Tuesday, November 5, 2013

Ibu Tak Yah, Tau..tau..tau...

sekrang ni si Aleesya dah pandai mengarah itu ini
dah pandai decide yang itu ini..

kalau makan nasi, dia akan cakap.. ni ashik adik nya tau..tau..tau..
ini TV adik nya tau..tau,.,.
perkataan tau..tau kat belakang tu akan di sebut tanpa henti sehinggalah kit meng "Iyakan"
 taunya tu..


kekadang naik penat nak menjawab "Ya"
kalau tak jawab, siap gi tepuk tepuk bahu, 
atau tepuk je la mana yang tercapai dek tangannya tu
semua benda dia nak claim dia punya.

Semalam, Naiim nak makan telur puyuh rebus cicah kicap
So, aku pun rebuskanlah untuk dorang
dalam 5-6 biji mcm tu la. Cukuplah kan.. lagipun aku tak makan.
bior deme je la yg layan.


6 biji tu sekali hadap je leh anak anak aku
last, aku repeat rebus lagi
kali ni aku rebus kesemua telur yg ada.. sebab selagi duk ada yg tak rebus tu
selagi tu lah duk suruh aku rebus kan...


Then masa my hubby dok kopek kulit tel;ur puyuh tu
Aleesya siap cakap kat aku
"Ibu tak yah tau..tau..tau.."
Amboi...ko Aleesya, masa nak makan iya iya suh ibu rebus
dah dapat makan, ko claim tu semua ko punya
Memang kede la ko ni..


Note: ko kejam..ko kejam..ko kejam.....

Monday, November 4, 2013

Bihun Sup Pagi.. Nak Jugak jugak

Hari sabtu tu, hubby dah janji nak bawa kami breakfast makan Bihun Sup Pagi
Yang famous dan sedap kat Gelugur. 
So, pagi ahad tu, my hubby lak tido semula lepas subuh.
Kul 8.00 baru bangun, makanya dah terlewat la nak pergi breakfast kat Gelugur tu.

Aku dah siap mandi pakai baju semua
Then my hubby cakap dah lewat, Bihun Sup Minah tu dah habis
majuk majuk aku ni sebab papa dah janji pas tu papa tak tunaikan.
tak mo kawan ngan papa..

Punya la ramai manusia breakfast kat sini

Tak kira nak jugak..tak kiralah kat mana pun
janji Buhun sup pagi.. Tak aci ar..papa dah janji semalam
Wah..buruk nau pangai mak budak ni kan..
Mengalah la si papa ngan pangai buruk  ibu ni kan..


Lastly papa bawak kami pergi ke Gerai makan kat Taman Tun Sardon
Kat area market. Bertentangan dengan Taman Tun Sardon Gelugur

Ha.... aku nak bihun sup pagi yang mcm ni l;a kat kedai Minah tu. 
Kalau compare ngan yang ni, Bihun Sup Kedai Minah lagi Best.

Yang ni tak kick. My hubby ckp, ada ka patut letak ati ayam dalam bihun sup
potong stim tul la kan..
Ate hati dah duk kat kedai Minah, bila mkan otak asyik dok compare je la kan..
Bukannya nak bersyukur dengan rezeki yang terhidang tu
Ok..ok.. muhasabah diri kejap yer.

Makan Syer ngan budak kecik ni.
Dah la dia hantu mee/bihun bagai
Setengah Mangkuk dia punya...Aku makan sikit je la..

Sambil Aleesya  melayan bihun supnya, aku gi order lak roti Bakar kaya
Wow..murah lak ku rasa, sekeping seringgit ja tau
Aku ambik 2 keping.. nyum nyum...
sori no photo for roti bakar kaya. hahahaha..


Then si Naiim asalnya nak makan Tosai
Tanya la salah seorang pekedai kat situ, kalau nak makan tosai gerai mana
sekali dia tunjuk kedai India kat Naiim
terus Naiim tak jadi nak makan..
apa la.... suggest kedai India la pulak . adeiiiii

Last naiim makan nasi lemak berlauk campur.
Sedap jugak...



upsss.. malam tu my hubby ada wat sup tulang
Dia makan sup tulang tu ngan nasi
Aku pulak lepas geram pagi tadi tak kesampaian nak makan Biun Sup Minah kan..
Aku celoq bihun tambah fish ball bagai
aku makan lagi sekali bihun sup.


Note: Bihun sup pagi dikenali juga sebagai Bihun T'ng.

Puasa 30 Zulhijjah dan I Muharam.

Semalam aku ada ckap ngan hubby nak puasa.
Tapi aku nak puasa qada puasa Ramadhan tu
Dah hari ni pulak hari isnin aku niat sekali dengan niat puasa sunat Hari Isnin.

