bising kat aku bila anak anak rosakkan itu ini,
Lenkali jgn letak situ letak kat tempat tinggi.. letak kat tempat tinggi..( tu le ayatnya)**

Cik abang......semua benda nak letak tempat tinggi, umah kita ni tak cukup tinggi ke
dah tak de tempat dah aih.. Bumbung rumah je yang masih kosong.
hehehe... ( gurau je k) ala.. tau la.. abang baca blog ni kan..kan.. kan..


Note:  Either you like or not, kids are always explore!!!!!



Tuesday, June 25, 2013

kills Cold & Flu Viruses-disinfecting Wipes

Sejak Jerebu mula melanda Penang ni
aku dah jadi serba tak kena.
mana dengan anak anak jadi tak sihat
gatal mata, batuk, muntah dan Amirul tu dah jadi ulser dalam mulut

Aku la kena per-caution sekarang ni. 
kalau keluar, aku pakai Face Mask bedung baby ni.
orang betudung kena pakai gini la, nak pakai yang cakuk kat telinga tu leceh la pulak
dah lek lok belit shawl ni, kang teronyeh pulak.
Faham tak apa itu teronyeh.. ( buat buat faham je lah)
 Ha..pakai gini okey..
Sebab dok pakai gini la, my Bos ask me to wear Purdah..
Bagus jugak tu, sekarang kan ada je kain yg ikat belakang fo those yang tak nak attached
together kat purdah tu...
Rasa nya itu better then face mask ni.
Laginampak kemas kalau pakai..

sebelum ni tak de terhingin pun nak beli  Clorox  Disinfecting Wipes ni
selalu berkira kalau nak beli.
Tapi bila dah Jerebu melanda, tak de nak fikir fikir okey..
rembat je.. Janji habuk habuk yang halus tu dapat di lap dengan sempurna.
Mcm wet tissue yang kita lap punggung baby tu
tapi yang ni lebih lembab dan kotoran cepat keluar
nama pun clorox kan..
cuma ada 35 wet wipes /RM 10.90. berbaloi ka?
tuk time jerebu ni sangat sangat la berbaloi.
hahahaha..



Pilih je bauan yang korang suka.


Note: Rasanya..kat office pun kena beli jugak le.



10 Sen Je.

Actually aku dah realize sejak dua menjak ni
bila aku buat transaction melalui CIMBclicks bank charges cuma 10 Sen je..
since charges tu dah jadi 10 sen, wat pe aku nak bising bising kan..
lain le kalau dia charge RM10.00 ke, boleh la nak mengomel panjang..


Aku memang pengguna tegar CIMBclicks ok. boleh kata selang 2-3 hari ada saja transaction
yang akan aku buat. Sebab aku jenis malas menunggu. hehehehe..
apa apa bill pun bayar dengan CIMBcliks
termasuklah bill bos aku or bill sesapa je la yang suruh aku bayarkan


bila org bagi cash, aku bank in la semula
dan aku terima bayaran utk jualan produk pun mealui cimb jugak
senang..sebab bila wang masuk je, CIMBclicks akan hantar sms.
senang nak pantau. betul tak?


So, account aku akan menunjukkan tahap keaktifan yang 
sangat sangat baik.
bila account aktif nak buat loan pun sonanggggggggggggg..


Tapi...aku still takpuas ati ni.
hahaha..tak puas saja aku ni kan.
sebab...
kalau bayar bill Letrik tak de charges
tapi kalau bayar bill air ada charge 50 sen.
kenapa tak 10 sen jugak?

then dulu ni masa bayat PTPTN ada charge 50 sen jugak( sekarang tak tau le)
sayang woo.. 50 sen tu, 50 sen ini semua kena charge
rasa mcm hidup ni penuh dengan segala charges. hahahaha
So,aku ambik keputusan bayar kat kaunter je la.


mana mana yg tak de charge aku bayar le kat CIMBclicks.
Oleh kerana tiada keseragaman, makanya kena la jugak aku
ngadap kaunter bayaran.
 
 
Note: kalau campur 50 sen itu ini semua.. boleh wat makan lunch tau!!
Bukan berkira tapi pengguna bijak!wakakakaka