Tadi dok google ttg puasa bulan Muharam. Aku pun ingat ingat lupa. 
sebab dalam kepala hotak ni dok ingat nak puasa pada 10 muharram tu je
bila google tetiba terbaca satu artikel ttg puasa sunat 1 muharram ni.

adalah lebih baik jika berpuasa sunat 30 Zuhiljjah dan diikuti puasa 1 Muharram
Fadhilatnya, Allah akan mengampunkan dosa kita 50 tahun yg lalu.
sayangnya..sebab aku tak niat puasa 30 zulhijjah tu semalam.

Pas tu aku teringat la masa aku dok belajar dodulu
kalau puasa sunat tu, boleh je kita niat di siang hari dengan syarat kita belum makan apa apa 
pagi tu.
Waktu yang boleh niat adalah sebelum tergelincir matahari
iaitu sebelum masuk waktu Zohor.

oooo.... So, aku niat je sekali tadi utk puasa sunat 30 Zulhijjah
Moga moga aku diberi kekuatan untuk berpuasa esok hari pulak ( 1 Muharram)

*** eh mesti ramai yg tanya, dah niat puasa qada', boleh ka campur ngan niat puasa sunat tu?**
Benarnya ada perdebatan tentang perkara ini.
Ini bukan pendapat aku sahaja, tapi juga pendapat sesetengah ustaz dan org org alaim



**kalau nak diikutkan, puasa qada adalah wajib, kekadang kita tak terkira bila kita 
harus mengada'kan puasa kita. ada yang terlupa pun kan.., Jadi 
boleh saja kita niat puasa qada' dan niat puasa sunat dengan mengutamakan 
puasa yang wajib tersebut. Allah maha mengetahui dan ganjaran
yang bakal kita terima, hanya Allah yang tahu.
Yang pasti kita harus yakin dan lakukan dengan penuh taat***





Note: Jgn lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ye..
kalau rajin susuli la dengan solat sunat yang lain..


Info lanjut di SINI

Friday, November 1, 2013

setelah lama tak dinner kat luar

hari Isnin lepas, tetiba my hubby ajak kami keluar dinner
makan Burger Kat ZulBurger ( ala..yg jual Burger Gergasi tu)
hmmm... ok jugak kan.. lama nau tekak ni tak makan burger

On the way tu aku tersasul cakap, makan Char Koay Teow lagi sedap dari burger
pas tu Naiim pulak sambung Makan Chicken Chop lah
mmmm... terus hubby tanya, benornyer korang ni nak makan apa
nak makan nasi ke, berger ke apa ke?
cepat bagi jawapan, senang sikit nak drive

Hahahaha... bila hubby mcm mood confuse gitu
Naiim dan aku pulak jawab serentak..
mana mana pun tak pa lah. kikikikik..
last hubby decide pergi ke Tanduk Cafe kat belakang Hotel Vistana tu

 
pinjam gambar kat openrice.com jap yer.

ada jugak jual cahr koay teow kat sini. Tapi aku tak order pun
sebab bagi aku anak tekak ni masih setia dengan char koay teow depan Sunshine Square 
so, aku order Maggie Tom yam.
sejak dok ngajar anak anak makan sup ni, deme suka nau order sup bila makan kat luar
sup tulang ke, sup daging ke atau  sup ekor pun tak sure la papa order ni
berselera nau si naiim makan.

dak  tecit ni dok jeles kat abang dia sebab abang dapat semangkuk sup
tapi dia dapat beberapa ketul daging je yg papa dah potong potong kecil untuknya
sib baik sup tu ada daging..buat nya ada tanduk
jenuh la dok berebut tanduk kan..kan...

see..my hubby, kalu keluar makan, my hubby la yg kalut dok melayan makan anak anak
kalau org tengok mesti ingat, apa punya mak la aku ni kan
melantak je kerja nya, si lakik duk layan anak

pas layan si kecik, layan si abang pulak.
biar la org nak cakap apa. yang psti kalau aku kat umah, aku la yg jadi charlie chaplin
prepare itu ini untuk anak anak
bila keluar, suami kasi change aku rehat la pulak.

So, sesapa yg dok mengata kat luar sana tu
jgn pepandai nak menyusun ayat je ye..
masing masing rumahtangga ada masing masing cara
as long kita bahagia dan selesa dengan cara kita
orang lain ckp aku tak ambik pusing.

ups... tak lupa jugak tayangan perdana
Maggi Tom Yam yang super malatop.. mau pecah telinga makan.

sangat sangat pedas sampai anak anak nak tumpang pun tak boleh
tetiba bibir jadi tebal mcm stephen Chow dalam citer  "kungfu Hustle" tu
korang imaginekan le sendiri part dia kena patuk ular tu. 
bwahahahaha



Note: whatever..yg penting I enjoy!

Perli I lagi...


 
 
Setiap hari isnin ngan hari rabu jam 12.00 hingga 1.00 tengahari
kat Mutiara FM ada dendangan lagu lagu hindi
lagu lama dan lagu baru di selangseli.....
Aku memang pun dok dengar channel Mutaiara FM,
So, bila tiba masanya tu, ada la kan lagu Hindi di putarkan..

Kekadang tu, bos aku leh la dengar sekali
kalau aku tak faham bahasa hindi Bos aku lagi le kan..
asal ada lagu hindi je, bos aku mesti dok perli aku
selalu la dok cakap
" Eh bila U tukar jadi India ha?'
banyak banyak lagu, lagu pomplek jugak yang U suka

Malas ar aku nak layan, aku just diam sambil kepala dok layan lagu hindi
Aku memang penggemar filem hindi.
tapi lately filem hindi mcm dah tak best


pompuan seksi sangat, lelaki pulak ganas
adengan 18SX banyak sangat
so, aku dah kurang layan...

 

ok..ok.. berbalik pada citer bos aku tu
kadang kadang tu, kalau dia msuk office dulu
cepat cepat dia masuk bilik aku then on radio.
saja la tukar channel kepada channel Tamil
volume bukak kuat lak tu... 

perli la tu... tapi aku tak de la nak mengamuk bagai
lantak le, dah dia  On, aku Off kan jer la.. habis citer.

 

Then, esok kan Deepavali jatuh pulak pada 2hb November
Tadi... masa dok prepare some director documents, aku terbaca NRIC no dia.
kahhhhhhhhhhhhhhhhh....kahhhhhhhhhh
B'day dia jatuh pada hari Deepavali.
hambekkkkkk...dok perli/usik aku sangat kan
dah kena kat batang Idung sendiri

 
Tapi, aku siap joke joke lagi suh staff semua gi umah Boss
Boss wat open House beli kek bertingkat tingkat
warna warni.
B'day Party  bertemakan Deepavali.
sila pakai pakaian mengikut tema
 menu utama of cozlah nasi broyani/capati/ tosay...



kali ni dia tak leh nak marahkan aku
inilah karma namanya, hahaha.. baru puas hati aku

BTW  aku nak ucapkan.
Happy B'day to my bos. May happy always
nanti I buatkan puding cekodok satu talam yer.


Note: B'day Man mana boleh marah marah kan....

 

Thursday, October 31, 2013

Dulu dan kini

Sebagai janji kepada korang aku wat satu entry tentang misi aku yang aku rasa berjaya
berjaya la sangatttttttttt...

 ok.. ni berat aku 69-70kh. masa sekolah Naiim ada pesta ria.
pipi- tembam
Lengan- kembung
perut- dah nampak buncit
spare tyre tu dah start dok membiak.
so pakai je baju yang longgar tuk cover.
seluar jeans tu sekarang dah simpan leklok dalam lemari
muahahahaha

 
ok ni gambar aku terkini.
tengok kat lengan tu dah slim kan..
then pinggang tu dah kurang dah spare tyre
muka pun tak de lah bolat sangat.


maaf sesangat sebab tak de gambar hat clear
non hado org nak snap.
tapi..walaupun tak de la ketara sangat perbezaan tu
at least ada jugak sikit kan..

upsss..berat sekarang 60kg je pun. bukannya kurus. tapi menten ma...



Note: nanti kalau badan kembung lagi, ku diet la semula. bukan lama pun sebulan je kan...

Semua Sudah Kojol

perasaan sedih menyelubungi kediamanku seketika
perasaan sayu tetiba menebak ruang dada anak anakku.
tiada apa yg dapat di lafazkan lagi
Hanya satu perkataan yang mampu di ungkap kan " Buang"

hasrat  Aleesya yang terakhir tak tercapai
ingatkan boleh saja kasi mereka makan bateri
tapi....dah tak dak makna nyer........

huhuhuhu... ekoq tidoq semua pun tidoqqqqqqqq
tengok kat tangan Aleesya ( tgn kanan)
still dok pegang batteri
tak puas ati tak leh kasi kat ikan. hahahaha

hohoho... kojol semuanya.
Ni la akibatnya kalau ko terlebih concern adik oi..
apa saja yang ko main ko nak suh ikan tu main jugak.

Nak gi buang Aleesya tak bagi
sebab dia nak masukkan lagi makanan ikan tu kat dalam balang
kengkonon ikan tu leh hidup semula la kan..


Semalam, kami dah tak tahan dengan Bau ikan mati dalam balang tu
si papa dah pergi buang
sekali ngan balang balang tu di buangnya..

Meraung raung Aleesya kesedihan
ntah sedih sebab papa buang ikan ke
sebab papa buang balang
wallahualam.......